10 pemerhatian hasil jelajah ‘kleptokrasi’
The Malaysian Insight - Diterbitkan pada 15 Oct 2017 11:00AM
Siri jelajah 'Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi' membabitkan 30 ceramah yang diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2017
PAKATAN Harapan (PH) telah menjelajah negara dengan siri ceramah "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi" sejak 6 Julai. Dari Perlis hingga ke Johor dan kemudian Sabah dan Sarawak, membabitkan lebih daripada 30 ceramah.
Setiap parti komponennya – PKR, Bersatu, Amanah dan DAP – mengambil alih penganjuran ceramah di negeri-negeri yang berlainan, hinggalah berakhir dengan perhimpunan di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor semalam.
The Malaysian Insight membuat liputan lebih daripada 20 siri ceramah ini dan menemui ramai rakyat Malaysia dari serata tempat.
Berikut adalah pendapat para penulis mengenai ceramah itu dan kesannya.
Sheridan Mahavera: (Penaga, Shah Alam, Ipoh, Kuala Terengganu, Machang, Besut, Bera)
Saya membuat liputan ceramah pertama di Penaga, Pulau Pinang dan mendapati ramai yang hadir adalah penyokong PH.
Bagaimanapun, kehadiran Dr Mahathir Mohamad juga telah berjaya menarik mereka yang kali pertama hadir pada ceramah pembangkang. Mereka ini berusia dalam lingkungan 50-an dan datang untuk menyaksikan apa dilakukan oleh bekas perdana menteri yang menjadi ikon dengan orang-orang yang pernah beliau penjarakan.
Walaupun beberapa maklum balas terhadap Dr Mahathir adalah positif, ramai yang keliru dan tidak dapat menerima bagaimana seorang lelaki yang mendedikasikan seluruh hidupnya untuk "ketuanan Melayu" dan Umno, kini menghabiskan sisa usianya memusnahkan apa yang dibina selama ini.
Walaupun saya masih ragu-ragu tentang bagaimana isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan memberi kesan kepada pengundi Melayu, yang jelas adalah jerayawara kleptokrasi menyalakan api penyokong PKR, DAP dan Amanah.
Ia memberi sebab untuk mempercayai mereka boleh menawan Putrajaya. Ini selepas berbulan-bulan melihat Pakatan Rakyat berpecah-belah disebabkan masalah menteri besar Selangor dan perpisahan PAS daripada gabungan itu.
Dan walaupun Bersatu masih sebuah parti baru, ia berjaya menarik bekas penyokong Umno hadir ke pameran bergerak ini.
Ceramah tersebut memperlihatkan kepada mereka wujudnya alternatif kepada politik kaum dan agama yang ditonjolkan oleh Umno dan PAS.
Melati: (Shah Alam, Ampang)
Daripada pemerhatian saya, kebanyakan mereka yang menghadiri ceramah di Shah Alam dan Ampang adalah penyokong parti.
Mereka telah membuat keputusan untuk mengundi PH. Mereka berada di sana untuk mendengar para pemimpin dan penegasan semula bantahan terhadap BN.
Walaupun kebanyakannya generasi lebih tua, yang membesar di bawah pentadbiran Dr Mahathir, mereka mengalu-alukan kehadirannya dalam PH.
Satu perkara yang dapat dilihat adalah sambutan kurang bersemangat daripada belia bandar. Mereka tidak muncul. Sukar untuk menemui mereka yang berumur bawah 30 tahun untuk ditemubual.
Sambutan hangat diterima pada ceramah di Shah Alam, tidak seperti di Ampang yang agak suram sebelumnya dengan hanya 200 orang yang hadir walaupun ia diadakan di kawasan kediaman.
Satu perkara penting ialah kedua-duanya dihadiri pelbagai kaum yang terdiri daripada Cina, Melayu dan India.
Berdasarkan reaksi mereka, ramai mengetahui mengenai skandal 1MDB dan hubungannya dengan ekonomi tetapi masih terkejut apabila Tony Pua daripada DAP menjelaskan butiran skandal tersebut.
