SPRM dan LHDN tidak nampak 'gajah di depan mata'
10 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE
Segala bentuk rasuah dan salah guna kuasa patut disiasat oleh semua pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan tidak ada penyelewengan berlaku di apa jua peringkat.
Ali Parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin Shah dalam tulisannya berkata, ia mesti dilakukan secara adil dan saksama tanpa memilih bulu dan secara menyeluruh.
"Keadilan bukan hanya mesti dilaksanakan tetapi mesti juga kelihatan dilaksanakan. Itulah asas keadilan sebenarnya yang juga dituntut oleh Islam," ujarnya,
Beliau menyingkap akan serbuan oleh LHDN, keatas salah satu pejabat syarikat Datuk Mokhzani Mahathir yang pernah menjadi berita panas diatas sebab-sebab yang tidak menyenangkan dan mencurigakan.
"Adakah ianya siasatan secara menyeluruh ke atas keluarga anak beranak bekas Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet?Jika ianya benar kenapa hanya Mokhzani yang disasarkan oleh LHDN serta kerajaan dan tidak Khairy Jamaluddin (menantu Pak Lah) yang menguasai beberapa syarikat-syarikat tertentu sejak dahulu lagi semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri?
"Lebih menghairankan lagi kenapa tidak juga Rizal Aziz anak tiri Najib yang namanya tersohor diseluruh dunia antarabangsa dengan penglibatan beliau bersama Jho Loh dalam skandal 1MDB dan pembelian hartanah mewah?
"Rizal amat muda untuk memiliki begitu banyak kekayaan berbandingkan dengan peniaga veteran lain yang sudah lama didunia koporat. Adakah kerana Khairy adalah Menteri Kabinet dan Rizal Aziz adalah dari dalam kumpulan keluarga yang masih berkuasa maka mereka memiliki kekebalan tertentu dimata pihak berkuasa? Kenapa memilih bulu dan sasar hanya dari keluarga yang sudah tidak lagi berkuasa?," soalnya kepada SPRM.
Raja Bahrin juga menyentuh mengenai LHDN adakah agensi itu menyahut gesaan terbuka dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi,Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz dan ahli-ahli Umno lain untuk menyiasat keluarga Dr Mahathir.
"Adakah ianya suatu kebetulan sahaja atau adakah LHDN dan SPRM menerima tekanan dari Umno seperti di katakan oleh orang ramai - menerima arahan dengan sahutan "saya yang menurut perintah".
"Adakah kebetulan juga dua orang lagi anak Tun Mahathir iaitu Mirzan Mahathir dan juga Mukhriz Mahathir juga disiasat?
"Persoalan lagi kenapa selepas berpuluh tahun Datuk Mokhzani berniaga baru sekarang tindakan diambil? Adakah kerana Tun Mahathir bersuara tentang rasuah dan kleptokrasi kerajaan Najib tindakan diambil keatas ahli keluarganya?" soalnya lagi.
Justeru katanya lagi, LHDN dan SPRM mempunyai pengetahuan luas berakiatan urusan kerja harian keluarga Najib dan juga keluarga Pak Lah melalui kaitan sumber Putrajaya berbanding dengan keluarga Tun Mahathir yang sudah lagi tidak berkuasa atau berpengaruh.
"Berita skandal 1MDB melibatkan Rizal Aziz tersebar luas serata dunia dan juga di Putrajaya . Adakah LHDN di saran kerajaan mengambil sikap seperti peribahasa " Gajah didepan mata tidak nampak tetapi kuman diseberang lautan jelas kelihatan oleh mereka!"
"Bukankah kerana kehilangan wang negara disebabkan angkara keluarga "gajah didepan mata" ini lah LHDN terpaksa mengambil tindakan undang-undang orang yang sudah pun mati untuk mengutip hasil cukai pendapatan yang amat diperlukan oleh Negara hari ini ?
"Gajah besar didepan mata kita ini yang tidak kelihatan oleh pihak berkuasa kerajaan bagaimanapun boleh dilihat terang dan jelas oleh DOJ dari Amerika Syarikat, Kerajaan Abu Dhabi, Switzerland, Singapura dan juga Peranchis dari seberang lautan yang luas.
"Bagaimana ianya tidak kelihatan oleh kita sendiri adalah disebabkan keruntuhan nilai dan moral yang amat kronik. Sehingga kita membuka mata hati kita terhadap kerosakkan moral dan rompakan kewangan oleh gajah di depan mata kita, selama itulah kita akan terus kekal menjadi Juara Kleptokrasi Dunia Tanpa Tanding!
10 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE
Raja Bahrin Shah

Thank you for the good writeup. It in reality was once a entertainment account it.
ReplyDeleteLook complicated to far brought agreeable from you!
However, how can we be in contact?
tunggu lah habuan bagi manusia yang masa hidup takut untuk menegak kebenaran
ReplyDeletediakhirat akan datang kitab tercatat segala amalan tanpa meninggalkan satu saat pung kerja buat manusia didunia ini
hari yang amat menggerunkan
We are a group of volunteers and starting a new scheme
ReplyDeletein our community. Your website provided us with valuable info to work on. You have done an impressive process and our
whole neighborhood shall be thankful to you.
SAYA YANG MENURUT PERINTAH,..Ini lah doktrain pemerintah yg terhasil dari minda penjajah,.maka pihak penguatkuasa terpaksa menjalankan tugas yang terhad atas budaya ikatan dan tekanan oleh mereka yang berkuasa dan mengurustadbir negara tika ini,.Namun ada segelintir saja pihak penguatkuasa yg beriman sangup melangkaui tugas dan doktrain demi Iman untuk mendapatkan rwzeki yang betul2 halal,.menakala yang lain sekadar pak turut semata mata menjaga darjat diri sendiri sehingga persaraan demi memilih jalan selamat selain mengharapkan mengharapkan anugrah,.ini lah mentaliti kebanyakan penjawar awam hari ini dibawah penyadbiran lanun yang menjarah harta Rakyat,..
ReplyDelete