Monday, 16 October 2017
AMBOIII...SAYANGNYA PAS PADA NAJIB!!!
"Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal daripada keturunan lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis."
Kata-kata di atas adalah antara yang disebut oleh Tun Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi, di Petaling Jaya, Sabtu lalu.
Tidak ada pemimpin atau ahli UMNO yang memberi reaksi atau terasa marah terhadap kata-kata Tun Mahathir itu kerana hakikatnya mereka sedar kenyataan seperti itu, apalagi jika dilafazkan dalam ucapan di hadapan beribu-ribu hadirin, ia adalah perkara biasa saja sebenarnya.
Tetapi, bagi Pas, kata-kata Tun Mahathir itu dianggap bersifat rasis, melampau dan kurang ajar.
Dengan yang demikian, kata seorang pemimpinnya, Pengerusi Pakatan Harapan itu perlu ditahan dan disiasat dibawah Akta Hasutan.
Amboiii...sayangnya Pas pada Najib!!!
Menuduh orang Islam lain sebagai kafir, munafiq, taghut dan macam-macam lagi gelaran atau tuduhan tidak pula disedari sebagai melampau dan kurang ajar oleh Pas.
Apa pun, terbuktilah sudah rasa sayang Pas kepada Najib sekarang ini sudah melebihi rasa sayang pemimpin dan ahli UMNO sendiri.
Adakah ini tandanya cinta Pas kepada UMNO makin bersemi?
Memang menakjubkan rasa kasih dan cinta Pas kepada Najib kebelakangan ini. Ini kerana di ketika Tun Mahathir disindir sebagai berdarah keturunan India beberapa kali oleh Najib sendiri, malah sewaktu Zahid Hamidi tidak bercakap benar dengan mengatakan nama penuh bekas Perdana Menteri itu ialah Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty, Pas sebaliknya hanya berdiam diri saja.
Mengapa tidak kedengaran Pas membidas Najib dan Zahid Hamidi ketika itu?
Bukankah semua itu juga rasis, melampau dan kurang ajar?
Namun, sebaik Tun Mahathir mengaitkan Najib dengan lanun Bugis, suatu dakwaan yang masih dalam kategori Melayu lagi dan meminta beliau balik ke negeri asalnya, bukan main melenting Pas dibuatnya.
Kenapa Pas begitu cepat melenting? Bukankah Najib sendiri mengakui beliau berketurunan Bugis?
Ehem...ehem...nampaknya rasa cinta, kasih dan sayang Pas terhadap Najib makin sukar untuk disembunyikan apabila semakin hampir tibanya tarikh pilihanraya. (ShahbudinHusin 16/10/2017).
Posted by Shahbudin Husin at 16:37
Kaitan baca di link sepenuhnya: “Saya menyeru pihak berkuasa untuk menahan Tun M (Dr Mahathir) di bawah Akta Hasutan 1948

Lobai dua alam...
ReplyDelete