Sunday, August 6, 2017

Boleh dan beranikah SPRM bertindak berdasarkan tuduhan 'dengar cakap'?

SPRM digesa siasat dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid
05 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE
Pemuda AMANAH Nasional menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan beliau memiliki wang berjumlah RM230 juta sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno dahulu.

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, SPRM yang sebelum ini agresif terhadap 'bilis-bilis' rasuah kelihatan lambat bertindak bahkan seakan-akan cuba mengelakkan diri daripada mengambil langkah susulan apabila jawapan 'tiada komen' diberikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah.

Shazni Munir Mohd Ithnin"Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cukup berat. Mempunyai RM230 juta ketika berjawatan Ketua Pemuda Umno sekitar 1996 merupakan suatu kekayaan yang amat luar biasa.
"Malangnya setelah tiga hari berlalu, Zahid masih lagi belum dipanggil mana-mana badan penguatkuasa bagi tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam catatan di blog Selasa lalu, Mahathir menimbulkan semula mengenai pengisytiharan harta yang dibuat Zahid selepas dilantik sebagai Pemuda Umno pada 1996.
Bekas perdana menteri itu mendakwa Ahmad Zahid gagal memberikan jawapan yang jelas berhubung wang RM230 juta dalam akaunnya.
Zahid bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu apabila ditanya wartawan sehari selepas dakwaan Mahathir iu.
Shazni berkata, jika SPRM takut untuk memulakan siasatan ke atas individu yang masih memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran negara, badan itu boleh memanggil Mahathir sendiri untuk siasatan.
"SPRM tetap perlu siasat dakwaan ke atas Zahid. Jika terus-terusan mengelakkan diri, SPRM hanya mengesahkan persepsi awam bahawa badan tersebut sebahagian daripada aparat pemerintah," katanya.

1 comment:

  1. Hola

    Felicitaciones y gracias por el aporte

    Besos

    ReplyDelete