Tiada siapa sangka Najib jadi macam ‘Jekyl and Hyde’, kata Mukhriz
Chan Kok Leong, Zulkifli Sulong
Diterbitkan pada 7 Aug 2017 7:00AM
Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir berkata Najib Razak dilihat sebagai pemimpin hebat, celik politik dan petah bercakap, tanpa diketahui beliau seperti “Jekyl and Hyde”. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 7 Ogos, 2017.
TIADA siapa dalam kalangan penyokong Najib Razak sebagai perdana menteri selepas Abdullah Ahmad Badawi menyangka beliau jadi pemimpin seperti “Jekyl and Hyde”, kata bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir.
Mereka yang menyokongnya termasuk Mukhriz menyangka Najib akan membawa kepimpinan “dengan prinsip dan ketelusan seperti bapanya”, merujuk kepada perdana menteri kedua Abdul Razak Hussein.
“Kami menaruh harapan tinggi padanya. Dia pemimpin yang hebat, celik politik dan petah bercakap...tiada siapa pun sedar ada situasi Jekyl and Hyde di sini,” katanya yang kini timbalan presiden parti pembangkang, Bersatu.
Dalam satu temubual dengan The Malaysian Insight, beliau menceritakan mengapa dirinya menentang lelaki yang disokong menjadi perdana menteri selepas Abdullah, dan dipaksa meletakkan jawatan selepas pencapaian pilihan raya teruk pada 2008.
Dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2015, Najib berubah di mana beliau sanggup beri gula-gula kepada sesiapa yang dia mahu, dan tidak teragak-agak mengetepikan siapa mengkritiknya, kata Mukhriz ketika ditemui di pejabat Bersatu Alor Setar pada Jumaat.
Bagi seseorang yang dipaksa melepaskan jawatan sebagai ketua negeri asalnya dan kemudian dipecat daripada Umno kerana mengkritik presidennya, Mukhriz tidak berdendam terhadap bekas partinya itu.
Menerusi temu bual itu, Mukhriz, 52, bercerita mengenai sayangnya kepada Umno dan BN.
Walaupun boleh menamatkan pemerintahan BN di Kedah, Muhkriz berkata beliau memilih untuk tidak membubarkan dewan undangan negeri apabila kalah dalam undi tidak percaya Adun, kerana BN akan tewas jika pilihan raya diadakan.
“Saya tidak mampu lakukannya,” katanya.
Tidak seperti bapanya Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz lebih kepada CEO berbanding ahli politik yang penuh dendam.
Persamaan yang ada pada bapa dan anak ini ialah sikap yang lemah lembut dan mempunyai matlamat sama untuk menamatkan pemerintahan BN.
“Pengajaran paling sukar buat saya adalah menyedari hakikat kemungkinan berada dalam kerajaan dan bercita-cita berkhidmat untuk rakyat, namun kuasa itu tidak boleh menunaikan janji mereka,” katanya.
Tetapi beliau menegaskan tidak akan melakukan perkara yang berbeza atau kurang kritikal, walaupun ia bermakna ia akan mengekalkannya sebagai MB.
"Tidak, saya tidak fikir begitu. Orang yang mengenali saya pasti tahu itu bukan gaya saya. "
Petikan temu bual:
TMI: Apa pengajaran yang diperoleh selepas dipaksa meletakkan jawatan sebagai MB?
Mukhriz: Pengajaran paling sukar buat saya menyedari hakikat kemungkinan berada dalam kerajaan dan bercita-cita berkhidmat untuk rakyat, namun kuasa itu tidak boleh menunaikan janji mereka.
Apabila anda menyedari rakyat bukanlah keutamaan pertama dan sebaliknya, kepentingan individu tertentu, terutamanya kepimpinan tertinggi yang dipertanggungjawabkan atas kepentingan orang lain.
Saya mula sedar ini apabila isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berlaku. Nampaknya tidak ada pertalian yang cukup dengan organisasi dan badan bukan kerajaan yang mewakili rakyat. Kami diberikan segala macam jaminan, terutamanya sejak saya berada di kerajaan sebagai pemimpin Kedah. Saya berdepan kesukaran dalam menjelaskan perkara ini kepada rakyat.
Apabila saya mendapat maklum balas buruk, ia mula membimbangkan saya tentang bagaimana parti saya akan memenangi pilihan raya akan datang. Itulah yang menyedarkan saya.
Saya adalah satu-satunya MB yang mencatatkan rekod di dewan negeri untuk meminta kerajaan persekutuan menurunkan GST kepada 3%.
Saya terpaksa berbuat demikian kerana sentimen bawahan sangat buruk.
Sekiranya saya tidak mengatakan sesuatu, seolah-olah saya mengesahkan dasar yang merugikan rakyat. Saya terpaksa melakukan sesuatu walaupun berada dalam parti pemerintah pada masa itu.
TMI: Apa yang menyebabkan kejatuhan anda?
MUKHRIZ: Ini mungkin salah satu faktor.
Walaupun apa mereka katakan kepada umum ada 26 yang mewakili Umno Bahagian, termasuk MB sekarang, menyatakan hilang keyakinan terhadap saya sebagai MB dan ketua Umno Kedah.
Pada masa itu, mereka kata saya kehilangan sokongan rakyat. Dan saya tidak cukup berusaha membuat persediaan BN untuk pilihan raya. Mereka kata saya tidak menjaga ketua bahagian, yang menyifatkan saya bukan faktor penyatuan Umno Kedah.
