Wednesday, February 21, 2018

Dua ADUN dari parti suci pun ada dalam perhatian SPRM juga?

Wednesday, February 21, 2018
Wakil Rakyat Umno mungkin tidak dicalonkan semula?

UBN Kelantan mungkin tidak akan mencalonkan semula sekurang-kurang seorang wakil rakyatnya untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang kerana wakil rakyat itu dikaitkan dengan siasatan SPRM.

Tindakan itu diambil untuk tidak mencemarkan parti itu yang kini sedang berkira-kira untuk mengambil alih kerajaan Kelantan. Pencalonan wakil berkenaan diperkirakan akan merosakkan imej Umno Kelantan.

Wakil rakyat berkenaan sebelum ini pernah disiasat oleh SPRM, dan dikatakan pihak SPM sudah pun bersiap sedia untuk mendakwanya. Bagaimana kes itu disenyapkan apabila ia dikatakan ada campur tangan orang Kuala Lumpur.

Mustapa Mohamed dalam kenyataan terbarunya bila ditanya mengenai perkara itu menjelaskan beliau tidak tahu menahu.

Mustapa diminta oleh media massa untuk mengulas kenyataan SPRM Kelantan yang memberi gambaran ada orang politik terlibat dengan rasuah. Pengarah SPRM Kelantan tidak menyatakan, orang politik itu daripada parti mana.

Dalam hubungan itu, sebelum ini terdengar juga sekurang-kurang dua orang wakil rakyat Pas dalam perhatian SPRM. Beberapa laporan kepada SPRM berhubung penyelewengan dalam beberapa projek pernah dibuat oleh Ngo dan individu tertentu tetapi belum ada sebarang tindakan. [wm.kl.11:20 am 21/02/18]

Posted by mohd sayuti Omar at 11:22:00 AM 

2 comments:

  1. menutup kebenaran satu dosa BESAR
    tak kira pati mana
    rosuah tetap rosuah

    ReplyDelete
  2. Ni bahana jika ahli / pemimpin parti yg samada b'dasarkn islam atau rakyat MULA pentingkn dunia.

    ReplyDelete