Tuesday, February 20, 2018

Soalnya dedak dari siapa dan dari mana tu?

Dedak sistematik kacau pendaftaran Bersatu
JANATUL FIRDAUS YAACOB  - 20 FEBRUARI 2018
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

SHAH ALAM - Komplot dedak sistematik didakwa menjadi punca utama status pendaftaran parti Bersatu masih tertunda.

Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui kebanyakan aduan yang dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) diterima daripada kumpulan pemakan dedak.

Menurutnya, Pengerusi Bersatu,  Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri maklumkan kebanyakan aduan terhadap parti Bersatu kepada ROS adalah berbentuk 'copy paste'.

"Hal ini jelas membuktikan bahawa aduan-aduan berkenaan datangnya daripada kumpulan dedak sistematik yang tujuannya hanya satu iaitu mengharamkan parti Bersatu," katanya semalam.

Dalam pada itu, Syed Saddiq menegaskan peguam dan setiausaha Bersatu telah membawa bukti bahawa aduan itu berunsur sabotaj terancang untuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi masih belum didedahkan.

"Pemakan dedak ini cuak, Bersatu akan gantikan Umno dan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN sebab itu mereka usahakan pelbagai cara untuk menghalang pendaftaran parti.

"Bersatu masih menanti panggilan ROS, dan kami bersedia dan akur dengan cadangan yang bakal dikemukakan ROS jika terdapat sebarang masalah," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Biro Strategi dan Dasar Bersatu, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff meminta ROS agar merujuk kepada parti setiap aduan yang dikemukakan.

"ROS patut ambil maklum kerana siasatan mesti melibatkan dua pihak. Kebanyakan pengadu yang tampil kepada ROS dan media biasanya bekas-bekas ahli yang disogok untuk memaparkan persepsi negatif terhadap Bersatu.

"Ini semua rancangan rangkaian dedak teratur yang cuba kelirukan rakyat dan burukkan Bersatu," tambahnya.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, status terkini pendaftaran Bersatu masih dalam siasatan.

"ROS masih siasat, ada banyak aduan. Kami juga tidak ada jangka masa untuk tamatkan proses ini," katanya.

* Bila dah anak benih dari UMNO, nak kata apa lagi?

No comments:

Post a Comment