[VIDEO] 99% Rancangan BN Adalah Untuk Menipu Rakyat - TS Abd Rashid
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui bahawa beliau meluat dengan sikap majoriti pemimpin kerajaan, sehingga mendorongnya menyertai parti Bersatu.
Beliau yang juga Naib Presiden parti itu mendakwa, majoriti pemimpin pentadbiran awam sanggup menipu rakyat, dengan cara apa sekalipun untuk mendapatkan apa yang dikehendaki oleh mereka.
Beliau berkata, 99 peratus rancangan yang dijalankan BN adalah untuk menipu rakyat.
"Jangan terkejut, saya bekas pengerusi SPR. Saya berdiri di sini, sebab saya muak melihat kelakuan pemimpin kerajaan, yang dulu kononnya 'bos' saya.
"99 peratus rancangan (BN) diadakan untuk menipu, menawan hati rakyat. Beri sedikit, kaut banyak,"
"Mereka bagi sedikit, tetapi ambil banyak hak rakyat. Hak rakyat dicuri dan disamunnya," katanya lagi.
Dakwanya, semua pendedahan yang diceritakan oleh segelintir ahli parti pembangkang, yang pernah menjadi penjawat awam adalah betul dan memang terjadi.
Dengan penyertaannya di dalam Bersatu, Abdul Rahman berjanji akan melawan semua tindakan buruk oleh pemimpin kerajaan ketika ini secara habis-habisan.
"Saya akan persiapkan jentera parti saya untuk jelajah satu negara. Jadi, tuan puan tidak perlu takut untuk mengundi kami kerana undi itu rahsia.
"Nak dekat pilihan raya umum, mereka akan berjanji macam-macam," sindirnya.
Sementara itu Naib Presiden AMANAH Datuk Mujahid Yusof Rawa di dalam ucapannya telah mensasarkan "pemimpin BN yang korup".
"Pada zaman dulu kita bersatu menghalau penjajah, tetapi hari ini kita ada penjajah daripada bangsa sendiri. Sekarang kita perlu bersatu untuk menentang penjajah ini," katanya.
Dicatat oleh qurtubyy di 7:35 PG

bukan halau penjajah
ReplyDeletejangan tipula
bersetuju ngan penjajah
sebab tu tm dah banyak punah ranah
kalau halau penjajah apa perlu perintah negara ikut kitab penjajah
jnagan takut katakan yang benar