Rakyat juga tidak keberatan dengan ketiadaan PAS di Selangor. Mereka percaya Selangor ditadbir dengan baik di bawah PH dan dapat melihat perbezaan antara BN dan Selangor.
Kebimbangan utama bagi pengundi bandar masih merupakan kos sara hidup yang tinggi, terutamanya mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), harga minyak dan kadar tol yang berubah-ubah.
Punca mengapa mereka tidak terpengaruh dengan umpan retorik kerana kebanyakan mereka adalah penyokong pembangkang.
Mereka tidak begitu peduli terhadap isu perkauman selagi kerajaan baru dapat mengurangkan beban hidup yang ditanggungjawab.
Yasmin Ramlan: (Penaga, Pulai, Tasek Gelugor, Shah Alam)
Melalui pemerhatian saya, kebanyakan mereka yang hadir ke ceramah lebih tua dan mempunyai keluarga.
Tetapi saya merasakan ramai yang hadir bukan untuk mendengar mengenai skandal 1MDB tetapi sebagai saluran untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan pentadbiran Najib berhubung kos sara hidup yang tinggi.
Walaupun beberapa kajian mengatakan pengundi Melayu tidak begitu peduli terhadap isu 1MDB, kehadiran Bersatu dan Dr Mahathir mendorong mereka untuk mendengar ceramah itu.
Ia tidak terhad kepada orang Melayu kerana sentiasa ada kehadiran yang berbilang kaum.
Ramai yang ditemui mengatakan penjelasan Tony Pua tentang isu 1MDB menambah kemarahan mereka terhadap kepimpinan Najib.
Looi Sue Chern: (Penaga, Sg Acheh, Balik Pulau, Tasek Gelugor, Permatang Pauh)
Penaga, Sungai Acheh, Balik Pulau dan Tasek Gelugor adalah kawasan Umno. Acara pertama di Penaga dihadiri hanya 300 orang kerana terdapat satu lagi ceramah oleh Dr Mahathir di Kepala Batas.
Walaupun ramai yang biasa dengan skandal 1MDB, mereka paling responsif apabila Tony Pua menggunakan slaid untuk menjelaskan aliran wang. Beberapa orang yang saya temubual berkata mereka memahami skandal dengan lebih baik selepas itu.
Selepas siri jelajah, saya fikir pengundi masih menunggu untuk mendengar lebih lanjut mengenai apa yang boleh dilakukan oleh PH jika mereka memenangi Putrajaya. Mereka nampak belum yakin sepenuhnya.
Bede Hong: (Selama, Hulu Selangor)
Audien ceramah di bandar kebanyakannya terdiri daripada ahli parti komponen PH, terutamanya Bersatu.
Sebahagian besar yang datang sudah tetap pemikiran mereka mengenai skandal 1MDB dan yang mereka akan menyokong.
Kawasan luar bandar menyaksikan kurang daripada jentera pembangkang dan juga jumlah kehadiran yang lebih kecil, kadang-kala 100 orang atau kurang apabila Dr Mahathir tiada. Yang pasti, bekas perdana menteri itu masih menjadi tarikan.
Pembangkang berharap dapat mengubah fikiran orang-orang luar bandar, tetapi mereka tidak mempunyai kawalan ke atas televisyen, radio dan akhbar, jadi ia akan mengambil masa.
Dalam keadaan terbaik, PH percaya beberapa ratus orang yang hadir di ceramah itu akan menyampaikan berita itu kepada orang lain dan menjadikannya gelombang untukmenentang kerajaan.
Chan Kok Leong: (Pandamaran, Temerloh, Kuala Terengganu, Tampin)
Nama-nama besar menarik ramai orang, dan ketika Dr Mahathir berada di senarai teratas, penceramah seperti Mohamad Sabu, Muhyiddin Yassin, Tony Pua, Husam Musa dan Nurul Izzah Anwar menarik pengundi mereka sendiri.
