Putrajaya mohon mengadap Sultan Johor jelaskan isu Zamihan
TMI - Diterbitkan pada 14 Oct 2017 11:18PM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Othman Mustapha akan mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor bagi menjelaskan isu berhubung pegawainya. – Gambar fail EPA, 14 Oktober, 2017.
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memohon untuk mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menjelaskan isu berhubung pegawainya, Zamihan Mat Zain yang didakwa menghina institusi diraja.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam ini, Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha berkata beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharon akan mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor bagi menjelaskan isu berhubung pegawainya.
“Jakim amat menyanjung tinggi atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim berkaitan dengan Jakim pada hari ini.
“Justeru, saya selaku ketua pengarah Jakim dan Jamil Khir akan segera memohon perkenan untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor berkaitan isu Zamihan Mat Zain pegawai kader Jakim di Penjara Kajang yang menyampaikan ceramah menyentuh tentang dobi mesra Muslim seperti yang ditularkan di media sosial,” katanya sebagaimana dipetik daripada kenyataannya.
Ia susulan kenyataan dikeluarkan Sultan Johor yang melarang Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) berurusan dengan Jakim ketika Majlis Konvokesyen ke-17 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia hari ini.
Baginda juga berkata, Jakim tidak dialu-alukan untuk menasihati Johor dalam hal ehwal agama Islam kerana perkara itu terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Ia susulan kemurkaan baginda terhadap pegawai Jakim, Zamihan yang dalam ceramahnya pada Ahad lalu mengkritik larangan Sultan Johor mengenai larangan dobi untuk orang Islam.
"Beberapa orang mufti dan pakar agama telah keluarkan pandangan dan hujah mereka berkaitan perkara ini, namun malangnya ada pula seorang penceramah bernama Ustaz Zamihan Mat Zin yang mengkritik tindakan saya dan memperlekeh mufti-mufti tersebut.
"Gaya cakapnya sangat angkuh dan sombong, seolah-olah dia sahaja yang betul dan mencerca bangsa lain.
"Saya anggap dia hanya seperti tin kosong yang tidak ada otak," katanya.
Jakim pada Rabu mengesahkan Zamihan adalah seorang pegawai di jabatannya tetapi dipinjamkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk ditempatkan di Jabatan Penjara. – 14 Oktober, 2017.

pasai kedai dobi ornag islam duk gaduh
ReplyDeletekesiang
Zamihan seorg tak membimbangkan. Tapi jk kita semak komen2 dalam media2 sosial, ramai jg dikalangan masyarakat melayu tak kira tua muda laki perempuan yg menyokong zamihan krn berfahaman yg sama. Disinilah peranan ulama2 yg cukup berilmu dan jujur utk tampil kedepan dan terangkan hukum hakam supaya dpt menangkis pendirian org2 mcm zamihan
ReplyDeleteDi msia ni byk sgt ustad2 dan ulamak2 yg berbagai2 pendapat..naik pening kita

ReplyDelete