Tuesday, August 1, 2017

Kisah Mohamad Iskandar

Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad
(MOHAMAD ISKANDAR)

Apabila Datuk Seri Zahid Hamidi mula menyerang keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad, saya terpanggil untuk menulis. Kenalkah beliau siapakah insan yang beliau cerca tersebut?

Mungkin ramai yang tidak mengetahui malah tidak menyedari siapa sebenarnya ayahanda Tun Dr Mahathir. Betapa besarnya jasa yang pernah di lakukannya buat negeri Kedah dan Malaysia khususnya.

Janganlah kerana ingin meraih sokongan politik maka keluarga mahupun keturunan di jadikan sebagai hujah untuk menghalalkan cara. Tidakah ini adalah tindakan dangkal untuk menguasai undi mahupun sokongan. Banyak lagi cara mahupun kaedah untuk merealisasikan hasrat seseorang yang terlibat di dalam dunia politik.

Sepatutnya seorang yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri wajar memperlihatkan kepada rakyat tentang jasa serta sumbangan yang lebih bermakna kepada negara untuk meraih sokongan rakyat. Bukannya mencerca malah menghina susur galur keturunan.

Nabi SAW pernah melarang para sahabat melukakan hati Ikrimah Abu Jahal dengan sejarah yang terdahulu dengan bersabda: “Sesungguhnya Ikrimah bin Abi Jahal akan datang kepadamu dalam keadaan beriman dan berhijrah, maka janganlah kamu mencela AYAHNYA, karena mencela orang yang sudah mati dapat menyakitkan orang yang masih hidup, walaupun celaan itu tidak sampai kepada orang yang sudah mati.”

MOHAMAD ISKANDAR

Beliau ialah "THE PERSON WHO FOUNDED KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID (KSAH)"

Pengetua Pertama  yang mengasaskan Kolej Sultan Abdul Hamid(KSAH) pada 8 Disember 1908 sebagai "Government English School" (GES) berlokasi berhampiran dengan Balai Nobat di Alor Setar. KSAH merupakan di antara sekolah terawal negara.

KSAH merupakan sekolah Inggeris pertama dan tertua di Kedah itu, kemudiannya dipindahkan ke Jalan Penjara Lama, di belakang IPD Kota Setar, pada 1911 dan sekali lagi dipindahkan ke Jalan Langgar pada tahun 1917, di mana ia kekal di situ hingga kini.

Pengetua pertama KSAH ialah Mohamad Iskandar, bapa kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1935, nama GES secara rasminya ditukar kepada Kolej Sultan Abdul Hamid bersempena nama Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Dianggap sebagai salah sebuah sekolah elit di Kedah, KSAH diberi pengiktirafan sebagai Sekolah Premier Negeri Kedah oleh Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1999.

Melahirkan Anak Kedah Yang Berwibawa

Boleh dikatakan KSAH sejak zaman berzaman telah berjaya melahirkan ramai pemimpin unggul, cendikiawan, tokoh sukan dan tokoh-tokoh yang terkenal serta berjasa kepada negeri Kedah, mahupun di peringkat nasional. 2 Perdana Menteri Malaysia lahir di sini.

Antaranya ialah;

~Tuanku Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah - Sultan Negeri Kedah,YDPA ke-5 dan YDPA ke-14

~Tuanku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah - Raja Muda Negeri Kedah

~Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin - bekas Menteri Besar Kedah Ke-5
Osman Bin Haji Aroff- bekas Menteri Besar Kedah Ke-6

~Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj- bekas Perdana Menteri Malaysia pertama.

~Tun Dr Mahathir bin Mohamad - bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4.

~Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya - bekas Menteri Besar Kedah ke-2

~Tan Sri Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin - bekas Menteri Besar Kedah ke-3

~Tan Sri Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin - bekas Menteri Besar ke-4,T.Y.T Yang di-Petua Negeri Melaka Ke-5

~Datuk Seri Chor Chee Heung - Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

~Tun Daim Zainuddin - bekas Menteri Kewangan Malaysia ke-6

~Prof. Emeritus Shahnon Ahmad - Sasterawan Negara

~Tunku Osman Tunku Mohammad Jiwa - Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia

~Tan Seri Murad b. Ahmad - Ketua Pengarah Penjara ke-4

~Tun Zaki Azmi - Bekas Ketua Hakim Negara

~Tan Sri Azizan Ariffin - Panglima Angkatan Tentera Malaysia

~Dr Uthman el-Muhammady - Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan. Higher School Certificate (HSC) di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah.

~ Tan Sri Ilyas bin Haji Din - Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia ke-13

~Tan Sri Mohamed Khir Johari - Menteri Pendidikan

~ACP Abd Razak bin Mohd Yusoff -satu-satunya penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) yang pernah berkhidmat dalam PDRM.

~Datuk Azhar Mansor - Wira Samudera Negara

~Sukar nak di bayangkan berapa ramai lagi hasil keluaran KSAH yang memberi khidmat serta manfaat kepada rakyat dan negara

~Malah ramai juga ahli sukan di peringkat negeri mahupun negara hasil keluaran KSAH yang tidak dapat di nyatakan di sini.

Kesimpulan

Sekurang-kurangnya beliau telah kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan amal jariah serta jasa yang baik kepada generasi yang akan datang menerusi bidang pendidikan.

Marilah kita doakan yang terbaik buat beliau. Semoga segala amal jariah yang ditinggalkan oleh beliau mendapat Rahmat oleh Allah SWT.

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312).

Mazhar Yusof
Old Collegian
(SAHOCA)

1 comment:

  1. untuk Islam tak nampak pung bnayak paedahnya
    untuk dunia pung tak tera mana
    harap pangkat saja tinggi
    islam maseh lagi dicabuli

    ReplyDelete