Tuesday, August 8, 2017

Hoyyo......banyaknya kes, kesian dah tua baru kena cekup!

Bekas Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang hadapi 41 pertuduhan rasuah
Astro Awani |  Diterbitkan pada Ogos 07, 2017 18:29 MYT
Tertuduh Mohd Shukri Abdul Rahman, 54, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof. - Gambar fail

KUANTAN: Bekas Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 41 pertuduhan rasuah berjumlah RM438,418.91 yang diterima daripada empat syarikat bermula 2013 sehingga 2017 di negeri ini.

Tertuduh  Mohd Shukri Abdul Rahman, 54 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof.

Tertuduh menghadapi 10 pertuduhan menerima rasuah secara tunai berjumlah RM31,500 daripada syarikat Alexander Dennise (M) Sdn Bhd sebagai dorongan membantu syarikat itu memperoleh kontrak pembekalan 80 buah bas setingkat dan 40 buah bas dua tingkat.

Mohd Shukri juga didakwa dengan tiga pertuduhan menerima rasuah wang tunai sebanyak RM300,000 daripada syarikat Jayonik MSC Sdn Bhd bagi projek ‘Develop,Design, Manufacture, Supply, Delivery, Installations, Testing, Commissioning and Warranty of Bus Simulator System for Prasarana’ yang dianggar bernilai 8 juta.

Dia turut didakwa dengan 13 pertuduhan menerima rasuah wang tunai sebanyak RM74,000 daripada syarikat Nato Auto & Engineering Sdn Bhd sebagai balasan meluluskan pembayaran untuk pembekalan alat ganti bas.

Dia juga turut berhadapan dengan tujuh pertuduhan menerima suapan daripada syarikat yang sama dalam bentuk pembaharuan insurans kenderaan dan pembayaran cukai jalan untuk kenderaan milik peribadinya berjumlah RM13,057 sebagai balasan untuk tindakan itu.

Mohd Shukri selain itu juga berhadapan dengan lapan pertuduhan menerima rasuah secara tunai daripada daripada syarikat Yon Ming Auto & Industrial Park Sdn Bhd berjumlah RM19,861.91 sebagai balasan meluluskan bayaran untuk kerja-kerja pembekalan alat ganti bas.

Kesemua kesalahan itu dilakukan sejak 2013 sehingga 2017 di Pekan dan Kuantan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diikat jamin sebanyak RM150,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 4 September ini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib.

Sebelum ini Mohd Shukri jufga telah didakwa di Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang atas satu pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM70,000 daripada syariktt Jayonik MSC Sdn Bhd pada 20 April 2015.

No comments:

Post a Comment