Wednesday, February 21, 2018

Syed Saddiq bercakap tentang penduduk Muar

Syed Saddiq jawab Razali: Penduduk Muar peka
mk      Hari ini, 12:59 pm
Pengduduk di Muar sangat peka dengan realiti isu-isu di peringkat tempatan mahupun nasional, kata ketua Pemuda BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sambil menafikan dakwaan bahawa beliau tidak pernah turun di kawasan kerusi di utara Johor itu.

“Memang benar saya kerap turun Muar. Ini kerana saya percaya Muar yang merupakan bandar diraja dan juga mutiara Johor adalah kunci untuk Pakatan Harapan untuk menawan Putrajaya,” katanya sebagai menjawap ahli parlimen Muar , Datuk Seri Razali Ibrahim, yang dilaporkan mempersoalkan kewibawaannya untuk bertanding kerusi itu
“Untuk makluman Razali, setiap kali saya turun Muar, saya ditanya kenapa pemimpin yang kami pilih masih bersekongkol dengan perasuah negara walhal pemimpin jiran di Pagoh berani bersuara menentang golongan kleptokrat,” kata Syed Saddiq (foto, atas) merujuk kepada Razali dan ahli parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam temu bual dengan Sinar Harian semalam dalam nada sinis berkata beliau mengalu-alukan Syed Saddiq untuk mencuba nasibnya di Muar tetapi mengingatkan bahawa seseorang calon bukan sekadar perlu baca matematik kaji jumlah pengundi Melayu, Cina, India dan rekod kemenangan dahulu.

"Pilihlah mana tempat nak bertanding, lompat sana, lompat sini guna matematik itu cara pembangkang. Kita BN jaga pengundi.

"Kalau setakat turut berkempen orang suka, saya tak boleh buat apa, saya tak diajar sebegitu rupa.

“Kami (Umno) bercakap soal servis, tak sekat sesiapa nak bertanding... silakan, saya cuma harap pengundi di Muar celik ketika mengundi," kata Razali.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata penduduk di Muar juga bertanya kepadanya tentang kenaikan kos sara hidup.
“Penduduk Muar terus dengan soalan mereka mengapa mereka sukar mendapat peluang pekerjaan meskipun pada hari minggu kita melihat lambakan warga asing membanjiri Bandar Maharani.,” katanya.

Syed Saddiq yang disebut-sebut akan diturunkan sebagai calon Pakatan Harapan di Muar pada pilihan raya umum ke-14 akan datang, menambah bahawa pelbagai soalan rakyat adalah bukti kesedaran mereka terhadap realiti yang berlaku di Johor dan seluruh negara.
“Penduduk Muar peka dengan realiti nasional dan lokal. Angin perubahan semakin dirasai di Muar.

“Apa yang saya boleh katakan di sini, Pakatan Harapan mendengar suara penduduk Muar. Pakatan Harapan ingin membangunkan Muar kerana kami percaya Muar adalah mutiara Johor,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Razali mengekalkan kerusinya dengan 51 peratus undi dan dengan majoriti sebanyak 1,646 undi.

1 comment:

  1. easy win for SYED, congrats muar ppl. u got young and promising talent

    ReplyDelete