Saturday, October 28, 2017

Kalau benar celakalah kau DAP, tapi kalau ini semata tuduhan, celakalah sipenuduh ini!

DAP Mahu Hapus Agensi Islam Persekutuan – Dr Kamarul Zaman Yusoff 
By Wartawan Menara - October 28, 2017
Sintok, Kedah: Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus membuat dakwaan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Entiti-entiti politik ini seolah-olah sedang giat berusaha untuk memansuhkan agensi-agensi Islam pada peringkat Persekutuan walaupun telah ditegaskan beberapa kali oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, bahawa Malaysia adalah negara Islam.

Kritikan tegas ini dikeluarkan oleh Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Selain daripada itu Dr Kamarul Zaman Yusoff turut menegaskan persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen DAP berkenaan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Sudahlah begitu, di sebalik pelbagai kenyataan DAP, dan PKR, yang menegaskan bahawa Malaysia adalah negara sekular, Perdana Menteri juga menyatakan dengan jelas dalam ucapan beliau semalam, pada perenggan 222, bahawa Malaysia adalah “negara Islam (yang progresif dan dinamik)”.

“Menurut kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari kepada Malay Mail Online, Ahli Parlimen itu mempersoalkan kewujudan JAKIM dan membuat dakwaan bahawa kewujudan JAKIM bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan kerana negara tidak sepatutnya mencampuri urusan agama,” tegas Dr Kamarul Zaman lagi.

Menurut Dr Kamarul Zaman lagi, laporan Malay Mail online yang memuatkan kenyataan Zairil Khir Johari juga dikongsi oleh Lim Kit Siang sebagai tanda persetujuan ke atas kenyataan itu.

“DAP boleh dilihat menggunakan Ahli Parlimen beragama Islam untuk mengetengahkan agenda anti-Islamnya dan ini disokong oleh kepimpinan tertinggi parti,” kata Dr Kamarul Zaman lagi.

Kenyataan Zairil Khir Johari ini bukanlah kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen DAP kawasan Bukit Bendera ini mengenai hasrat memansuhkan JAKIM dan mempertikaikan kewujudan institusi Islam Kerajaan Pusat.

Kewujudan JAKIM yang dilihat mampu menyelaras dan begitu instrumental dalam memastikan kemajuan Islam dapat dicapai dalam negara, selaras dengan peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan menjadi sasaran kritikan golongan pro negara sekular di dalam negara.

4 comments:

  1. Ek eleh. Dr. Kamaruzaman ni umngok. Stop. Hihihi

    ReplyDelete
  2. Negara islam? Judi genting. Judi halal bersepah. Kilang arak shah alam? Dlm negara islam tu? Huhu

    ReplyDelete
  3. Pengarah tah apa2 kat sintok ni bercakap mcm lebai2 kat warung kopi. Nanti bila dap ugut nak saman, dia diam la. FYI bukan sj dap yg kritik tindakan jakim tp sultan johor jg. Dan paling top sekali najib kata malaysia negara islam. Nak tangkap penyamun tembam kafir pun tak berani, usah meroyan sgt lah

    ReplyDelete
  4. memang ini tm negara islam pung
    mai britis kasi tonggang langgang abeh
    las sekali suruh perintah ini tm ikut
    kitab kapir britis
    ada yang kemarok kuasa ikut jugak
    nilah padahnya

    ReplyDelete