Monday, October 30, 2017

Tolong jangan main wayang!!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=844936069010685&id=379029638934666

*PANDIKAR AMIN MULIA SELAKU SPEAKER PARLIMEN SEORANG YANG TIDAK MULIA!! JANGAN MAIN WAYANG!!*

Saya hairan dengan sikap Speaker Parlimen yang kononnya nak siasat Najib Tun Razak telah mengelirukan dewan  dalam ucapan belanjawannya baru-baru ini!!

Pandikar Amin mulia nak siasat apa lagi?! *Tolong jangan main wayang!!* Dia ni kuat main wayang!!

Dulu Speaker Parlimen jumpa Tun Dr Mahathir Mohamad mengadu hal macam-macam sehingga nak letak jawatan tetapi selepas itu dia cakap lain pula!!

Inilah keperibadian Pandikar Amin Mulia!! Sukar untuk mempercayainya!!

Apa maksud Speaker Parlimen nak siasat dahulu Najib Tun Razak yang telah mengelirukan dewan dalam ucapan belanjawannya pada jumaat lepas!!

Katanya, selepas disiasat baru buat keputusan samada boleh rujuk Perdana Menteri paling korup ke jawatankuasa disiplin parlimen!!

*Najib Tun Razak memang kaki penipu!!* Dulu pun Perdana Menteri paling korup ini pernah tipu parlimen!! Saya sudahpun buat laporan polis pada bulan Mac 2015.

Bulan Mac 2015 Najib Tun Razak menipu parlimen dengan mengatakan bahawa *sejumlah RM4 bilion telah dibawa pulang dari 'Cayman Island'* dan duit syarikat 1MDB itu *kononnya disimpan di bank BSI di Singapura!!*

Akhirnya, apabila disiasat oleh pihak 'Monetary Authority of Singapore' (MAS) mendapati *tidak terdapat* sejumlah RM4 bilion wang tunai dalam akaun syarikat 1MDB di bank BSI Singapura!!

*Apa tindakan disiplin yang diambil keatas Najib Tun Razak* pada waktu itu yang telah menipu dewan rakyat?!

Speaker Parlimen ini ingat rakyat Malaysia bodoh?! Keseluruhan rakyat sedang memerhati gelagat 'badut' Pandikar Amin Mulia ini!!

Namun, kita beri sikit 'benefit of doubt' pada Speaker Parlimen ini!! Sama-samalah rakyat Malaysia tunggu jawapan serta justifikasi dari beliau dalam sedikit masa lagi mengenai isu ini!!

Kita tunggu dan lihat gelagat Speaker Parlimen yang bernama Pandikar Amin Mulia tetapi secara peribadi beliau tidak mulia!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
29 Oktober 2017

No comments:

Post a Comment