Monday, October 16, 2017

Jamal sahkan sape ni: Mana yang lebih baik antara Jamal dan orang ini?

Jamal sahkan foto tular di pusat judi pemimpin Umno
DALIA ISMAIL  -  October 15, 2017 5:46 pm 0
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos mengesahkan kehadiran seorang pemimpin kanan Umno Selangor bersama seorang wanita yang berada di pusat judi yang menjadi tular hari ini.

Beliau berkata foto yang dimuat naik oleh netizen di facebook itu berlaku ketika beliau bersama ahli Umno dan NGO melakukan risikan di beberapa kedai judi haram di sekitar Selangor.

“Gambar ni saya fikir lebih kurang empat bulan yang lalu. Tapi saya tak pasti kedai judi di kawasan mana kerana banyak tempat kita lakukan risikan sebelum kita serbu.

“Dia (Zein Isma) ada ikut kita buat risikan, lagipun dia, orang (pengusaha pusat judi) tak kenal sangat,” ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Beliau ditemui sebelum sidang media untuk mengumumkan pelancaran Restoran NGO 1Malaysia yang menyediakan makan percuma untuk rakyat di Jalan Pahang hari ini yang akan dibuka bermula esok jam 11 pagi hingga 3 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Hari ini tular di laman facebook yang dipercayai susuk tubuh seperti Ketua Penerangan Umno Selangor Datuk Zein Isma Ismail bersama seorang wanita di sebuah pusat judi.

“Tengok berita channel CNN dengan orang rumah ke…hebat orang Amino ye hihihi,” yang ditulis di facebook.

Sebelum itu Malaysia Dateline cuba mendapatkan pengesahan daripada Zein Isma yang juga Ketua Umno Bahagian Subang tetapi beliau enggan memberikan sebarang komen mengenai foto yang tular itu yang dipercayai oleh netizen adalah beliau.

Cerita Jamal:
Jamal usahakan kerja amal NGO, korporat bagi makan tengahari percuma untuk rakyat

Keinsafan yang tercetus ketika mengiringi  jenazah rakan perniagaannya yang meninggal dunia ke tanah perkuburan telah membuahkan idea kepada Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk mengumpulkan dana dikalangan NGO dan ahli korporat untuk melakukan program amal jariah dengan memberi makan percuma kepada warga kota. Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia itu berkata, tujuannya adalah untuk melakukan … Continue reading

1 comment:

  1. najib gelembong orang - ngo
    umpan pru14
    bagi makang percuma konong

    ReplyDelete