Tuesday, October 24, 2017

Memalukan!

Bikin malulah tutup kes Jho Low!
Amin Iskandar, Noel Achariam · Diterbitkan pada 24 Oct 2017 7:00AM
Keputusan menutup kes Low Taek Jho akan menjadikan Malaysia bahan jenaka di serata dunia kerana ia masih dalam siasatan di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. – Gambar fail AFP, 24 Oktober, 2017.

HANYA satu perkataan: Memalukan!

Hanya itu yang boleh merumuskan langkah Putrajaya membersihkan nama Low Taek Jho walaupun dia sedang disiasat atas jenayah bersabit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di beberapa negara lain, kata pemimpin pembangkang dan aktivis anti rasuah.

Kata mereka, Jho Low dan 1MDB tidak dapat dipisahkan kerana dia watak utama dalam urus niaga yang kini dalam siasatan yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan negara itu.

Keputusan menutup kes Jho Low, kata mereka, akan menjadikan Malaysia lawak jenaka di serata dunia kerana skandal ini masih dalam siasatan di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Amanah Mohamed Hanipa Maidin berkata, pengumuman Putrajaya tiada kes untuk disabitkan terhadap Jho Low dibuat ketika Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat baru hendak memulakan prosiding jenayah ke atas 1MDB selepas sebelum ini memfailkan saman sivil.

“Malaysia rupanya lagi cekap daripada DoJ yang dibantu oleh FBI apabila Malaysia sudah tutup siasatan ke atas Jho Low.

“Jho Low dengan 1MDB tak boleh dipisahkan seperti mana 1MDB juga tidak boleh dipisahkan daripada MO1,  ” kata ahli Parlimen Sepang itu kepada The Malaysian Insight.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan mengesahkan yang MO1 merujuk kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan petang ini mengatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menutup siasatan ke atas Jho Low.

Zahid mengeluarkan kenyataan itu untuk menafikan laporan awal media, yang memetik jawapan beliau di Dewan Rakyat, bahawa Malaysia ada meminta bantuan Interpol untuk membantu mengesan Jho Low.

Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, menjawab soalan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali yang bertanya apakah Interpol membantu Malaysia mengesan Jho Low.

Lewat petang semalam, Zahid bagaimanapun dalam satu kenyataan menjelaskan polis sudah menutup siasatan terhadap ahli perniagaan itu.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata kenyataan “patah balik" Zahid membuktikan beliau hanya “cakap kosong” dalam jawapan balasnya terhadap soalan Azmin.

“Ini menunjukkan bagaimana menteri-menteri kita menghina kemuliaan Dewan Rakyat, apabila Timbalan Perdana Menteri boleh hentam kembali jawapan yang diberikannya tanpa sebarang asas.

“Kita mendesak Zahid datang ke Dewan Rakyat untuk memberikan penjelasan rasmi terhadap jawapan kepada soalan Azmin dan membenarkan ahli-ahli Parlimen bertanyakan soalan balas bagi memastikan maruah institusi Parlimen dapat dikembalikan,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi hanya mementingkan jawatannya apabila bertindak membersihkan nama Low Taek Jho daripada sebarang kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Oktober, 2017

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata dengan kenyataan Zahid itu, pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) kini akan ada jawapan sama iaitu “tiada apa lagi yang boleh disiasat dengan 1MDB” dan akan terus mengulang-ulangnya.

“Kita sudah sampai ke satu tahap sudah tiada apa lagi yang dikatakan atau dilakukan oleh kerajaan yang boleh kita ambil serius.

“Jho Low dengan jelas pelarian dikehendaki, dikaitkan dengan skandal terbesar dalam sejarah Malaysia dan salah satu yang terbesar di dunia.  

“Dia perlu terus dicari dan ditangkap tetapi sayangnya timbalan perdana menteri hanya mementingkan jawatannya,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Ketua Biro Dasar dan Strategi Bersatu, Dr Rais Hussin berkata beliau menonton sesi Parlimen secara langsung melalui TV1 dan mendengar dengan jelas Zahid mengatakan Malaysia mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan Jho Low.

“Kenyataan pusingan 'U' Zahid mengejutkan. Kita perlu menyemak kembali hansard Parlimen, jangan kata pada saya itu juga sudah hilang!

“Jika kita tak boleh cari seseorang selepas mendapatkan bantuan Interpol, kita terus tutup siasatan? Wow!,” kata Rais.

Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel berkata jawapan pada sesi soal jawab Dewan Rakyat oleh menteri dalam negeri itu meremehkan komitmen di bawah Konvensyen Anti Rasuah Pertubuhan Bangsa Bersatu (Uncac) yang mewajibkan negara anggota berkerjasama membanteras rasuah rentas sempadan.

"Bahawa DoJ di Amerika Syarikat dan kerajaan Switzerland sudah menamakan Jho Low sebagai orang yang berkepentingan dan watak utama dalam penipuan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB menunjukkan usaha kerajaan secara sistematik untuk menutup skandal kewangan terbesar dunia hari ini.

"Jelas bahawa Jho Low sedang dilindungi untuk menjaga mereka yang duduk di puncak kuasa politik. Najib mesti jawab persoalan-persoalan berkaitan dengan 1MDB sebelum beliau berdepan dengan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

"C4 yakin walau macam mana bersungguh-sungguh Malaysia hendak menutup kes ini, kebenaran akhirnya akan terdedah juga," tambah beliau.

Jho Low ialah ahli perniagaan Malaysia yang dikaitkan dengan beberapa aset yang didakwa oleh DoJ diperoleh secara salah menggunakan dana daripada 1MDB. – 24 Oktober, 2017.

7 comments:

  1. Eu amei tanto quanto você vai receber realizadas aqui.

    O desenho é atraente, sua autoria material elegante. comando,
    no entanto, você get comprou um tremores que desejar estar entregando o seguinte.
    indisposto inquestionavelmente vem mais anteriormente novamente como exatamente o mesmo quase
    muito frequentemente dentro caso você protege este aumentar .

    ReplyDelete
  2. You can certainly see your enthusiasm in the work you write.
    The sector hopes for even more passionate writers like you who are not afraid to mention how they believe.
    At all times follow your heart.

    ReplyDelete
  3. A person essentially assist to make critically articles
    I might state. This is the very first time I frequented your website page and
    to this point? I surprised with the research you
    made to make this actual submit incredible. Fantastic task!

    ReplyDelete
  4. Bila KP Imigresen nak batalkan passport Jho Taek Low atas jenayah mempunyai dua passport - Jho Taek Low dan Eric Tan?

    Kes ini dah dibuktikan di Singapura.

    ReplyDelete
  5. Way cool! Some very valid points! I appreciate you penning
    this article and the rest of the website is also very good.

    ReplyDelete
  6. Hello to all, the contents existing at this web page are really awesome for
    people experience, well, keep up the nice work fellows.

    ReplyDelete