Penduduk Lembah Pantai mahu Nurul Izzah kekal sebagai ahli Parlimen
Asila Jalil · Diterbitkan pada 11 Feb 2018 9:06PM
Nurul Izzah dan dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fddzil beramah mesra dengan penduduk Lembah Pantai ketika acara 'Goreng Pisang Havoc' anjuran Wanita Keadilan Lembah Pantai berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi petang tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2018
PENDUDUK di Lembah Pantai masih mahu Nurul Izzah Anwar kekal sebagai Ahli Parlimen mereka kerana berpendapat beliau telah menjalankan tugas yang sangat baik sejak memegang kerusi itu pada 2008.
Perunding kejuruteraan, Hamidan Ahmad, 49, berkata Nurul Izzah sentiasa bertemu dengan penyokongnya dan mendengar masalah yang mereka hadapi.
"Saya harap dia kekal lagi di sini pada penggal akan datang sebab sekarang ini dia jalankan tugas yang sangat cemerlang," Hamidan memberitahu The Malaysian Insight ketika acara pengedaran pisang goreng percuma anjuran Wanita Keadilan Lembah Pantai berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi hari ini.
"Saya sebenarnya terkejut bila dia datang sini walaupun nampak gambar dia di sepanduk, sebab saya tahu dia mesti sibuk.
"Saya rasa program ini diterima dengan baik dan ia patut dibuat sekurang-kurangnya sekali seminggu," tambah Hamidan.
Tahun lalu, laporan Malaysiakini yang memetik sumber PKR berkata Nurul Izzah akan bertanding di Permatang Pauh, manakala Dr Wan Azizah akan bertanding di Lembah Klang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, baru-baru ini Nurul Izzah berkata beliau akan mempertahankan kerusi Lembah Pantai.
Ketua Wanita Keadilan Lembah Pantai Azura Ibrahim berkata acara itu bukan diadakan kerana pilihan raya yang semakin hampir.
Sebaliknya, ia diadakan supaya penduduk di kawasan itu dapat berkumpul dan bertemu Nurul Izzah, katanya.
"Mungkin penduduk di sini tiada saluran yang betul untuk dapatkan berita mengenai Pakatan Harapan dan YB (Nurul Izzah).
"Jadi, apabila merekaberkumpul di sini, selain daapat pisang goreng percuma, mereka juga boleh beritahu masalah mereka kepada kami dan YB," kata Azura sambil menambah gerai itu didirikan sejak jam 4.30 petang tadi.
Penduduk Lembah Pantai menunggu bungkusan pisang goreng percuma anjuran Wanita Keadilan Lembah Pantai berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi petang tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2018
Dari 500 bungkusan pisang goreng disediakan, hanya 200 bungkusan yang tinggal pada jam 5.30 petang.
Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai "Din" berkata dia amat tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang dan berharap perubahan akan berlaku pada PRU14.
Katanya, apa yang paling dia bimbangkan ialah mengenai isu pekerja asing di negara ini, kerana baginya semua kerja yang diberi kepada pekerja asing sepatutnya diberi kepada rakyat tempatan.
"Orang kita ni nak ke mana? Pemimpin kata orang kita pemalas, tapi bukan itu sebabnya. Orang sentiasa cari kerja, apa yang mereka cakap tu tak betul.
"Kebanyakan kerja dah diambilpekerja asing," kata lelaki berusia 56 tahun itu.
Nurul Izzah berkata beliau lebih suka diletakkan di Lembah Pantai.
"Kami sedang mempersiapkan jentera seolah-olah saya akan bertanding esok, tetapi saya hormati keputusan pucuk pimpinan.
"Dan saya mengingatkan Fahmi (Fadzil), Nik Nazmi (Nik Ahmad) dan semua pemimpin bahawa kita hanyalah tentera dalam satu pasukan terbesar dalam perjuangan ini. Jadi kami perlu bersedia untuk diletakkan di mana-mana, tetapi, dah tentulah, saya lebih suka di sini."
Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil sebelum ini berkata Nurul Izzah takut untuk bertanding di Lembah Pantai kerana Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang melakukan kerja-kerja Nurul Izzah. – 11 Februari, 2018.

No comments:
Post a Comment