Selain menarik perhatian beberapa penyokong Umno, ceramah di Temerloh, Tampin dan Alor Star (dua yang terakhir sebelum jelajah dilancarkan secara rasmi) menarik pengikut PAS.
Hari ini, penyokong PAS di luar Pantai Timur tidak menyokong sepenuhnya parti mereka. Ada yang mengatakan mereka tidak akan mengundi parti mereka dalam PRU14 kerana ia tidak dapat memenangi kuasa persekutuan tanpa PH.
Satu ciri lagi, walaupun ceramah diadakan di kawasan luar bandar, ia nampaknya menarik lebih ramai orang. Sebagai contoh, ceramah di Pandamaran, Kampiung Pandan, Temerloh dan Tampin dihadiri antara 800 dan 1,000 orang.
Ini mungkin kerana sambungan Internet yang lemah. Kerana sebahagian besar ceramah juga disiarkan secara langsung di Facebook, didapati hadirin lebih ramai di kawasan di mana akses internet adalah teruk. – 15 Oktober, 2017.

This design is wicked! You definitely know how to keep a reader entertained.
ReplyDeleteBetween your wit and your videos, I was almost moved
to start my own blog (well, almost...HaHa!) Fantastic job.
I really loved what you had to say, and more than that,
how you presented it. Too cool!
my page morocco desert tours
ReplyDeleteGELAP atau CAHAYA..
Klu rakyat diberikan 2 pilihan GELAP atau CAHAYA sudah pasti CAHAYA mnjd pilihan mrk..
Ddlm CAHAYA tiada lg momok yg menakut2kan..
Ddlm CAHAYA terang yg tiada momok itu, tiada n TIADA ketakutan krn KEBODOHAN lg.. krn jd "takut" serta jd "BODOH" adalah umpan ddlm GELAP!
"...perkauman dan agama..."
Momok GELAP yg paling menakutkan lg memBODOHkan itu adalah sentimen perkauman n prejudis agama yg dgn sengaja dirancang diulang2..
DAN momok itu dgn sendirinya LENYAP apb tiada lg ruang yg GELAP, apb ruang telah dipenuhi CAHAYA diskusi debat hujah serta fakta2 AUDIT telus lg tepat yg MIRACLE bertenaga..
KEBODOHAN adalah natijah hidup ddlm GELAP, yg boleh dgn mudah di"api2"kan dgn isu lapuk perkauman serta prejudis agama yg usang ketinggalan zaman..
CAHAYA yg terang dan LURUS yg dibawa nabi SAW itu adalah rahmat kpd seluruh alam2.. sama sprt bak CAHAYA mentari yg TAK pernah bias n prejudis menyinari seluruh umat manusia dgn SAKSAMA tanpa mengira darjat perbezaan kaum bangsa negara maupun agama..
CAHAYA mentari itu sgt2 adil n LURUS menyinari kita n CAHAYA itu tak pernah membeza2kan kita India Cina Melayu Iban Kadazan dll dinegara ini, begitulah indahnya CAHAYA pemberian"NYA" melalui mentari itu yg tak pernah n TIADA bias walau sedikitpun sama sekali!
Raikan suburkan dan war2kan sbnr2 CAHAYA MERIT n Integrity, CAHAYA cinta n Kaseh Sayang sesama kita, so apb wujud CAHAYA yg terang indah lg LURUS itu, momok2 GELAP yg penuh kesumat yg sarat dgn maki hamun kata2 kesat itu pun PASTI tak akan dpt hidup serta bernafas lg hi hi..
Tenaga CAHAYA yg Tuhan berikan kdlm jiwa kita itu sgt2 power lg AKTIF n sedarlah manakala yg GELAP itu sgt2 lemah dhoif lg pasif!
Having read this I thought it was really enlightening.
ReplyDeleteI appreciate you spending some time and effort to put this information together.
I once again find myself personally spending a significant amount of time both reading and
posting comments. But so what, it was still worthwhile!