Thursday, October 12, 2017

Jadah apa pula ni: Sendiri celupar dan ekstrim, orang lain disalahkan pulak

Penyokong Aswaja pertahan Zamihan, dakwa dianiaya konspirasi Wahabi
Radzi Razak  -  Diterbitkan pada 12 Oct 2017 2:39PM
Dr Zamihan Mat Zin mencetuskan kontroversi apabila mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan isu kedai dobi untuk orang Islam yang beroperasi di Muar, Johor. – Gambar Youtube, 12 Oktober, 2017.

PENYOKONG penceramah kontroversi Dr Zamihan Mat Zin menyifatkan guru agama itu teraniaya dan siasatan terhadapnya konspirasi golongan Wahabi untuk menyerang "seorang pejuang Islam".

Penggerak Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Abu Syafiq Mohd Rasyiq Mohd Alwi malah menyifatkan golongan Wahabi yang membuat laporan polis terhadap Zamihan sebagai "jahiliah Quraisy yang bermesyuarat menentang seorang pejuang Islam".

Katanya, kelompok Wahabi ini sudah lama berdendam dengan Zamihan kerana tegas menegakkan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Ketegasan yang dimiliki beliau dalam menegakkan kebenaran Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia menjadikan puluhan ustaz-ustaz Wahabi tergolek merata tempat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada larangan tauliah mengajar agama kepada penceramah yang dianggap membawa fahaman Wahabi di Selangor dan Johor.

“Perkara ini membuatkan ramai kaum kaki membid'ahkan orang itu berkumpul baru-baru ini memikirkan bagaimana mahu 'mengenakan' DZ (Zamihan). Seperti kaum Jahiliyyah Quraisy yang bermesyuarat menyerang seorang pejuang Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Abu Syafiq menambah kalau diteliti rakaman video ceramah Zamihan itu, tidak ada kenyataan yang menghina Sultan Johor atau hasutan dan perkauman.

"Tetapi yang jelas kita nampak di sana dendam kesumat Wahabi Takfiri sedang dimuntahkan ketika meneguk (sic) air yang keruh."

Abu Syafiq yang juga seorang pendakwah bebas berkata laporan polis terhadap Zamihan telah dibuat oleh beberapa pendakwah yang menentang Zamihan dan Aswaja seperti Dr Rozaime Ramle dan Abdul Naser Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Xifu Naser.

Aswaja, pertubuhan yang dipengerusikan oleh Zamihan kerap kali bertembung pendapat dengan mereka termasuk Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, yang telah dihalang untuk berceramah di Johor tahun lalu.

Abu Syafiq turut mempersoalkan mengapa Rozaime dan yang lain-lain tidak pernah membuat laporan polis terhadap kenyataan Mohd Asri sebelum ini, juga berkaitan titah Sultan Johor dalam isu kedai dobi untuk orang Islam.

“DZ (Zamihan) langsung tidak menyebut Sultan Johor tapi Mufti Perlis jelas sebut 'Sultan Johor Membunuh Pejuang Islam'. Pun begitu tiada siapa pun buat laporan polis kerana tahu dia bercakap atas dasar sejarah yang disangkanya.

“Maka di mana penghinaan DZ ke atas Sultan Johor dengan hanya menyebut 'Tidak Patut Sultan Cakap Begitu' berbanding tuduhan Mufti Perlis bahawa Sultan Johor membunuh,” kata beliau.

Beliau merujuk kepada kontroversi artikel Mohd Asri pada 4 Disember 2013 bertajuk Bangsawan Samseng yang mengkritik golongan diraja yang menggunakan kuasa untuk mendera rakyat biasa.

Bagaimanapun artikel Mohd Asri tidak merujuk mana-mana keluarga diraja yang melakukan demikian.

Artikel itu sebelum ini dijadikan oleh golongan lawan menuduh Mohd Asri menyindir sebilangan keluarga diraja negara ini.

Abu Syafiq turut menyatakan Zamihan tidak bersikap rasis sebaliknya hanya mementingkan kesucian yang menjadi sesuatu yang amat dipentingkan orang Islam lain.

Beliau menegaskan pendapat Zamihan itu turut dipersetujui Naib Perdana Menteri China, Wang Yang yang mengkritik kebersihan pendatang China.

