Selepas berjaya tarik Melayu, Bersatu dianggap menuju kehancuran
ARIF ATAN - October 16, 2017 7:32
Selepas perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi kelmarin dilihat berjaya menggembleng penyertaan ramai orang Melayu, akhbar Utusan Malaysia semalam menganggap parti Bersatu sedang menuju kehancuran.
Pengarangnya, Zulkifli Jalil dalam rencananya menyifatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berperanan menarik kehadiran orang Melayu dalam himpunan anjuran Pakatan Harapan itu.
Walau bagaimanapun, akhbar dimiliki Umno itu seperti kelazimannya konsisten menggambarkan DAP kononnya bertindak sebagai ketua mengatasi AMANAH, Bersatu dan PKR.
“Perhimpunan haram Pakatan Harapan diketuai DAP di Padang Timur, Petaling Jaya kelmarin gagal.
“Tidak dapat dinafikan Dr Mahathirlah yang diharapkan oleh Kit Siang dan Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi tarikan orang Melayu ke Padang Timur,” katanya.
Menggunakan angka jauh lebih rendah daripada dilapor media lain, Zulkifli mendakwa himpunan tersebut hambar dan jauh berbeza sambutannya berbanding himpunan tajaan kerajaan BN.
“Suasana hambar himpunan yang diuar-uarkan khalayaknya mampu mencecah 100,000 orang tetapi hanya menyaksikan kelibat kira-kira 2,000 hingga 3,000 sahaja telah memalit malu yang cukup besar.
“Umpama ‘langit dan bumi’ dengan himpunan rakyat kelolaan kerajaan Barisan Nasional (BN), himpunan haram yang diketuai DAP itu tidak ubah seperti festival itu yang diselangi dengan muzik sambil makan-makan,” ujarnya.
Terdahulu, penganalis menyifatkan kehadiran ramai peserta Melayu menggambarkan Bersatu kini suatu ancaman kepada BN.
Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, BN bermasalah besar jika Bersatu dapat mengalihkan sekurang-kurangnya 15 peratus undi teras Umno pada pilihan raya lalu kepada Pakatan Harapan.
Walaupun begitu, beliau mengakui kehadiran seramai 100,000 orang seperti yang dijangka tidak mencapai sasaran dan menganggap situasi itu mungkin dipengaruhi faktor permulaan cuti sekolah.
Tinjauan Malaysia Dateline kelmarin sepanjang tujuh jam berlangsungnya himpunan anti kleptokrasi itu mendapati peserta mewakili komposisi semua kaum dan peringkat usia dari seluruh negara dengan ada antaranya membawa bendera negeri.
Peserta Melayu dalam himpunan yang menekankan penglibatan Presiden Umno, Datuk Seri Najib dengan jenayah kleptokrasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu pula kebanyakannya dilihat beridentitikan dari parti AMANAH dan Bersatu.
Bahkan, segelintir peserta yang ditemui mengambil tempat di tepi Padang Timur dan di bawah teduhan pokok sekeliling lokasi itu mengakui sebagai ahli Pas tetapi akan menyokong Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Walau bagaimanapun, pemerhatian Malaysia Dateline kelmarin turut mendapati orang ramai menjauhi bahagian tertentu di Padang Timur itu kerana keadaan yang terlalu berselut dan berlumpur sekali gus menyaksikan tidak semua permukaan padang itu dipenuhi peserta himpunan.
Sehingga program secara rasmi diumumkan berakhir pada 11 malam kelmarin, orang ramai terutama golongan muda turut dilihat tidak melepaskan peluang berswafoto dengan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Bagaimanapun, majoriti Pas dan kumpulan anti Mahathir menganggap himpunan tersebut gagal kerana kononnya tidak ramai berbanding himpunan Fastaqim 2.0 yang hanya didominasi ahli Pas terdiri daripada majoriti orang Melayu itu.
Sementara itu, foto lokasi himpunan Hapuskan Kleptokrasi itu melalui rakaman pesawat tanpa pemandu (UAV), drone yang cuba ditular oleh kelompok berkenaan juga sebenarnya adalah tempoh peserta beragama Islam menunaikan solat jemaah fardu Maghrib dengan diimamkan Penasihat AMANAH, Ustaz Ahmad Awang.
ARIF ATAN - October 16, 2017 7:32
Solat magrib berjamaah diimamkan oleh Penasihat AMANAH Ustaz Ahmad Awang.

Peserta himpunan anti kleptokrasi terdiri daripada pelbagai kaum.
No comments:
Post a Comment