Takkan ku percaya lagi janji manismu, kata Mat Sabu
mk - 22 Oct 2017, 6:25 pm
Walaupun sering menerima kecaman, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu mendakwa ada kalangan pemimpin PAS mempelawanya kembali semula menyertai parti Islam itu.
Mohamad Sabu berkata, beliau sering disapa oleh pemimpin-pemimpin PAS sekiranya terserempak dengan mereka di lapangan terbang dan dilayan dengan baik.
“Kita kena faham antara parti dengan orang, orang-orang PAS adalah rakan-rakan kita.
"Selalu saya jumpa mereka di lapangan terbang nak pergi umrah, mereka dalam kuliah kita tahu dia maki kita tapi di airport jauh dia datang nak bersalam kita.
"Dia tanya apa khabar Abang Mat, teruskan perjuangan.
“Ada pimpinan PAS Pusat kita tahu dia hentam kita, tapi di lapangan terbang dari jauh dia duduk meja lain, dari jauh dia datang duduk dengan saya dan dia kata Bang Mat kembalilah (kepada PAS). Saya pun kata janji manismu takkan ku percaya lagi,” katanya.
Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika ucapan penangguhan di Konvensyen AMANAH di Hotel Royale Signature Alor Setar hari ini.
Mat Sabu berkata sepanjang 38 tahun penglibatannya bersama PAS, beliau telah berkhidmat dalam mengumpulkan derma bagi membina markas-markas PAS, namun beliau kecewa kerana premis tersebut kini menjadi tempat untuk "memakinya" pula.
“Bayangkan berapa tahun kita berceramah kalau tak banyak sikit, kita terlibat dalam kutip derma dan beri sumbangan.
“Kalau kita lihat di Shah Alam ada Padang Mat Sabu, dalam google pun dia iktiraf Padang Mat Sabu di seksyen 27. Maknanya banyak kita beri sumbangan. Kalau kita lihat markas PAS, air mata jatuh juga terkenang.
“Betapa tempat itu jadi maki hamun kita terutamanya yang muda, baru kahwin, tak mengenali perjuangan. Yang baru-baru tak kenal siapa (Mat Sabu) dia terus serang.
"Bila sebut AMANAH sebagai ‘PanDAP’ dan DAP sebagai ‘DAPIQ’. Inikah akhlak pendakwah,” kesalnya.

No comments:
Post a Comment