Shafie dimasukkan ke hospital selepas ditahan SPRM
mk - Hari ini, 10:06 am
Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dimasukkan ke hospital malam tadi ekoran tekanan darah tinggi selepas disoal siasat dan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Tekanan darahnya sangat tinggi.
"Itu sebabnya beliau dimasukkan ke hospital, walaupun pegawai SPRM cuba untuk menahannya di lokap ibupejabat polis Kepayan, yang mana kami membantahnya," kata Naib Presiden Warisan Junz Wong kepada Malaysiakini.
Shafie ditahan SPRM sekitar jam 9 malam tadi, selepas lebih empat jam hadir untuk disoal siasat di pejabat suruhanjaya itu di Kota Kinabalu semalam.
Bagaimanapun, pemeriksaan kesihatan kemudiannya mendapati tekanan darahnya tinggi
Wong mendakwa satu pertengkaran berlaku antara peguam Shafie dan pegawai SPRM berhubung keadaan itu.
"Akhirnya, beliau dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II," katanya.
Shafie dimasukkan ke hospital itu sekitar pukul 11 malam, kata Wong, sambil menambah bahawa keadaan ahli politik yang berusia 60 tahun itu lebih baik tetapi masih lemah pada malam tadi.
Shafie Apdal ditahan SPRM
mk - 19 Oct 2017, 10:31 pm
Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditangkap sekitar jam 9 malam tadi, lebih dari empat jam selepas beliau hadir ke pejabat SPRM di Kota Kinabalu bagi merekod kenyataan beliau, lapor akhbar tempatan.
Awal hari ini, Anggota Parlimen Semporna itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah dan terus ke pejabat SPRM bersama para peguamnya.
SPRM telah cuba merekod kenyataan beliau berhubung dakwaan penyelewengan paling kurang RM1.5 bilion daripada dana pembangunan untuk negeri Sabah.
Manakala Timbalan Presiden WARISAN Darell Leiking memberitahu Malaysiakini SPRM telah menahan seorang lagi anggota parti itu hari ini.
Darell (gambar kiri) berkata parti itu juga mendapat tahu wakil media WARISAN Amarjit Singh ditangkap berdasarkan maklumat daripada keluarganya.
"Kami tidak tahu kenapa atau bagaimana beliau ditangkap," kata Darrel.
Angka RM1.5 bilion yang didakwa diseleweng dilaporkan datang daripada jumlah keseluruhan peruntukan dana sebanyak RM7.5 bilion untuk projek luar bandar di Sabah selama enam tahun.
SPRM sedang menyiasat 60 buah syarikat yang diberikan projek-projek untuk bekalan air, elektrik dan membina jalan raya bagi membantu rakyat luar bandar Sabah.
Kes ini dikaitkan dengan presiden WARISAN Shafie Apdal yang menjawat menteri pembangunan wilayah dan luar bandar dari tahun 2009 ke 2015.
Bagaimanapun, Shafie menafikan terlibat dalam sebarang salah laku berhubung dakwaan itu.

Hoi sprm. Kalo shafie mati dlm tahanan sprm siap kamu. Dulu teo beng hock. Sarbaini. Hahaha. Mo1 semah bilo mau tangkap. Hahaha. Kp dzul pon ada main bini org di Bali. Hahaha. Ada hati nk siasat org lain. Sprm tu suci sangat. Mcm malaikat konon. Hahaha
ReplyDeletebila lawan ditahan bila kawan dilepaskan
ReplyDeletebelum nampak berani jalankan amanah
tersekat sekat
Inilah cara umnobn dengan taktik kotor nya bagi melemahkan parti pembangkang,.Demokrasi sekadar kulit buku saja tidak meresepi semangat urustadbir yg tulus, malangnya pemimpin umnobn yg punyai semangat kerakusan memerintah, sedangkan tiada yg ikhlas sekadar mencari nama melakukan apa saja demi kuasa dan kekayaan tanpa pedulikan rakyaat bawahan,. Andai umnobn punyai halatuju yg tegas tanpa memilih bulu ,. Jangan gunakan sprm sebagi orang surohan politik untuk kepentingan diri,. Buat sprm apakah takut bak anjing bercawat ekor,.??? Bila lagikah bertindak untuk menyaisaat 2.6m daripada Pm,.??? Apakah dssa tak akan disiasat sekiranya beliau masih berada didalam umno,.???? Dasar memilih bulu yg akan merosakan negara dan bukannya membenteras bersungguh perilaku Rasuah,. Sedarlah sprm satu hari nanti anda akan bersara dari jawatan dikala itu anda diperlekahkan masyarakat ,
ReplyDeleteAku berharap sangat agar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak diperlakukan dan menerima nasib seperti Teoh Beng Hock dan Sarbini dulu. SPRM ini bukannya boleh dipercaya sangat, entah-entah sudah diberi arsenik dalam minumannya. PI Bala yang elok-elok sihat tak semena-mena meninggal dulu pun, agaknya disebabkan kerja lahanat upahan individu berkepentingan.
ReplyDeleteAku berharap sangat agar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak diperlakukan dan menerima nasib seperti Teoh Beng Hock dan Sarbini dulu. SPRM ini bukannya boleh dipercaya sangat, entah-entah sudah diberi arsenik dalam minumannya. PI Bala yang elok-elok sihat tak semena-mena meninggal dulu pun, agaknya disebabkan kerja lahanat upahan individu berkepentingan
ReplyDelete