Tuesday, October 17, 2017

Hasil tinjauan oleh akhbar Oriental Daily terhadap pengundi Cina

Tinjauan: Cina rela rosakkan undi dari pilih PAS atau Umno
mk   -   Hari ini, 7:07 pm
Satu tinjauan yang dijalankan oleh akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily mendapati sebahagian besar responden rela merosakkan undi jika mereka terpaksa memilih antara mengundi sama ada Umno atau PAS.

Daripada 14,602 responden itu, 70.97 peratus berkata mereka rela merosakkan undi jika pilihan mereka adalah hanya PAS atau Umno, manakala 15.74 peratus berkata mereka akan menyokong Umno dan 13.29 peratus pula berkata mereka akan mengundi PAS.

Kebanyakan responden (79.55 peratus) berkata "tadbir urus yang baik" adalah pertimbangan utama mereka semasa mengundi, diikuti dengan faktor ekonomi dan kesaksamaan.

Lebih 84.15 peratus responden mengharapkan kerajaan persekutuan baru selepas pilihan raya umum akan datang.

Hanya 6.47 peratus yang berharap BN akan terus berkuasa manakala hanya 4.09 peratus berharap BN akan mendapat semula majoriti dua pertiga.

Sementara itu, majoriti responden iatu 63.61 peratus memilih jawapan "tidak ada seorang pun di atas" apabila diminta memilih salah satu dari empat pemimpin Umno bagi menerajui negara.

Daripada empat pemimpin itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengetuai pek (19.69 peratus), diikuti oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (12.15 peratus) dan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi paling tidak disukai (0.74 peratus).

Sementara itu, mengenai pimpinan Pakatan Harapan pula, majoriti responden memilih Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri mereka.

Ini diikuti dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (19.74 peratus) dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (10.42 peratus).

Pengerusi Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mendapat 8.75 peratus undian, diikuti dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (6.26 peratus) dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin (1.5 peratus).

Bagi jawapan "tidak ada seorang pun di atas" seramai 14.36 peratus yang memilihnya.

1 comment:

  1. kalau macam ni nampaknya tiada satu pun parti politik di malaysia ni yang benar-benar kukuh untuk menghadapai PRU 14. Maknanya 70.97 peratus tu rela merosakkan kertas undi adalah suatu yang tidak berakal bagi orang yang memiliki pemikiran yang normal. Kalau tak suka untuk mengundi sesiapa kan lebih baik jangan keluar mengundi..? apa punya bangang dah tak nak / tak dapat membuat pilihan tapi nak membuang masa dan tenaga beratur dan memangkah kertas undi.. kami yang dulunya tinggal di perumahan estet pun lebih berakal dalam membuat pilihan, kami nekad kalau takde sesiapa calon yang kami nak sokong kami lebih rela buat kerja yang lebih berfaedah kat kawasan tempat kami tinggal. dan kami telah buktikan pada pilihanraya tahun 1986 & 1990 dulu dimana pada tahun-tahun tu berlaku keruntuhan yang nyata bagi kerajaan BN. Kah Kah Kah ternyata memang berbeza sekali antara orang yang menggunakan akal dengan orang yang tak menggunakan akal macam binatang

    ReplyDelete