Thursday, August 10, 2017

Pada aku tindakan ini tak salah tapi mestilah menyeluruh dan sama rata

Serbuan LHDN bukan kebetulan, kata Marina Mahathir
Amin Iskandar, Sharon Tan
Diterbitkan pada 10 Aug 2017 2:02PM 
Marina Mahathir mengesahkan selain Kencana Capital Sdn Bhd, Lembaga Hasil Dalam Negeri turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Ogos, 2017.

MARINA Mahathir hari ini mempersoalkan pihak berkuasa percukaian Malaysia mengenai “rutin” siasatan dan serbuan ke atas syarikat tiga abangnya, mengatakan tiada notis awal diberikan untuk bertindak sedemikian.

Mereka ialah anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik paling lantang kerajaan pimpinan Najib.

"Tiga-tiga sekali pada hari yang sama? Tak mungkin kebetulan," kata Marina kepada The Malaysian Insight.

"Dan mengapa tanpa memberi apa-apa notis?" soalnya.

Marina mengesahkan selain Kencana Capital Sdn Bhd, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd.

Opcom merupakan sebuah syarikat dipengerusikan Mokhzani yang ditubuhkan pada November 1994 dan terlibat dalam pendawaian fiber optik.

Mukhriz yang kini merupakan timbalan presiden Bersatu merupakan salah seorang pemegang sahamnya.

Sementara seorang lagi anak lelaki Dr Mahathir, Mirzan merupakan ketua pegawai eksekutif Crescent Capital, sebuah syarikat pelaburan dan perunding kewangan.

Seorang sumber memberitahu The Malaysian Insight, LHDN menyerbu pejabat Kencana pada Selasa dan merampas 11 fail daripada syarikat itu.

Ketika serbuan dilakukan, Mokhzani berada di luar negara akan tetapi kini sudah pulang ke Malaysia.

Sumber berkata, syarikat itu selama ini menggunakan khidmat juruaudit terkemuka PricewaterhouseCoopers (PwC).

"Mereka membayar cukai setiap tahun selama ini.

"Bagaimanapun, mereka tetap akan bekerjasama dengan pihak berkuasa," kata sumber yang mengetahui operasi syarikat itu dengan syarat tidak dinamakan.

Sumber berkata, mereka percaya serbuan dilakukan LHDN ini bermotifkan politik kerana Dr Mahathir kini menentang pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak. – 10 Ogos, 2017.

Kaitan: Mengapa LHDN hanya sasar keluarga Dr Mahathir

5 comments:


  1. Yang suruh siasat tu exco armada ppbm sendiri

    ReplyDelete
  2. bnayak lagi mesti diserbu oarang orang amno ni
    kalau betoi mau buat kerja kerana Allah
    keadilan jangan nmapak hnaya dilaungkan saja tapi mesti nampak dilaksanakan tanpa takut kat sang penguasa

    ReplyDelete
  3. Saya yg Menurut Perintah,.. Ini lah ayat yg mepnjadi doktrain yg terhasil urustadbir kerajaan penyamun hari ini dalam suasana mengikat dan menekan penjawat awam secara senyap,.andai mahu bekerja keras di pihak LHDN semestinya disiasar juga dengan membuat serbuan yg sama terhadap PM, TPM, Menteri Tugas Khas, Menteri Pelancong, Menteri komunakasi waaima peguam Negara sekalipun, mengapa tidak,.?????

    ReplyDelete
  4. Ini semua penyakit hati yg membarah merancang dan memaksa penyerbuan yg dilakukan oleh LHDN yg rakus demi pemimpin lanun, kerterlampian sebegini sebenarnya amat baik kepada negara dan rakyat andai LHDN mengukuh marwah nya sendiri dalam menjalankan tugas tanpa ragu tanpa juga dipengaruhi politik khususnya daripada pemimpin perompak yg bermasalah,. Adalah baiknya andai tugas yg dilaksanakanya sacara menyeluroh tanpa sempadan daripada pemimpin no 1 sehingga kebawahan termasuk kesemua bidang , andai ini mampu dilaksanakan LHDM Rakyat akan menyanjong dan menerimanya dengan baik tanpa. Syakwasangka,..

    ReplyDelete
  5. Bcz Zahid and najib..
    Both of them so stupid

    ReplyDelete