Apabila saya bertemu dengan Najib (Razak) di Langkawi hanya beberapa hari sebelum saya letak jawatan, beliau tidak timbulkan sebarang isu itu. Beliau kata tidak boleh ada MB yang menjadi kritikal kepadanya sebagai PM, terutama sekali tentang 1MDB dan wang dalam akaunnya.
Jadi itulah isu sebenarnya.
TMI: Bila anda memutuskan untuk tubuh parti baharu?
MUKHRIZ: Pada mulanya, saya fikir saya masih boleh mempengaruhi perubahan dari dalam. Sekiranya anda melihat pernyataan saya selepas saya meletak jawatan sebagai MB iaah "Najib terpaksa pergi supaya kita dapat menyelamatkan Umno dan BN".
Sisi lain mengatakan saya cuba menggulingkan PM dan kerajaan yang dipilih. Tetapi secara logiknya, sekiranya Najib letak jawatan, dia akan digantikan seorang lagi pemimpin Umno. Itulah caranya. Kami tidak pernah mempunyai PM yang meletak jawatan selepas kalah dalam pilihan raya kerana BN tidak pernah kalah dalam pilihan raya di peringkat persekutuan.
Sekiranya anda melihat ayah saya, dan Abdullah (Ahmad Badawi), mereka semua letak jawatan di tengah penggal. Perubahan sentiasa berjalan dengan lancar.
Saya tidak mempunyai keinginan pada masa itu untuk melihat Umno dan BN digulingkan. Pembangkang berkata saya cuba mengukuhkan Umno dan BN dengan memecat Najib. Saya mesti mengatakan pada masa awal, itulah niat saya.
Tetapi Umno enggan menyingkirkan pemimpin rasuah ini. Ia kemudian menjadi jelas kepada saya Umno bukan parti yang boleh diselamatkan. Ia bukan hanya kepimpinan tetapi budaya wang dan sokongan dan kekuasaan yang (begitu) kuat. Tetapi ia pergi ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini mereka boleh membutakan mata dengan masalah sebenar dan masih menyokong pemimpin yang jelas seorang kleptokrat.
Pada masa itu, idea membentuk parti baharu satu keperluan.
TMI: Bersama pemimpin seperti Mazlan Harun, Puad Zarkashi dan lain-lain, anda memainkan peranan meminta Abdullah meletakkan jawatan pada 2008. Pada mesyuarat pertama di Petaling Jaya, ramai yang muncul. Bagaimana perbezaan dengan hari ini, apabila sukar melihat pemimpin Umno lain melakukan perkara yang sama.
MUKHRIZ: Faktor biasa sekarang dan kini masih Najib. Apabila kita kemudian mengatakan Pak Lah terpaksa pergi, apa yang tidak dikatakan tetapi jelas, Najib adalah orang yang mengambil alih.
Apa yang kami lakukan pada masa itu untuk menyelamatkan Umno dan BN dengan menyingkirkan pemimpin yang dilihat lemah dan menyerahkan kepimpinan kepada Najib. Pada masa itu tiada siapa yang menyedari Najib akan jadi begini. Kami sangka dia memiliki kepimpinan yang tegas dan telus sebagaimana bapanya. Kami menaruh harapan tinggi kepadanya.
Dia pemimpin yang hebat, celik politik dan petah bercakap...tiada siapa pun sedar ada situasi “Jekyl and Hyde”.
Banyak sokongan kepada Najib berbanding Pak Lah. Walaupun kami dikritik kerana cuba menyingkirkan Pak Lah, sebaik saja penyokong Najib katakan benda yang sama, ia tersebar dengan pantas.
Najib masih ada sokongan dalam Umno. Dia berpegang padanya. Najib berubah di mana dia sanggup beri gula-gula kepada sesiapa yang dia mahu, dan tidak teragak-agak mengetepikan siapa yang mengkritiknya. Contohnya Muhyiddin (Yassin), Shafie Apdal dan saya. Ini yang akan berlaku apabila anda melangkau sempadan. Yang lain agak takut tindakan yang sama diambil ke atas mereka.
Ada yang kata kami cuba menggulingkan kerajaan ketika dalam kerajaan. Semua ini dikatakan dirancang Dr Mahathir untuk membantu saya menjadi perdana menteri sejak 2014. Yang kami musuh dalaman Umno dan kini meninggalkan Umno untuk tubuhkan parti baharu.
Orang lupa bila saya letak jawatan sebagai MB, saya ada satu lagi pilihan, iaitu membubarkan DUN. Saya boleh buat. Saya sedar kalau saya buat...bila diberitahu saya hilang “sokongan” Adun hanya dengan satu undi. Ia tidak secara terus mencadangkan saya meletakkan jawatan. Ia tersirat yang saya kena faham saya dah hilang sokongan dan perlu letak jawatan. Jadi saya lakukan perkara yang terhormat. Tiada siapa bercakap tentang perkara yang saya boleh lakukan, iaitu membubarkan DUN. Namun itu bermakna berlaku pilihan raya negeri dan memikirkan pada masa itu BN mungkin kalah.
Jadi apa yang mereka lakukan terhadap saya, saya tidak sanggup lakukan.
Amat jelas Najib dan kroninya memaksa saya letak jawatan. Tetapi pada masa itu sayang saya kepada Umno dan BN sangat kuat, saya tidak sampai hati untuk lihat mereka kalah dengan teruk.
Saya juga terfikir saya mungkin menjadi orang jahat yang menikam Umno dari belakang. Jadi saya memutuskan untuk biarkan dan lihat apa yang berlaku. – 7 Ogos, 2017.

Nobody on my staff caught it, either, so I confirmed up an hour late to my very own webinar.
ReplyDelete