Reman 3 anggota TLDM terlibat dalam kes kematian tahanan dilanjutkan
TMI - Diterbitkan pada 7 Oct 2017 12:14PM
TEMPOH reman tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditahan sejak 1 Oktober lalu bagi membantu siasatan kes kematian dua anggota pasukan itu minggu lepas, dilanjutkan tujuh hari lagi bermula esok.
Majistret Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid mengeluarkan perintah itu ke atas ketiga-tiga suspek berusia 29, 37 dan 44 tahun di Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketiga-tiga mereka yang bertugas di bilik tahanan di Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan ketika kejadian, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.50 pagi tadi sebelum dibawa keluar semula satu jam kemudian.
Pada 1 Oktober lepas, LK 1 Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK 1 TLS Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di bilik tahanan berkenaan dipercayai didera berdasarkan laporan bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Bedah siasat yang dilakukan ke atas Nik Muhammad Baihaqy mendapati kematiannya disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul manakala Muhammad Lailatuliman meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.
Semalam, mahkamah sama melanjutkan tempoh reman selama empat hari ke atas dua lagi anggota TLDM berumur 29 dan 37 tahun untuk membantu siasatan kes dua anggota pasukan itu yang mendakwa mereka dicederakan di pusat tahanan sama.
Kedua-dua anggota itu yang berusia 30 tahun membuat laporan polis pada 2 Oktober lepas dan mereka kini dirawat di Hospital Angkatan Tentera Lumut.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan melakukan ugutan jenayah.
Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata sehingga kini polis menahan tujuh orang yang kesemuanya bertugas sebagai pengawal bilik tahanan, dengan lima suspek yang berusia 29 hingga 37 tahun disiasat mengikut Seksyen 302.
Dua daripada mereka turut disiasat mengikut Seksyen 325/506 kanun itu bersama-sama dua lagi suspek yang lain. – Bernama, 7 Oktober, 2017.

apa kerja pegawai ketua bilik tahanan
ReplyDeleteselama ini ?
sampai boleh jadi macam ni
pihak tldm pung kena siasat jugak
lain la kalau mati lawang yahudi
ni mati akibat kerja bodo
setiap urusan kerja mesti dipantau
kalau tidak ada yang jadi pengganas pelampau
Tindakan yang sia sia dan merugikan. Masalah yang dibuat sendiri dan membazir masa selama ini..
ReplyDeleteKini semua hilang.. Hilang pekerjaan, hilang masa, tidak ada harapan kerana tindakan yg tidak disertai dgn fikiran.... Semoga memberi ikhtibar kpd yang lain.