Monday, October 23, 2017

Pas parti pembangkang atau pemerintah?

* Mat Sabu pun satu hal juga, sejak bila pula ahli parti perlu minta kebenaran parti untuk mengundi mana-mana parti yang diingini?

Benarkan ahli Pas bersama Pakatan Harapan
WARTAWAN SINAR HARIAN -  23 OKTOBER 2017
ALOR SETAR - Sekiranya Pas masih mengekalkan statusnya sebagai parti pembangkang, Amanah menggesa supaya ahli parti Islam itu dibenarkan menyokong Pakatan Harapan dalam PRU14 bagi menumbangkan kerajaan BN.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, Pas tidak mungkin akan bersama pakatan pembangkang kerana kini dilihat lebih ‘mesra BN’, namun untuk menewaskan BN, perlu ada persefahaman kalangan parti pembangkang.

“Jika Pas tidak mahu bersama pakatan pembangkang, lebih baik benarkan ahli bersama dengan Amanah,” katanya.

Menurutnya, tindakan Pas dapat dilihat dengan ketara terutama dalam Himpunan Fastaqim 2.0, yang didakwa lebih banyak hentam Amanah dan DAP berbanding Umno/BN.  

“Pas parti pembangkang atau pemerintah? Kalau status parti pemerintah, sertailah belah sana (BN). Kalau masih pembangkang, kamu tak mahu (pakatan), benarkan ahli bersama kami,” katanya.

Mat Sabu turut hairan kerana tindak-tanduk Pas kini semakin menjurus kepada pemikiran yang ‘sealiran’ dengan Umno.

“Ni memang pelik. Baru ni saya ceramah di Manir dan ada pasukan sorak, saya kata macam 1980. Bezanya, tukang sorak bukan Umno, tapi rakan Umno (Pas),” katanya.

1 comment:

  1. Dari sudut politik apa yang dikatakan oleh Mat Sabu ada betul nya..

    Biarkan parti sahaja yang berbaik dan bekerjasama dengan UMNO.

    PAS tak rugi kerana jika benar PAS memberi keutamaan pada Islam seperti dulu dengan menjinakkan UMNO kepada Islam.

    Ahli parti memang tidak perlu minta kebenaran tetapi dengan tidak menyerang pembangkang dan memberi kenyataan terpulang pada ahli untuk memilih mana-mana parti yang lebih baik sudah cukup.

    ReplyDelete