Monday, October 16, 2017

PRU 14: Ibrahim Ali nak rampas Pasir Mas dari Nik Abduh

Ibrahim Ali yakin boleh menang di Pasir Mas
Muhafandi MuhamadAstro Awani |  Oktober 15, 2017 17:12 MYT
Ibrahim Ali yakin boleh menang di Pasir Mas
IBRAHIM: Tolak pemimpin yang jenis mementingkan diri dengan berselindung dengan parti.
PASIR MAS: Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yakin boleh memenangi kerusi parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), biarpun bertanding atas tiket bebas.

Hujah Ibrahim, Ahli Parlimen sedia ada Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz dari Pas mengabaikan banyak perkara hingga mengecewakan rakyat di Parlimen tersebut. 

Malah katanya, sebahagian besar penduduk di Pasir Mas tidak mengenali Nik Abduh walaupun beliau merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Rata rata di Pasir Mas, rakyat kecewa, mereka yang di kampung-kampung tidak mengetahui Nik Abduh ini adalah orang Pengkalan Chepa, dia menang sebab aura bapa dia dan kedua - Pasir Mas kubu kuat Pas," katanya selepas persidangan khas tahunan Perkasa Pasir Mas di sini, pada Sabtu.

Ibrahim yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Mas turut menyarankan rakyat Kelantan menolak pemimpin yang jenis mementingkan diri dengan berselindung dengan parti.

Katanya, terdapat pemimpin batil yang hanya makan gaji buta namun tidak mengendahkan rakyat di bawah.

Beliau juga tidak mahu rakyat tertipu dan bersedia menawarkan diri bertanding atas tiket bebas bagi menyambung pelbagai agenda pembangunan di Pasir Mas yang kini diabaikan Ahli Parlimen sedia ada.

3 comments:

  1. Sekarang dia Cuba tibai tun, ramai sudah kena,Mari Kita lihat bagaimana dia kena?

    ReplyDelete
  2. kali ni Berahim Al Kataki ni nak guna parti cap lambang apa ? Cap Katak Kembung ke cap tikus mondok ? kah kah kah ... cukup cukup lah sekarang dah terlampau ramai ahli politik yang dah gila meroyan (walaupun memang sejak dulu lagi Berahim Al Kataki ni adalah ahli politik yang pertama gila meroyan dengan sering melompat parti) atau apakah Berahim ni dengki sebab dia dulu yang terkena meroyan tapi masih tak ramai yang memuji dia ... kah kah kah ... jangan sampai lepas ni Tun M pulak yang melabelkan sesuatu yang tak baik kepada si Berahim ni ... kah kah kah

    ReplyDelete