Tuesday, October 31, 2017

Hah tuudia: 9 Dragon adalah VIP

KPN SAHKAN SEMBILAN ‘DRAGON’ TERDIRI DARIPADA VIP
Posted by Editor | 30 October 2017
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan kewujudan dalang dan ketua sindiket perjudian di negara ini yang terdiri daripada kalangan orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri serta Tan Sri.

Mohamad Fuzi menyifatkan golongan orang kenamaan berkenaan menggunakan pengaruh mereka untuk melindungi sindiket haram berkenaan, lapor Astro Awani,.

Bagaimanapun ujarnya, polis tidak boleh mendedahkan identiti pihak tersebut kerana ia dibimbangi mengganggu siasatan.

“Saya tidak boleh mendedahkan siapa mereka kerana bimbang akan mengganggu siasatan kes. Bagaimanapun ada dalam kalangan mereka terdiri daripada orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri diburu.

“Untuk makluman kita telah mengenal pasti siapa mereka ini, kalau saya dedah lokasi dan individu tersebut sudah pasti mereka akan melarikan diri ke lokasi lain termasuk luar negara.

“Sindiket perjudian terbesar negara ini terdapat di seluruh negara,” katanya.

Terdahulu pada 19 Oktober lalu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pernah membuat pendedahan mengenai kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini yang didakwa didalangi oleh sembilan ‘dragon’ selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi meminta semua pihak memberi ruang kepada PDRM untuk menyiasat perkara tersebut dan mengheret individu yang terlibat ke muka pengadilan.

“Beberapa kali saya tegaskan bahawa kita tidak akan bersekongkol dengan pihak yang terlibat termasuk anggota PDRM. Tetapi saya minta jangan ada dakwaan menyatakan terdapat anggota polis ‘dibayar’ untuk melindungi kegiatan ini,” katanya.

2 comments:

  1. anggota polis ‘dibayar’ untuk melindungi kegiatan ini,

    siasat dulu jangan cepat nak melindungi walau anggot sendiri ynag buat kerja cilako ni

    keja lani siasat sapa ynag bersekongkolll

    bukan setakat judi saja bnayak kaitan jinayah lain mungkin dilakukan seperti pelacuran ceti alam pembunuhan dll
    tangkap siasat cukup cukup
    jnagan cakap aja lebeh buat keja tak abeh
    rakyat melihat setiap kerjabuat hangpa
    dah lama dah kes ni
    hayati kalimah Allah n Muhammad
    jnagan takut kat orang politik jika ada ynag cuba halang siasatan

    ReplyDelete
  2. Tak masuk pilihanraya pun 9 Naga boleh ada kuasa besar jadi apa guna institusi lain yang dah macam kertas tandas je Dol..! Kalau benda ni bukan baru, macam mana benda ni boleh berlarutan. KPN dan mantannya serta Ketua Pengarah bahagian kongsi gelap dan perjudian dan mantannya tentu boleh jawab semua ini.. rakyat nak tahu adakah terdapat unsur unsur SUBAHAT dalam perkara ini? Atau lebih baik segala institusi dalam negara ini dihumbankan kedalam tong taik dan seluruh negara berketuakan 9 Naga? Kah kah kah.

    ReplyDelete