Teruskan impian ayah, Kerk Chee Yee tinggalkan dunia perbankan sertai politik
Yeoh Cheong Ee · Diterbitkan pada 26 Feb 2018 11:41AM
Kerk Chee Yee menemui kepuasan kerana berpeluang menyumbang kembali segala pengetahuannya dalam bidang ekonomi dan kewangan kepada negara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Farhan Nazmi, 26 Februari, 2018
KERK Chee Yee mungkin berfikir pengalamannya bertahun-tahun dalam dunia pelaburan perbankan yang serba kompetitif mampu mempersiapkannya untuk merentas "laluan sukar" politik pembangkang di Malaysia.
Bagaimanapun, Chee Yee berkata mendiang bapanya, bekas setiausaha agung DAP Kerk Kim Hock tidak mempercayainya, yang pada mulanya menentang hasrat anak lelaki tunggalnya untuk berkecimpung dalam dunia politik.
"Bapa saya tidak menggalakkan saya menyertai politik pada mulanya, tetapi beliau bukan seorang diktator," kata Chee Yee kepada The Malaysian Insight baru-baru ini.
"Beliau akan menganalisis keadaan, kebaikan dan keburukan dengan saya, supaya saya faham apa yang difikirkannya," katanya.
"Beliau meminta saya berfikir dengan teliti kerana saya akan menghadapi risiko ditangkap, didakwa dan juga disabitkan di Malaysia.
"Sebagai perbandingan, laluan hidup saya akan menjadi lebih lancar jika saya memilih untuk terus dalam industri perbankan," kata graduan daripada Universiti Melbourne ini.
Kim Hock, yang meninggal dunia akibat kanser pada Ogos tahun lepas, adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah Operasi Lalang pada 1987.
Chee Yee berkata bapanya, walaupun pada mulanya teragak-agak untuk menyokong keputusan anaknya menyertai DAP, akhirnya akur dan ahli Parlimen dua penggal serta Adun di Melaka selama satu penggal itu memberikan restu kepada Chee Yee untuk menyertai politik sepenuh masa, bukan hanya membantu di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas waktu pejabat.
Hari ini, Chee Yee adalah setiausaha politik kepada Lim Kit Siang dan ketika beliau mendapati dunia politik pembangkang lebih kejam berbanding pekerjaan terdahulu, beliau memperoleh kepuasan lebih besar dalam politik.
"Sejak minggu pertama, saya tahu saya akan serahkan segalanya. Saya dapati banyak perkara yang boleh saya lakukan, daripada menulis kertas cadangan, menganjurkan forum, menulis skrip bagi menggalakkan rakyat untuk mengundi," kata Chee Yee.
"Oleh kerana parti itu tidak mempunyai latar belakang dari segi ekonomi dan kewangan, saya gembira kerana saya dapat menyumbang."
Beliau berkata sering berbincang mengenai keadaan politik Malaysia pada masa lalu bersama bapanya, yang mungkin menanamkan semangatnya untuk membawa perubahan kepada negara.
"Saya percaya pilihan raya akan datang adalah peluang yang jarang berlaku (untuk perubahan). Negara kita berada di persimpangan bersejarah, saya tidak mahu melepaskan peluang ini untuk menyumbang kembali kepada negara dan masyarakat," kata Chee Yee.
Bagaimanapun, beliau mengakui pengalaman itu mungkin bukan untuk orang yang pengecut.
"Ia adalah jalan yang sukar jika anda menyertai pembangkang, banyak perkara yang perlu anda korbankan.
"Anda juga akan diasak hebat, adakah anda bersedia?" – 26 Februari, 2018.

No comments:
Post a Comment