Lumpuhkan Hamas - Mahmoud Abbas
Published: Monday, 7 August 2017
GAZA CITY: Presiden Palestin Mahmoud Abbas semalam berikrar akan meningkatkan sekatan terhadap Semenanjung Gaza.
Ikrarnya itu mencetuskan perbalahan baru dengan pemimpin Hamas di wilayah berkenaan.
Mahmoud - ketua kerajaan Palestin yang diiktiraf dunia - berusaha melemahkan Hamas dengan memutuskan bekalan elektrik ke Gaza.
Sabtu lalu, dia berkata akan meneruskan sekatan di wilayah berkenaan walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggap ia akan menyulitkan kehidupan dua juta penduduk di situ.
“Kami akan terus menghentikan sedikit demi sedikit peruntukan kewangan ke Semenanjung Gaza sehingga Hamas bersetuju untuk berbaik.
“Sejak rampasan kuasa pada 2007, kami sudah memenyerahkan lebih AS$1.5 bilion (RM6.4 bilion) kepada Semenanjung Gaza.
“Kami tidak akan membiarkan ini diteruskan. Sama ada mereka perlu membiarkan keadaan mengikut arus atau kami akan terus mengurangkan dana,” katanya merujuk kepada pengambilalihan kuasa oleh Hamas daripada Fatah di Gaza.
Dia turut menuduh Hamas mencuri sebahagian wang berkenaan.
Susulan itu, Hamas dalam satu kenyataan berkata: “Menyerang Hamas dan mengancam penduduk Gaza dengan lebih banyak sekatan semakin menyukarkan usaha untuk berbaik.”
Ia turut menuduh Pihak Berkuasa Palestin pimpinan Abbas bersekongkol dengan Israel untuk mengasingkan Gaza dan menyebabkan penduduknya menderita.
Kedua-dua pihak sebelum ini berusaha berbaik tetapi masih gagal menemui jalan persefahaman.
Pihak Berkuasa Palestin membiayai untuk sejumlah kos bekalan elektrik yang disalurkan ke Gaza sejak 2007, tetapi jumlah itu dikurangkan sejak beberapa bulan lalu.
Penduduk Gaza kini cuma mendapat kira-kira dua jam bekalan elektrik sehari, yang disalur menggunakan stesen janakuasa di wilayah itu dan beberapa yang lain di Israel serta Mesir.
Pihak Berkuasa Palestin juga mengurangkan gaji bekas pekerja di Gaza yang dipecat oleh Hamas dalam tindakan dianggap usaha untuk mencetuskan ketegangan di wilayah berkenaan.-AFP - sumber
* Sesama Palestin dan Israel bersama-sama ganyang Hamas. Aku harap Mahmoud Abbas sendiri akan tertiarap di buminya seniri.

No comments:
Post a Comment