Tuesday, August 1, 2017

Mata kail dan dedak ditelan sekali?

Gara-gara telan dedak bersekali dengan mata kail
Kalau Umno benar-benar ikhlas dengan janji-janjinya mahu memberikan laluan mudah bagi cadangan pindaan Akta 355 yang kononnya akan memperkasakan Mahkamah Syariah, kenapa tidak suruh sahaja Tok Lebai Marang membentangkannya? 

Kalau Tok Lebai Marang yang membentangkannya, sudah tentu tidak akan timbul alasan mengenai keputusan konsensus dari kalangan komponen BN sebab ia bukan dibawa oleh komponen BN.

Kesian dengan Parti Tok Lebai Marang, yang begitu besar menaruh harapan bahawa RUU355 itu akan lebih mudah dilulus jika dibawa oleh kerajaan, tetapi rupa-rupanya kerajaan ambil alih RUU355 itu untuk disimpan dalam peti sejuk!

Itulah tengin sangat Tok Lebai Marang ni! Dua kali bagi peluang, dua kali dia sendiri minta tangguh!

Apakah kalian ingat Tok Lebai Marang tu kempunan menggigit jari? Tidak mungkin. Sama sekali tidak mungkin sebab ini semua agenda terancang penangan dedak RM90 juta yang disebut-sebut ramai.

Tentu sekali kalian menjangkakan Tok Lebai Marang ini akan meluap-luap marahkan Najib? Akan gelar Najib bewak ke apa-apa ? Atau adakah pentaksub tegar Tok Lebai Marang ini akan ancam Najib ditanam di Jirat Cina sebab tak jadi bawa RUU355?

Jangan mimpilah wahai kalian. Inilah penangan RM90 juta! Awal-awal lagi Tok Lebai Marang dah bagi peringat para walaun:

“Tak usah sebutlah – Mampus Umno! Mati Umno! Jangan sebut perkataan itu. Hentikan. Hentikan ketegangan.”

Dedak RM90 Juta menjadikan Tok Lebai Marang dan walaunnya tersedak tercungap-cungap tak mampu nak hamburkan maki hamun seperti mana dihamburkan kepada mereka yang keluar dari partinya!

Tentu kita semua masih ingat gurindam Nik Abduh, "Katakanlah, betul Umno nak menipu....Umno tipu PAS, baik kita rugi gapa?? Apa kita rugi tuan-tuan? Rakyat tengok bahawa yang menipunya Umno, tidak PAS! Rakyat tengok PAS ni kena tipu sokmo! PAS ni kena tipu sokmo....Umno ni, nipu sokmo-sokmo!"

Apabila Umno memberikan janji untuk menyokong pindaan akta 355, Parti Tok Lebai Marang telah mengambil sikap berlembut dan menghentikan serangannya terhadap Umno.

Tok Lebai Marang begitu percaya bahawa Umno sanggup beri peluang kepada partinya untuk laksana hudud. Maka dengan tiba tiba segala kebobrokan Umno BN boleh dilupakan begitu sahaja. 

“Umno sudah berubah jadi baik, ” kata Tok Lebai Marang itu. “Umno lani mahukan Islam…”

Dari asal nak laksanakan Hudud, langkah demi langkah ia bertukar menjadi hanya pindaan Akta 355...

Ini semua skrip Umno dan hanyalah lakonan gara-gara dapat dedak RM90 juta untuk menarik perhatian rakyat supaya lari dari isu besar negara 1MDB dan lain-lain kebobrokan Umno BN.

Skandal 1MDB

Isu 1MDB yang merupakan skendal kewangan terbesar dunia tidak pernah menjadi isu walau sebesar nyamuk pun kepada parti Tok Lebai Marang. Mana ada mana-mana pemerintah dalam dunia yang dianugerahi gelaran sebagai ‘Kleptokrasi’ selain PM Najib? 

Namun Tok Lebai Tengin ini terus menerus menagih ‘restu dan redha’ PM Najib hingga sanggup berpakaian sedondon dan yang terbaru Tok Lebai Marang ini nasihatkan pentaksubnya

Kempen Sokong RUU355

Mereka terlalu sibuk dan leka menganjurkan berbagai cara kempen Sokong RUU355. Mereka adakan bulan Sokong RUU355. Para Pak Lebai berkuliah dimerata surau dan masjid suruh rakyat sokong RUU355 tetapi tanpa memberikan penerangan jelas mengenainya. 

Sebaliknya mencerca dan melaknat yang tidak menyokongnya sebagai liberal, munafiq, kapiak, malah ada YDP Kawasan Padang Serai yang ugut nak tanam Wan Azizah di Jerat Cina!

Parti Tok Lebai Marang itu tidak mahu menyertai perhimpunan Bersih yang menentang kebobrokan pilihanraya kotor Umno BN. Sebaliknya mereka buat sendiri perhimpunan menyokong RUU 355 di Padang Merbuk.

Tetapi apa yang lebih diviralkan oleh pentaksub Parti Tok Lebai Marang ini ialah bilangan kehadiran yang diangkut dari merata ceruk negeri; bukan penerangan mengenai cadangan pindaan RUU355!

Malah ada mulut yang bacul sanggup melabel yang tidak bersama dalam perhimpunan itu sebagai penyokong Ahok.

 Lakonan dan Realiti 
Mereka jumpa beberapa Ahli Parlimen dan Adun untuk menyerahkan memo minta mereka Sokong RUU355. Tetapi yang peliknya, sebagaimana yang didedahkan oleh Azmin Ali, 3 exco Parti Tok Lebai Marang itu tidak penah membangkitkan apa-apa pun mengenai isu RUU355 dalam mesyuarat exco. 

Begitu juga dengan 13 Adun-Adun Tok Lebai Marang dalam Dun Selangor, senyap sepi tak pernah kata apa-apa pun mengenai isu RUU355 dalam mesyuarat Dun Selangor!

Kalau Parti Tok Lebai Marang benar-benar memperjuangkan cadangan pindaan Akta 355 itu, kenapa di Selangor, wakil rakyatnya tidak pernah menyuarakannya dalam mesyuarat exco dan Dun?

Dan baru-baru ini pula, kita semua dikejutkan dengan riaksi Parti Tok Lebai Marang itu yang marah sangat kepada Dr Syed Azman kerana cuba membawa usul bagi menggesa Dun meneliti semula Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang tertangguh hampir 15 tahun. 

Kalau Parti Tok Lebai Marang itu benar-benar memperjuangkan enakmen yang mereka gubal sendiri sewaktu mereka perintah dulu dan telah mendapat persetujuan Sultan Terengganu, kenapa Parti Tok Lebai Marang tidak pernah membangkitkannya semula sejak 15 tahun ini dan bila ada yang cuba mengusulkannya supaya dikaji semula, kenapa Tok Lebai Marang marah hingga suruh individu itu keluar parti?

Licik sungguh Tok Lebai Marang memperbodohkan pentaksub tegarnya dengan ayat-ayat al-Quran. Tapi UMNO lebih licik lagi dengan tipu daya muslihatnya. Tok Lebai Marang kini dah telan dedak bersekali dengan mata kail. Maka terpaksalah dia ikut saja arah mana sentapan si pengail yang berada di hujung tali...

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 7:55 am 

1 comment:

  1. Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

    bila lagi amno nak tunduk denagn perintah Allah
    dalam bab hudud???

    semua kisah yang tidak membantu Islam
    amno memang dah gah dengan anti hudud

    ReplyDelete