Tuesday, February 6, 2018

Kepala pembunuh bersiri yang pertama di Portugal 176 Tahun Lepas masih tersimpan

Kepala Pembunuh Bersiri Dari Portugal Yang Dibunuh 176 Tahun Lepas
Published: Tuesday, 6 February 2018
Diogo Alves yang merupakan seorang pembunuh bersiri yang pernah ‘menghantui’ rakyat Portugal sekitar tahun 1841 merupakan pembunuh bersiri yang pertama di negara itu.

Dilahirkan di Galicia pada tahun 1810 dan mengembara ke Lisbon sebagai seorang kanak-kanak biasa, Diogo bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah rumah.

Beberapa tahun kemudian, Diogo menyedari bahawa kehidupan untuk ke arah kejahatan adalah jalan pintas untuk mengaut keuntungan.

Pada tahun 1836 dia telah dipindahkan untuk bekerja di sebuah kediaman mewah yang terletak di Aqueduto das Águas Livres, Portugal.

Pada waktu malam, Alves akan merompak hasil pendapatan petani. Bukan sahaja setakat merompak, Alves juga mencampak dan membuang kesemua mayat mangsa daripada ketinggian 213 kaki dari sebuah jambatan.

Bagi mengukuhkan kedudukannya, Alves telah menubuhkan sebuah geng untuk merompak dan membunuh mangsa dan sasarannya merupakan merupakan golongan elit dan orang-orang kaya.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Kumpulan itu akhirnya telah berjaya ditangkap setelah mereka membunuh empat orang di sebuah rumah milik seorang doktor tempatan. Alves kemudiannya telah didakwa dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Setelah Alves meninggal dunia, sekumpulan saintis telah meminta untuk menyimpan kepala Alves untuk tujuan kajian. Menurut mereka, sifat seseorang itu dapat ditentukan berdasarkan kepada bentuk fizikal tengkorak mereka.

Kepalanya telah dipotong daripada tubuhnya dan dipindahkan ke dalam balang kaca di mana ia masih lagi disimpan sehinggalah ke hari ini di Fakulti Perubatan Universiti Lisbon.- taikotai.tv 

1 comment:

  1. sifat seseorang itu dapat berdasarkan kepada bentuk fizikal tengkorak mereka

    mana dia hasil kajian ynag dibuat tu

    sifat sesorang tu akan di tentukan oleh didikan makpak bukan kepala tengkorak
    ni lah mansuia sesat nak tunjuk
    pandai dari Allah

    ReplyDelete