Tuesday, October 24, 2017

Isu RM9.5 juta antara Najib dan Shafee: PKR kemuka bukti?

PKR dakwa ada bukti, gesa SPRM siasat Najib, Shafee

  | October 23, 2017
PKR membuat laporan ke SPRM menggesa agensi anti-rasuah menyiasat dakwaan Tan Sri Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta daripada Najib Razak.
VIDEO INSIDE
PUTRAJAYA: PKR hari ini menyerahkan “bukti” berhubung dakwaan Tan Sri Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta daripada Pedana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menggesa agensi anti-rasuah menyiasat dakwaan tersebut secara serius.
Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin membuat laporan terhadap dakwaan itu di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini hari ini.
“Isu RM9.5 juta itu bukan isu baharu, namun kita lihat belum ada tindakan serius diambil,” kata Shamsul kepada pemberita selepas penyerahan “bukti” itu.
“Kita ada bukti dan telah kemukakan. Ikut prosedur kita tak boleh dedah lagi dan mereka beri jaminan dalam masa 7 hari bekerja, kita akan dapat maklum balas.”
Shafee ketika ditanya pemberita pada 9 Jun lepas berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan itu nanti.
Beliau berkata demikian selepas bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman untuk membatalkan pensabitan liwat atas alasan mahkamah tidak membuat keputusan yang adil kerana Shafee selaku pendakwaraya dalam kes itu didakwa menerima sejumlah wang daripada Najib.
Anwar memfailkan saman itu selepas portal Sarawak Report mendakwa Shafee menerima wang itu secara 2 kali pada 2013 dan 2014.
Pada 12 Jun lalu, mahkamah tinggi mengarahkan kerajaan supaya respon kepada saman itu, dan mengarahkan Shafee memfailkan respon kepada permohonan meminta mahkamah mengarahkan beliau mendedahkan transaksi akaun bank antara Ogos 2013 dan Mac 2014.
Shamsul hari ini berkat walaupun keputusan permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula Anwar akan diputuskan esok, PKR masih mahu SPRM menyiasat dakwaan itu.
“PKR tidak kenal masa. Kita minta siasat juga walaupun kes sudah habis,” katanya. “Sebab kita lihat ada percanggahan kenyataan daripada kerajaan yang mengatakan Shafee hanya dibayar upah guaman sebanyak RM1,000 untuk perkhidmatannya berbanding dakwaan dia menerima RM9.5 juta itu.”
Pada 11 Jun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata Shafee hanya dibayar RM1,000 untuk khidmatnya sebagai pendakwaraya dalam kes liwat II di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, berdasarkan kepada maklumat yang diberikan Jabatan Peguam Negara.

No comments:

Post a Comment