Friday, October 27, 2017

POYO: Kerjasama Hamas-Fatah, Simbolik Ke Arah PAS-UMNO Di M'sia

Friday, October 27, 2017
Kerjasama Hamas-Fatah, Simbolik Ke Arah PAS-UMNO Di M'sia?
"DALAM perbualan telefon sewaktu saya dihubungi oleh Syeikh Ismail Haniyyeh, Ketua Biro Politik HAMAS, beliau menyatakan bahawa HAMAS tidak akan keluar daripada prinsip perjuangan Islam dan jihad membebaskan Palestin."

Jelas presiden PAS Haji Abd Hadi Awang semalam pada 5 Safar 1439 / 26 Oktober 2017 melalui Harakah..
Hasil carian imej untuk Ismail Haniyeh palestin

Menurutnya, situasi terkini yang berlaku di Palestin amat membimbangkan apabila rakyat Gaza dihalang untuk mendapatkan rawatan kesihatan di luar, dipotong bekalan eletrik dengan menghalang kemasukan bahan bakar, dihentikan bantuan dan elaun sara hidup untuk keluarga miskin, bekas tahanan Israel dan keluarga syuhada.

Rakyat Gaza menderita tekanan hidup dan ekonomi sehingga membawa kes kematian akibat halangan keluar untuk mendapatkan rawatan dan eletrik pula hanya dibekalkan selama 4 jam setiap hari.

Keadaan ini mendesak HAMAS dan FATAH memeterai perjanjian damai dengan kehadiran pegawai perisik Mesir. Perjanjian damai telah ditandatangani oleh Timbalan Ketua HAMAS yang baharu, Salah al-Arouri dan Ketua Delegasi FATAH, Azzam al-Ahmad. 

Lanjutan daripada itu, kedua-dua pihak akan menyerahkan tanggungjawab bagi lintasan sempadan Rafah di Gaza dan kawalan pentadbiran Gaza kepada kerajaan perpaduan selewat-lewatnya 1 Disember ini. Jelas Presiden PAS lagi.

"PAS berpendirian bahawa perjanjian kerjasama yang dilakukan adalah semata-mata di atas kepentingan rakyat Palestin khasnya di Gaza, mengatasi kepentingan lain. 

"Kami sentiasa mendoakan kepada Allah supaya pimpinan HAMAS tetap berada di atas jalan istiqamah menegakkan Islam. Kami memahami keadaan darurat yang menimpa mereka sekarang tetapi darurat itu hendaklah diambil dengan sekadarnya sahaja.

"Kami mengulangi komitmen PAS dalam memperjuangkan isu Palestin sejak daripada dahulu lagi dan kami juga mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin seluruhnya. Sejahtera Bersama Islam!" Tegas Presiden PAS.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah dalam kerjasama Hamas dan Fatah ini, suatu simbbolik ke arah langkah kerjasama PAS-UMNO di Malaysia? Atau kerjasama yang macam mana?  -  sumber

5 comments:

  1. Siapa yg hubungi siapa? Pakar2 telekomunikasi tlg sahkan

    ReplyDelete
  2. Hadi langsung tidak bersuara mengenai provokasi pemuda PAS di Wisma Tok Guru baru-baru ini yang mana anaknya pun turut terlibat, menandakan Hadi setuju dengan tindakan mereka itu. Ini yang dia sibuk fasal Hamas tu, buat apa?

    ReplyDelete
  3. I’m not that much of a internet reader to be honest but your blogs really nice, keep it up!
    I'll go ahead and bookmark your site to come back later.
    All the best

    ReplyDelete
  4. Hey very interesting blog!

    ReplyDelete
  5. These are really great ideas in regarding blogging. You have touched
    some nice factors here. Any way keep up wrinting.

    ReplyDelete