Tuesday, August 1, 2017

“Ia hanya wang”: Moral dan kebijaksanaan Tajuddin dipersoalkan

Kenyataan Tajuddin berhubung 1MDB cetus kemarahan rakyat Malaysia
Looi Sue-Chern
Diterbitkan pada 30 Jul 2017 7:48PM 
Ia hanya wang, kata Ketua Umno Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman yang merujuk kepada skandal 1MDB. Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan pengguna media sosial. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Julai, 2017.

KETUA Umno Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman sekali lagi menerima kecaman pengguna media sosial selepas cuba menolak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan kenyataan, “Ia hanya wang”.

Dalam tempoh beberapa jam selepas kenyataannya disiarkan media hari ini, ramai pengguna Facebook mengecam timbalan menteri itu.

Tiada yang menyokong kenyataan itu, malah berdasarkan jumlah dan komen itu, Tajuddin dilihat berjaya menimbulkan kemarahan orang ramai hingga ada yang mempersoalkan moral dan kebijaksanaannya.

Pengguna Facebook, Hwd P'ng berkata Tajuddin sepatutnya membuat kenyataan sama ke atas Malaysian Official No.1 (MO1) dan isterinya.

“Sepatutnya cakap kepada MO1 dan isterinya. Memang ia hanya wang tapi kenapa dipindahkan ke akaun kamu? Ia hanya wang, kenapa kamu tak kerja secara percuma sahaja,” tulisnya.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) melalui saman sivilnya mendakwa, dana 1MDB disalurkan ke akaun MO1 dan wang itu didakwa dicuri daripada  dana itu dan digunakan untuk membeli barangan mewah termasuk barang kemas untuk isteri MO1.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan sebelum ini mengesahkan MO1 adalah Perdana Menteri Najib Razak, yang merupakan bekas pengerusi penasihat ahli lembaga pengarah 1MDB. 1MDB juga adalah cetusannya.

 Pengguna Facebook Chow Teik Soon menulis komen: “Jadi wang itu tiada apa bagi kamu?” Manakala Tony Hubaq menulis: "Can give me some eh?! I pm (private message) you my a/c (bank account number)?" (“Boleh beri pada saya sikit? Saya PM (mesej peribadi) no akaun saya?”)

Tan Seng Keat menempelak Tajuddin kerana bercakap tanpa berfikir dan Iskandar Z. Ghazali menggelarnya bodoh.

"RM50bil and counting...debts over 1 trillion and ringgit worthless...minister such a complete MORON," tulis Iskandar. (RM50 bilion terus meningkat...hutang lebih 1 trilion dan ringgit tidak bernilai..menteri ini memang BODOH,).

Jaafar menulis: "Bodoh. 1MDB ialah kes curi duit rakyat. Kes jenayah. Kes proton kes kerugian perniagaan. Tak sama bodoh..."

Tajuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi. Akhir November lalu, Tajuddin berkata “the only woman with a Kok is in Seputeh” ketika sidang Dewan Rakyat.

Kenyataan itu, yang dianggap sebagai misogynistik dan penghinaan, ditujukan kepada Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok, yang merupakan Ahli Parlimen Seputeh. Ia menyebabkan kekecohan di dalam dan di luar Dewan. – 30 Julai, 2017.

4 comments:

  1. Setiap kali buka mulut, kebodohannya terserlah

    ReplyDelete
  2. Setiap kali buka mulut, kebodohannya terserlah

    ReplyDelete
  3. Itu la cara sibangang mengampu PIEM. Kan bunyi tolol dan bebal, setuju tak?

    ReplyDelete
  4. Nice blog! Is your theme custom made or did you ownload it from somewhere?
    A design like yours with a few simple tweeks would really makee my blog shine.
    Please leet me know where you got your theme. Cheers

    ReplyDelete