Sunday, February 25, 2018

Inilah rupanya yang menjadi punca kecederaan belakang Azmin

Tok Dad cedera semasa nak sambut cucu sulung
mk      Hari ini, 1:15 pm
Kecederaan tulang belakang dialami Datuk Seri Azmin Ali berlaku ketika beliau teruja mahu menyambut cucu sulungnya kata jurucakap kerajaan Selangor hari ini.

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong, Azmin sedang membersihkan rumahnya dan menyusun semula perabot di situ apabila kecederaan berlaku.

"Menteri Besar Selangor sedang menjalani rawatan terapi tulang belakang (fisioterapi) dan perlu berehat denga cukup sebelum boleh memulakan tugas," katanya.

Menurut Yin Azmin kini tidak sabar untuk segera pulih 100 peratus supaya dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa.

Azmin, 53, dikurniakan cucu sulungnya pada 14 Feb lalu. Bayi itu adalah hasil perkongsian hidup anak pertama menteri besar Selangor itu Farah Shazliyana dengan Muhammad Syaqib Zainudin.
Pasangan Azmin dan Datin Seri Shamshida Taharin dikurniakan enam anak. Selain Farah Shazliyana, lima lagi anak mereka ialah Mohamed Ameer Shazrin, 25; Farah Amira, 24; Farah Afifah, 22; Mohamed Basheer Noor Al-Haq, 17; dan Mohamed Yusuf Al-Sadiq, 16.

Kegembiraan dan teruja Azmin dapat dilihat daripada beberapa ciapan beliau di Twitter.

Antara lain Azmin memuat naik gambar beliau bersama bayi berkenaan, diiringi dengan kata-kata: Tok Dad & Tok Mum dengan orang baru. Kami sayang kamu.

Yin berkata Azmin disahkan oleh doktor mengalami kecederaan 'annular tear of spinal disc’.

"Orang ramai khususnya rakyat Selangor boleh mendoakan menteri besar supaya segera sembuh dan kembali bekerja untuk Selangor dan rakyatnya," katanya.

2 comments:

  1. Sempena pilihanraya yang makin hampir maka semua rakyat Malaya sila ambil perhatian agar tidak tertipu dengan janji tipu dari Najib. Mamat sekor ni kuat menipu. Kerja dia menipu aje. Lain kerja takda asyik menipu. Dulu kata dia janji ditepati tapi dia tipu. Tipu dah jadi gaya hidup dia. Asyik nak menipu rakyat je kerja dia. Dulu kata dia takda duit ribu juta masuk akaun dia tapi las terbukti dia tipu. Dia memang kaki tipu. Jangan percaya dengan Najib penipu. Elakkan diri anda dari ditipu Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 juta ahli dungUMNO rela ditipu...paling tak masuk akal...hidup hidup kena tipu pun OK jer orang UMNO nih semua ekkk?

      Delete