Sunday, October 29, 2017

Opp. Lalang: Ada benarnya kata-kata Chandra Muzaffar ni

'Tiada gunanya Dr M minta maaf pada saya'
mk   -   28 Oct 2017, 7:13 pm
Bekas tahanan Operasi Lalang, Chandra Muzaffar berkata beliau tidak memerlukan permohonan maaf daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyebabkan beliau ditahan tanpa bicara pada 1980an.

"Tidak ada apa gunanya untuk Dr Mahathir meminta maaf. Adalah lebih baik sekiranya Dr Mahathir bermuhasabah, melihat dirinya sendiri dan seluruh kariernya dan apa yang telah beliau lakukan.

"Bahawa seseorang boleh menukar pendiriannya seperti menukar baju, tanpa melalui proses muhasabah, ini sangat mengganggu saya," kata Chandra dalam temu bual dengan The Malaysian Insight.

Ketika ditanya sama ada beliau telah memaafkan Mahathir, Chandra menjawab beliau tidak menyimpan dendam terhadap bekas perdana menteri yang berkuasa selama 22 tahun itu.

"Tidak ada dendam dalam hati saya. Saya sudah sebut hal ini semasa saya dibebaskan. Tidak ada rasa marah dan kecewa.

"Ada orang yang mungkin mahu membawa luka masa lalu itu sampai sekarang, dan sampai ke masa depan. Saya tidak fikir itu caranya," jelasnya.

Chandra adalah antara 106 orang yang ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 pada tahun 1987.

Pada masa itu, beliau terlibat dengan Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran), sebuah pergerakan masyarakat sivil yang diasaskan beliau.

Antara isu yang disuarakan oleh Aliran pada masa itu termasuk skandal kewangan Bumiputera Malaysia Finance (BMf) serta kes pencemaran alam sekitar Asia Rare Earth di Perak.

Ia juga lantang mempersoalkan pemberian kontrak pembinaan Lebuhraya Utara Selatan kepada Hati Budi, sebuah syarikat pelaburan Umno.

Chandra ditahan pada 27 Oktober 1987 dan dibebaskan selepas 57 hari.

Disoal Hanif, Rahim Noor

Chandra mendedahkan bahawa pada awal penahanannya, beliau telah disoal oleh ketua polis negara, Tun Mohammed Hanif Omar dan bekas pengarah Cawangan Khas Tan Sri Rahim Noor ketika itu.

"Mereka tanya apakah saya tidak hargai apa yang kerajaan lakukan. Itu bukan satu masalah kerana dalam semua kenyataan saya, saya mengakui perkara baik dan positif yang kerajaan lakukan.

"Apa yang baik kita alu-alukan, apa yang tidak baik kita kritik. Itulah demokrasi." kata Chandra.

Menurut Chandra, Hanif kemudian cuba mengatur pertemuan antara beliau dan Mahathir.

"Saya syak Dr Mahathir yang tidak gembira dengan suara-suara yang berlainan dan peranan saya dalam Aliran. Saya ada alasan untuk percaya itulah sebabnya Haniff mahu aturkan pertemuan itu. Tetapi saya tolak.

"Saya beritahu Haniff saya tidak boleh berjumpa Dr Mahathir dalam keadaan beliau warganegara yang bebas sedangkan saya sedang ditahan. Dalam erti kata lain, saya bukan dalam keadaan yang wajar untuk membuat keputusan kerana saya sedang ditahan.

"Haniff terima alasan saya. Dia kata: "Saya hormat pendirian saudara". Saya masih ingat kata-katanya itu," jelas Chandara.

Katanya, tidak berapa lama selepas dibebaskan, Haniff menganjurkan forum mengenai hak asasi manusia dan menjemput beliau sebagai ahli panel.

* Berkaitan: Paling kurang Dr Mahathir perlu minta maaf 

Seingat aku perbalahan berlaku di antara Najib dan Lee Kim Sai yang masing-masing menjadi Ketua Pemuda UMNO dan MCA, dan Najib buat perhimpunan di stadium TPCA

2 comments:

  1. itu matde lagi mau banyak cakap pasai isa ni
    masa dia ada kuasa memang dia yang takut dengan kebangkitan minda rakyat yang berbeza ngan dia
    takut tak tahan lama jadi pm
    dia guna isa
    itu mat polis tukang angkut oranag masa tu
    tak payah selindung di balik isa haprak ni
    orang dah tahu
    memang patut matjib ditahan masa tu tapi dibiarkan sebab ornag depa jadi tukang perangat
    ornag lain kena sengat
    cilako sungguh omno
    selagi omno memang lah bnayak masaalah

    ReplyDelete