Saturday, October 14, 2017

Zamihan Mat Zin

Siapakah Zamihan?
Amin Iskandar - Diterbitkan pada 13 Oct 2017 10:53AM
Pendakwah Zamihan Mat Zin yang direman dua hari, disiasat mengikut Akta Hasutan susulan kritikannya terhadap Sultan Johor berhubung dobi untuk Muslim saja di Muar. – Gambar YouTube, 13 Oktober, 2017

PENDAKWAH Zamihan Mat Zin yang direman dua hari kerana disiasat mengikut Akta Hasutan selepas didakwa mengkritik Sultan Johor berhubung kedai dobi untuk orang Islam saja di negeri itu sebenarnya tidak asing dengan kontroversi dalam dunia Melayu-Islam.

Pada ceramah agama di sebuah masjid di Shah Alam, Ahad lalu Zamihan didakwa berkata tidak wajar Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menghalang dobi untuk orang Islam saja di negerinya.

Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan itu, mengatakan hanya memberikan pandangan peribadi tentang keperluan orang Islam mempunyai dobi berasingan bagi menjaga “kesucian cucian mereka”.

Tidak ramai yang tahu, Zamihan sebelum ini kerap dipanggil menghadiri forum membanteras keganasan  , termasuk bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Ayob Khan Mydin Pitchay.

Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tetapi kini dipinjamkan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu sebelum ini pernah “berperang” dengan Dr Mohd Asri Zainul Abidin selepas mengaitkan mufti Perlis itu dengan aliran Wahabi dan menyokong keganasan.

Asri menafikan dakwaan Zamihan yang juga presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), sebaliknya berikrar menentang fahaman melampau itu.

Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan aliran terbesar dalam Islam selain Syiah, Wahabi dan banyak lagi. Aliran Wahabi merupakan fahaman Islam kontroversi yang menjadi ikutan rasmi agamawan Arab Saudi.

Pergaduhan secara terbuka antara Zamihan dan Asri menyebabkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim menganjurkan debat yang kemudiannya dipanggil diskusi bertajuk “Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Diskusi” pada 17 Februari, 2016 antara kedua-dua tokoh itu. Namun ia dibatalkan pada saat akhir.

Zamihan sebenarnya mempunyai sejarah panjang bergaduh dengan Asri.

Zamihan pernah menggelar Asri “mufti anjing”, selepas kenyataan mufti Perlis itu yang berkata Islam tidak melarang umatnya memelihara anjing.

Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad turut menjadi sasaran Zamihan dalam pembentangannya kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bertajuk “Penyelewengan Mufti Wilayah Persekutuan dan kaitannya dengan ajaran Wahabi” pada Jun lalu.

Slaid pembentangan Zamihan itu menjadi viral dan turut dikongsi di Facebook Ketua Biro Agama PKR Wan Ji Wan Hussin.

Menjelaskan di akaun Facebooknya, Zamihan bagaimanapun berkata, beliau hanya membentangkan data daripada muzakarah dengan Zulkifli pada 19 Januari lalu yang turut dihadiri pegawai Jakim.

“Mereka menyaksikan sendiri bahawa mufti WP tidak menolak satu pun data yang saya bentangkan di hadapan beliau sendiri waktu itu.

“Tiada siapa dapat menolak bukti secerah mentari pagi,” katanya.

Selain Asri dan Zulkifli, Zamihan, 41, yang berasal dari Gua Musang, Kelantan pernah “berperang” dengan ramai intelektual dan cendekiawan Islam lain.

Kassim Ahmad yang meninggal dunia pada Selasa pernah dikunjungi Zamihan dan rakan-rakannya di rumahnya di Kulim, Kedah pada Mac 2014 kerana mahu menemu bual intelektual Islam itu yang dikatakan pelopor fahaman anti hadis di Malaysia.

Pertemuan antara Zamihan dan rakan-rakannya bersama Kassim dikongsi di laman Youtube dengan tajuk "Kassim Ahmad – Hakikat yang membatalkan akidah beliau."


Berkawan dengan jin

Zamihan yang menggunakan gelaran “Al-Ghari”, yang bermaksud “penghuni gua” dalam bahasa Arab pernah juga dikatakan berkawan dengan makhluk halus jin.

Zamihan menafikan dakwaan itu, berkata beliau turut menjalankan perkhidmatan rawatan perubatan Islam, dan pada ketika tertentu diminta bantuan bagi menghadapi masalah seperti kerasukan atau histeria.

"Kalau saya pegang jin pun, apa salahnya? Dia pun makhluk Allah juga.

"Apabila ada orang kena rasuk, kena histeria, orang panggil kita, kita pergi dan masalah selesai. Biasalah, itu anugerah Allah, bakat masing-masing," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Ketika Mufti Pahang Dr Abdul Rahman Osman dilaporkan berkata tahun lalu DAP jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam, Zamihan menyokongnya.

“Istilah kafir harbi, dulu kini dan selamanya relevan digunakan, berdasarkan nas Al-Quran.

“Bila sebut kafir harbi, bukan bererti semuanya dihukum bunuh, ini menampakkan kelestarian Islam. Hukuman itu bergantung kepada tahap mereka memerangi Allah dan Rasul, mereka kena bunuh kalau mereka membunuh,” katanya.

Beberapa minggu sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Zamihan mengeluarkan kenyataan berdosa mengundi calon yang tidak menyokong rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 yang ditaja PAS.

“RUU 355 ini undang-undang Islam, bukan liberal atau sekular. Jadi kenapa kita sebagai orang Islam harus menolaknya?

“Kenapa sebagai ahli Parlimen undang-undang British mereka sokong, sedangkan undang-undang Islam tidak? Ahli Parlimen jenis apa kalau macam itu,” katanya.

Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight baru-baru ini, Zamihan berkata pihak berkuasa seharusnya menyiasat individu lain yang lebih mengancam negara berbanding dirinya yang hanya mempertahankan hak orang Islam.

"Saya pertahankan hak sensitiviti orang Islam, mengapa saya harus disiasat atas Akta Hasutan. Malah ramai lagi liberalisme agama, ajaran sesat dan anti hadis. Siasatlah mereka,” katanya. – 13 Oktober, 2017.

5 comments:

  1. Hello very nice website!! Guy .. Excellent .. Wonderful ..
    I will bookmark your site and take the feeds additionally?

    I am satisfied to search out a lot of helpful information right here within the post, we'd like work out extra
    techniques on this regard, thanks for sharing. . .

    . . .

    Here is my blog :: desert tour from marrakech to fes

    ReplyDelete
  2. Elok sangatlah di Malaysia kita ada dua badut UMNO satu Bergelar Dato satu bergelar ular semak apakata jika kita gandingkan mereka berdua ini untuk memantapkan lagi kekuatan UMNO seperti mana yang didakwa oleh seorang menteri yang berkata sokongan pada UMNO sekarang telah melebihi sokongan pada pembangkang yang menempa sejarah

    ReplyDelete
  3. sapa mau makan dikedai kapir silakan sapa yang nak larang
    tak payah nak rioh pasai islam n kapir dah terang pung nak ikut ikutlah
    ynag mana suka

    ReplyDelete
  4. My brother recommended I would possibly like this website.
    He was entirely right. This post actually made my day.
    You cann't imagine just how much time I had
    spent for this information! Thanks!

    ReplyDelete
  5. I am sure this paragraph has touched all the internet people,
    its really really nice post on building up new weblog.

    ReplyDelete