Tuesday, February 6, 2018

Semuanya salah orang: Selama ini adakah pernah dia mengaku salah?

Salah petik atau suara hati Hadi?
The Malaysian Insight · Diterbitkan pada 6 Feb 2018 12:14PM
Lidah PAS Harakah hari ini melaporkan Hadi dalam satu kenyataan berkata idea kabinet dua lapis itu disalahertikan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Februari, 2018

INILAH halnya dengan ahli politik. Mereka ini bukannya reti sangat berdalih melainkan kalau sudah sangat terdesak. 

Satu jalan keluar yang digunakan berulang-ulang kali oleh ahli politik yang terlajak kata ialah "saya disalah petik" atau "saya disalahfahami". Mereka ingat mereka boleh terlepas dengan alasan-alasan macam itu.

Ingat Tengku Adnan Mansor dan kenyataannya mengenai penganut Kristian? Orang juga salah faham apabila beliau berkata Universiti Teknologi Mara ditubuhkan untuk mereka yang lemah dalam pelajaran ("slow learners").

Satu hal tentang penjelasan ialah selalunya ahli politik yang membuat penjelasan akan ternampak lebih tidak cerdik. 

Ambil saja penjelasan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Ini yang dikatakannya sebelum ini.

“Jika PAS memerintah, ia akan terbahagi kepada dua – (satu), kabinet yang buat keputusan tentang dasar negara. Ini perlu terdiri daripada mereka yang memeluk ideologi dan kepercayaan nasional.

“Kabinet itu akan melantik kabinet eksekutif yang akan melaksanakan dasar dan ahlinya boleh terdiri daripada orang bukan Islam, dilantik berdasarkan kepakaran mereka,” kata Ahli Parlimen Marang itu di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kumpulan kedua pula adalah teknokrat yang akan melaksanakan dasar kerajaan, katanya.

“Teknokrat ini boleh dari parlimen atau sektor swasta,” kata Hadi.

Dan sekarang lidah PAS, Harakah hari ini menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh Hadi.

"Dua kabinet itu tak betul. Bukan dua kabinet. Pembahagian tugas. Biasalah dalam kerajaan, ada Menteri, Timbalan Menteri, Perdana Menteri, Menteri Tugas-tugas Khas, Menteri.

"Ada Menteri yang dia pantau Kementerian-kementerian. Itu biasakan pembahagian? Bukan dua kabinet, itu dia tak faham, tak faham ulasan saya, tak faham," lapor Harakahdaily memetik Hadi.

Tidak payah kita berteka-teki kenapa Hadi perlu mengubah nadanya kali ini.

Beliau dan partinya dikecam dan diremehkan oleh pelbagai pihak selepas media melaporkan tentang idea kabinet dua lapisnya itu. Daya fikir dan strateginya sudah ternampak jelas.

Maka sekarang ini Hadi dan partinya cuba meredakan keadaan. Tidak ada rakyat Malaysia yang waras akal fikirannya mahu menyokong rejim ini yang percaya pada pecah dan perintah serta mahu menginstitusikan perkauman.

Jangan kita lupa, idea dua kabinet dua lapis itu sepatutnya diperkemaskan daripada idea awal Hadi dan kenyataannya tentang pentadbiran Muslim sahaja yang sebelum ini turut dikritik.

Penjelasan? Salah faham? Salah petik?

Nah, ini cuma Hadi yang bercakap tentang apa yang ada dalam fikirannya. – 6 Februari, 2018.

* sifat ahli politik sebenarnya dua kali lima saja antara yang berserban dengan yang bersongkok atau berkepala 'unta'

1 comment:

  1. Serius .... saya lagu tak faham apa pak aji ni nak sampaukan. Point utama dia hari tu nak ubah corak pemerintahan. Orang dah komen macam-macam, dia ckap macam ni pula.

    Takpa la. Katakanlah dIa betul.
    Dari penjelasan dalam Harakah apa bezanya dengan apa yg ada sekarang di Malaysia. Ada kebinet yang menjadi pembuat dasar. Memenaglah bila disebut kabinet tu ianya merangkumi menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen. Bends ni dah dinyatakan dalam Perlembagaan lama dah.

    Selepas pembuat dssar adalh perlaksana dasar. Sekarang ni dipanggil kakitangan awam. Mereka adalah pakar dalam bidang masing-masing. Malahan PM boleh lantik siapa saja utk mengetuai agensi pelaksana tersebut disebabkan kuasa beliau dalam menasihati YDP Agong. Dah tu, tang mana bezanya pak aji?? Apa yang pak aji cadang dan apa yg ada, berbeza tang mana??

    Atau memang pak aji salah spin sampai belit diri sendiri. Tanya jer....

    ReplyDelete