“Naib Perdana Menteri Negara China Wang Yang kerap menyebut bahawa ramai di kalangan pelancong China apabila ke negara lain banyak membuat kekotoran dengan pelbagai cara. Walaupun kita semua tahu bukan semua orang China begitu namun hakikatnya ramai yang tahu. So (Jadi) rasislah Naib Perdana Menteri China ini kan?! Dengan hanya cakap begitu?!.

“Manakala DZ beliau membicarakan isu toharoh bersuci di sisi agama Islam yang mementingkan kesucian,” katanya lagi.

Zamihan ditahan polis selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi semalam hasil sebuah laporan polis.

Zamihan mencetuskan kontroversi apabila mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan isu kedai dobi untuk orang Islam yang beroperasi di Muar, Johor.

Zamihan hari ini direman dua hari bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 4A Akta Hasutan.

Zamihan, seorang bekas penceramah jabatan agama kerajaan dan kini pegawai agama Jabatan Penjara bagaimanapun menafikan mengkritik Sultan Johor, mengatakan yang dia hanya memberikan pandangan peribadi tentang keperluan orang Islam mempunyai dobi berasingan bagi menjaga “kesucian mereka”.

Pada ceramah agama Ahad lalu di Shah Alam, Zamihan didakwa berkata tidak wajar Sultan Ibrahim menghalang dobi untuk orang Islam sahaja di negerinya. – 12 Oktober, 2017.

7 comments:

  1. apa masalah ngan kedai dobi muslim???
    kapir tak ambek pot pung
    belambak kedai dobi

    ReplyDelete
  2. Penegak benang yang basah rupanya pembela DZ...

    ReplyDelete
  3. Act as your own host and communicate to your audience
    to create an improved bond of trust with them.
    She efforts to permit the children recognize that there is a fine family
    and stay confident in in the role of such. You also want
    to use it in regards to anchor text (don't always use
    your exact keywords each time), titles and description on pages, as well as individual preference link to.

    ReplyDelete
  4. Hello this is kind of of off topic but I was wanting to know if blogs use WYSIWYG editors or if you
    have to manually code with HTML. I'm starting a blog soon but have no
    coding expertise so I wanted to get guidance from someone with experience.
    Any help would be enormously appreciated!

    ReplyDelete
  5. Hello it's me, I am also visiting this site on a regular basis, this web page
    is really pleasant and the users are truly sharing pleasant
    thoughts.

    ReplyDelete
  6. ini isu kebersihan bermula dr poster dobi islam.

    apa kena mengena dgn wahabi?

    hanya syiah je yg suka label wahabi kpd ulamak islam.

    apa jaminan org islam sgt bersih?
    apa jaminan org islam tk masuk darah haid atau najis ke dlm mesin dobi?
    apa jaminan org islam terpalit najis babi.

    satu hari org islam pegi pasar, terpercik darah babi. utk elakkan tangan sentuh maka dimasukkan dlm mesin dobi.

    mengaitkan isu ini dgn wahabi adalah sebodoh2 syiah.

    berani ke aswaja nk kata sultan sudah diresapi wahabi?

    ini perkara khilaf, kenapa nk label wahabi?

    bukan wahabi yg dendam kpd zamihan tp aswaja(syiah bertopeng aswaja) lah yg dendam pada agamawan Sunnah yg digelar wahabi.

    dulu zamihan dijemput ke forum bersama ust maza, ponteng, walaupun tgk utube dr rumah. byk alasan pulak.

    isu org cina tk bersih itu blh ditangani cara lain. dh mereka bukan islam memanglah tktau bab suci cr islam. zamihan dh ajar mereka ke?

    keburukan babi misalnya... ada zamihan buat kempen penerangan keburukan babi dn arak? samalah jamal arak pun. tk pernah kempen menjelaskan buruknya arak tp guna agama utk politik.

    abu shafik lagi dangkal. dok kata wahabi sudah lama berpakat utk kenakan zamihan. bermakna wahabi lah tokeh dobi islam tu sebb dia punca bermulanya isu.

    kalau dlm politik ada pelawak nama jamal arak
    dlm agama pun ada pelawak nama zamihan dobi.

    maka bertambahlah karaktor2 hikayat melayu seperti pak pandir, lebai malang(pas),tok kaduk, mat jenin dll.

    ReplyDelete
  7. Mulut tak lekang mengkafir dan membodohkan orang jer
    Ustaz ke mcm ni
    Ish2...
    Dia ingat dia presiden aswaja dia perfect
    Pigi dah...

    ReplyDelete