Imej isteri cerminkan suami, kata Siti Hasmah
Yasmin Ramlan
Dikemaskini 16 jam yang lalu · Diterbitkan pada 6 Oct 2017 4:37PM
Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berkata seorang isteri sentiasa perlu menjaga tingkah laku kerana semua tindakan mencerminkan suami. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Oktober, 2017.
SEBAGAI seorang wanita yang pernah menjadi isteri kepada seorang perdana menteri, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berkata, beliau perlu bijak menjaga nama baik supaya tidak mencemarkan reputasi suaminya.
Ini memandangkan, apa jua yang dilakukan akan mencerminkan suaminya.
"Anda perlu menjaga imej dan reputasi anda supaya (apa yang dilakukan) tidak memburukkannya. Apa yang anda lakukan mencerminkan suami anda. Ini yang isteri perlu beringat-ingat," katanya dalam satu temubual dengan The Malaysian Insight hari ini.
Berkahwin dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sejak 1956 dan merupakan doktor perubatan terlatih, beliau membicarakan pengalamannya dalam kehidupan umum dan menekankan kepentingan mempunyai hubungan baik dengan semua pihak daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Selain itu, beliau menegaskan perlunya bagi seorang isteri sepertinya untuk sentiasa memberikan sokongan kepada suami dalam apa jua keadaan.
Digelar "Bapa Pemodenan Malaysia", Dr Mahathir berkhidmat sebagai perdana menteri sejak 1981 dan mengumumkan peletakan jawatan secara mengejut pada 2002 sebelum bersara secara rasmi pada 2003.
"Perkara paling penting sekali adalah sentiasa bersama dia untuk memastikan kepada orang ramai yang dia ada isteri, ada yang menjaga dan menyokongnya.
"Dengan ini, ia memberi rasa yakin terhadap dirinya. Apabila dia rasa sedih, ada isteri yang menyenangkan hatinya. Itu peranan isteri, menyenangkan hatinya semasa senang dan susah," katanya.
Menurutnya lagi, tidak wujud istilah bersaing sesama sendiri dalam hubungan suami isteri walaupun dalam sesetengah majlis beliau dijemput untuk memberikan ucapan dan adakalanya perlu memainkan peranan sebagai pemimpin.
"Perlu buat juga sebab ini secara tak langsung melonjakkan imej suami.
"Tapi hati-hati. Jangan sampai melangkaui batas atau peranan anda (sebagai isteri perdana menteri). Jangan ada persaingan," katanya.
Suami kembali aktif dalam politik
Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Bersatu kini aktif dalam siri jelajahnya dengan memberi ceramah dari satu negeri ke negeri lain di Malaysia, sebagai salah satu usahanya "membuka mata" rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mengenai isu semasa dan skandal syarikat beban hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, beliau tidak menyangka setelah suaminya bersara, Dr Mahathir akan kembali aktif berpolitik. Tetapi akur demi menyelamatkan Malaysia yang kini berdepan dengan pelbagai masalah.
"Bila dia bersara, saya ingatkan dia berehat. Saya dapatkan dia semula dalam keluarga sebagai suami saya dan bapa kepada anak-anak kami. Tapi sebenarnya dia tidak bersara sepenuhnya," kata Siti Hasmah.
Siti Hasmah dilihat sentiasa di sisi dalam setiap ceramah suaminya berkata, salah satu sebab beliau berbuat demikian kerana untuk menjaga keperluan suami seperti jika Dr Mahathir batuk, perlulah disediakan air kosong untuknya.
Di samping itu, beliau akan memberikan komen selepas penyampaian ceramah suaminya.
"Saya tak adalah dengar (apa yang Dr Mahathir ucap) sepanjang masa. Kadang-kadang bosan jugakan? Sebab cerita yang sama tapi takkan saya nak beritahu. Saya tak nak patahkan semangatnya.
"Jadi saya ikutlah dia. Bagi komen sikit lepas tu (lepas ceramah)," katanya.
Beliau bagaimanapun akan cuba meyakinkan pihak penganjur supaya tidak meletakkan suaminya sebagai penceramah terakhir kerana bimbang suaminya berjaga sehingga lewat malam dan akan pulang ke rumah sangat lewat, terutamanya pada usia 92 tahun.
"Mereka (penganjur) akan letakkan suami saya sebagai penceramah terakhir sebab tak nak orang ramai balik cepat. Jadi mereka gunakan suami sayalah," katanya.
Kasih sayang yang menebal di antara Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Dr Mahathir Mohamad terserlah dalam setiap bicaranya walaupun usia perkahwinan mereka sudah menjangkau 61 tahun. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Oktober, 2017.
Hubungan dengan Tun Razak dan impian novelis romantik
Walaupun dalam setiap ucapan Dr Mahathir tidak putus melancarkan serangan bertubi-tubinya terhadap Perdana Menteri Najib Razak, Siti Hasmah sangat bersyukur dengan apa yang dilakukan bapa pemimpin itu terhadap negara.
Digelar sebagai "Bapa Pembangunan", Razak menyumbang terlalu banyak terhadap negara, seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan mencetuskan idea penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan.
"Kami bersyukur dengan apa yang dia lakukan untuk negara kita. Dia telah memberi peluang kepada negara terutamanya pada penduduk luar bandar," katanya.
Pada masa sama, Siti Hasmah ketika ditemubual turut memberitahu mengenai perkembangan terkininya yang sedang dalam proses menghasilkan novel romantik. Ia mengenai pasangan dalam usia 30an.
Siti Hasmah bertemu Dr Mahathir ketika kedua-duanya pelajar perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura. Mereka berkahwin pada tahun 1956 dan beliau, seorang gadis "bandar" dari Klang, berpindah ke Kedah bersama suami.
Beliau menjadi salah seorang wanita Melayu pertama pada zamannya yang belajar bidang perubatan, dan ketika itu antara doktor wanita Melayu pertama dan pegawai perubatan wanita pertama di Jabatan Kesihatan Ibu dan Anak.
Pada tahun 1974, beliau menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Ibu dan Anak Negeri.
Selepas 61 tahun menjadi pasangan suami isteri, ternyata kasih sayang antara kedua-duanya masih utuh.
Beliau mengakui tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa Dr Mahathir dan sekiranya mereka tidak bertemu jodoh.
"Saya mungkin hanya akan menjadi doktor dan tidak berkahwin dengan doktor juga," katanya yang merujuk kepada Dr Mahathir.
"Saya tak boleh bayangkan hidup saya tanpa dia," katanya. – 6 Oktober, 2017

No comments:
Post a Comment