PH kesan lebih 165,000 senarai pengundi ‘alamat aneh’ di Perak
MALAYSIA DATELINE - October 13, 2017 11:29
Nizar dan Nga (tiga dan empat dari kiri) menunjukkan bukti daftar pemilih yang mengandungi alamat pemilih yang meragukan.
Terdapat lebih 165,000 senarai nama dengan ‘alamat aneh’ berdaftar sebagai pengundi di seluruh negeri dedah Pakatan Harapan (PH) Perak hasil semakan daripada sistem daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Semakan itu mendapati, ramai di kalangan mereka mempunyai alamat tidak lengkap dengan hanya diletakkan ‘kod’ berbentuk angka; keraguan itu termasuk bagi senarai pengundi yang berusia lebih daripada 100 tahun.
Menurut Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, segala bukti yang didedahkan ini jelas menunjukkan wujudnya keraguan dalam daftar pemilih negeri Perak.
“Kita lihat contohnya, (nama) ini duduk di alamat – (negatif) 36. Saya nak tanya kepada Pos Malaysia, adakah orang yang mempunyai alamat -36; tak ada lorong, tak ada poskod, tak ada taman tapi ada kawasan mengundi?” soalnya.
Apa yang lebih menghairankan, wujud senarai pengundi yang langsung tidak memiliki alamat tetapi memiliki kelayakan untuk mengundi.
“Ada yang tidak mempunyai alamat, dengan kata lain, manusia tanpa alamat boleh mengundi di negeri perak. Inilah hantu yang cukup menjijikkan. Alamat kosong tapi boleh undi di Parlimen Lumut, DUN Pasir Panjang.
“Kita nak tanya SPR, jika orang ini tiada alamat, bagaimana kamu tahu dia undi di Parlimen Lumut? Dia duduk di mana?” soal Ahli Parlimen Taiping itu.
Pendedahan ini, kata beliau sekaligus menempelak kenyataan Timbalan Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad sebelum ini yang mendakwa PH hanya mahu menagih simpati dengan memainkan isu ‘pengundi hantu’.
“Beliau (Datuk Shaarani) kata kami nak simpati buat tohmahan bukan-bukan. Jadi, pagi ini kami tunjukkan bukti.
“Maka dalam tempoh 24 jam, saya mintak pemimpin BN mohon maaf dan kami mahu tahu adakah BN dalang sebenar sindiket pengundi-pengundi hantu ini,” katanya dipetik Roketkini.
Pengarah Pilihan Raya PH Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis berhubung senarai daftar pengundi yang meragukan itu.
“Saya selaku Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Perak tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis kerana ini bertentangan dengan akta pilihan raya sendiri.
“Sepatutnya akta ini perlu dikuatkuasa, mereka mesti didakwa atau di tahan. Selagi SPR tidak dakwa ratusan ribu hantu-hantu ini sebagaimana yang dinyatakan oleh akta SPR sendiri, maka ‘hantu’ ini berleluasa.
“Tragedi ini merosakkan sistem demokrasi di Malaysia, akhirnya kita lihat hari ini masyarakat bercelaru, hak mengundi dirampas ‘hantu-hantu’,” katanya lagi.

Tegas Kor Ming, di bawah Seksyen 3(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya, mana-mana individu yang didapati menggunakan maklumat palsu dan jika disabitkan kesalahan, akan dihukum penjara tidak melebihi dua tahun, dan penalti tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendedahan ini, kata beliau sekaligus menempelak kenyataan Timbalan Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad sebelum ini yang mendakwa PH hanya mahu menagih simpati dengan memainkan isu ‘pengundi hantu’.
“Beliau (Datuk Shaarani) kata kami nak simpati buat tohmahan bukan-bukan. Jadi, pagi ini kami tunjukkan bukti.
“Maka dalam tempoh 24 jam, saya mintak pemimpin BN mohon maaf dan kami mahu tahu adakah BN dalang sebenar sindiket pengundi-pengundi hantu ini,” katanya dipetik Roketkini.
Pengarah Pilihan Raya PH Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis berhubung senarai daftar pengundi yang meragukan itu.
“Saya selaku Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Perak tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis kerana ini bertentangan dengan akta pilihan raya sendiri.
“Sepatutnya akta ini perlu dikuatkuasa, mereka mesti didakwa atau di tahan. Selagi SPR tidak dakwa ratusan ribu hantu-hantu ini sebagaimana yang dinyatakan oleh akta SPR sendiri, maka ‘hantu’ ini berleluasa.
“Tragedi ini merosakkan sistem demokrasi di Malaysia, akhirnya kita lihat hari ini masyarakat bercelaru, hak mengundi dirampas ‘hantu-hantu’,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment