Tuesday, October 31, 2017

Itulah Mafia, anak sendiri pun diarah bunuh!

Arah bunuh anak sendiri, ketua mafia Itali ditangkap
TMI · Diterbitkan pada 31 Oct 2017 11:30AM
“Godfather” Pino Scaduto mengarahkan pembunuhan anak perempuannya sendiri dari penjara kerana mencintai seorang anggota polis telah ditahan- selepas anak lelakinya enggan melakukan pembunuhan itu. – Gambar AFP, 31 Oktober, 2017

SEORANG ketua mafia Sicilian yang mengarahkan pembunuhan anak perempuannya sendiri dari penjara kerana mencintai seorang anggota polis telah ditahan- selepas anak lelakinya enggan melakukan pembunuhan itu.

“Godfather” Pino Scaduto menyalahkan penahanan dan hukuman diterimanya kerana hubungan anak perempuannya dengan seorang anggota polis kanan Itali.

Penyiasat memperolehi perbualan di penjara menemui bukti menggerunkan yang merujuk kepada “hadiah” istimewa yang mahu diberikan kepada anak perempuannya.

Detektif mengatakan Scaduto yang dibebaskan daripada penjara pada April lalu meminta anak lelakinya supaya membunuh anak perempuannya dengan mengatakan: “Kakak anda sudah menjadi pemberi maklumat”.

Tetapi anak lelaki Scaduto- yang juga berdepan dakwaan bunuh lain- enggan patuh.

“Saya tak mahu buat,” katanya dalam perbualan yang dipintas polis. “Jika anda mahu, buat sendiri. Mengapa saya perlu uruskan masalah ini? Saya dah 30 tahun.”

Scaduto yang mengawal sindiket Bagheria berhampiran ibu kota Sicilan, Palermo kemudian cuba mengupah orang lain yang juga menolaknya kerana ia adalah pertikaian keluarga.

“Hari ini kami menahan seorang ketua penjenayah yang mahu membunuh anak gadisnya sendiri kerana ada hubungan dengan seorang anggota kanan polis Itali,” kata Menteri Luar Itali Angelino Alfano pada Isnin menurut laporan media.

“Mafia kata diri mereka adalah lelaki penuh hormat. Tetapi di mana kehormatan dalam mengarahkan pembunuhan anak sendiri,” kata menteri itu.

Scaduto ditahan bersama lima belas anggota sindiket Bagheria.

Mereka semua didakwa kerana memeras ugut peniaga tempatan dalam sektor pembinaan dan air mineral. – AFP, 31 Oktober, 2017.

1 comment:

  1. memeras ugut peniaga tempatan dalam sektor pembinaan dan air mineral.

    kat negara ni tak da ke ynag buat kerja macam ni?

    ketua mapia pun depa tangkap kat sini bila nak tangkap pulak macam macam ketua duk ada
    dah buto ke atau takut arahan dari pelindung

    ReplyDelete