Kes Jho Low tak boleh ditutup selagi skandal 1MDB tidak selesai
TMI · Diterbitkan pada 24 Oct 2017 7:46PM
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata adalah tidak bertanggungjawab jika kerajaan menutup siasatan terhadap Low Taek Jho, sedangkan skandal 1MDB masih belum berjaya diselesaikan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Oktober, 2017
PRESIDEN Bersatu Muhyiddin Yassin hari ini berkata adalah tidak bertanggungjawab jika kerajaan menutup siasatan terhadap Low Taek Jho, sedangkan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih belum berjaya diselesaikan.
“Ia tindakan yang amat tidak bertanggungjawab,” katanya dalam salah satu daripada tiga video pendek disiarkan di laman Facebook Bersatu petang tadi.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi mengenai status siasatan terhadap Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low, individu utama dalam transaksi antarabangsa 1MDB yang rumit.
Zahid semalam memberitahu Dewan Rakyat polis meminta bantuan Interpol untuk menjejaki Low, tetapi kemudian mengeluarkan satu kenyataan pada hari sama berkata fail kes membabitkan Low sudah pun ditutup.
Muhyiddin berkata Zahid perlu menjelaskan mengenai kekeliruan daripada kenyataan patah balik itu.
Bekas timbalan perdana menteri itu juga mengecam dakwaan Zahid yang mengatakan 1MDB bukan lagi isu relevan dalam satu lagi video berdurasi dua minit.
“Ia isu paling besar. Ia yang melibatkan maruah negara, khazanah negara, skandal dan salah guna kuasa, isu berkaitan dengan undang-undang, rasuah, pengubahan wang haram,” kata Muhyiddin.
“Ia topik yang tidak akan terpadam.”
Dalam satu lagi video berdurasi tiga minit, Muhyiddin juga mengkritik speaker Parlimen kerana menolak soalan mengenai 1MDB tanpa penjelasan.
Beliau berkata speaker menolak 10 soalan berkaitan 1MDB pada persidangan kali ini, dan 30 lagi soalan pada persidangan Julai lalu.
“Perdana menteri tidak memberikan penjelasan yang memuaskan hati semua pihak,” katanya, menambah ahli Parlimen ada hak untuk membangkitkan isu penting di Dewan Rakyat.
Di Parlimen awal hari ini, Ahli Parlimen Sepang dari Amanah, Hanipa Maidin berkata Zahid tidak berhak untuk berkata tidak ada kes terhadap Low, kerana individu itu tidak pernah ditahan atau disoal siasat.
“Timbalan perdana menteri kata Jho Low tidak akan didakwa. Itu kenyataan paling teruk. Bagaimana anda boleh cakap begitu? Ia terpulang kepada mahkamah untuk memutuskan. Jho Low tidak pernah pun ditahan, disoal siasat atau dibawa ke mahkamah,” kata Hanipa.
Ahli Parlimen itu menyentuh isu berkenaan di Parlimen hari ini, ketika perbahasan mengenai pindaan Rang Undang-undang Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2017.
Hanipa berkata pindaan itu akan memberi kesan besar kerana ia membenarkan perbadanan kerajaan, dengan kebenaran menteri atau menteri kewangan, untuk menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 bagi menjalankan aktivitinya, operasi atau inisiatif.
Katanya, penubuhan syarikat seperti itu oleh agensi kerajaan akan menyebabkan kekeliruan.
“Tuan speaker, suka atau tidak, kita ada pengalaman buruk dengan sebuah syarikat di negara kita.
“Seperti yang kita tahu, niat penubuhan 1MDB amat mulia, tetapi apa yang berlaku sekarang, menjadikan negara ini bahan lawak dunia. Dan apa jadi sekarang, orang mula ketawa bila timbalan perdana menteri jawab soalan Ahli Parlimen Gombak (Mohamed Azmin Ali),” katanya.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat percaya Low ialah dalang di sebalik skim untuk menyelewengkan wang daripada 1MDB.
Masih tidak diketahui di mana Low berada. – 24 Oktober, 2017.

No comments:
Post a Comment