Friday, August 11, 2017

1MDB punca akar umbi Umno reput

Berbohong isu 1MDB punca akar umbi Umno reput
Zulkifli Sulong
Diterbitkan pada 10 Aug 2017 11:00AM 
Kontroversi menyelubungi 1MDB meninggalkan kesan mendalam di kalangan ahli Umno di Langkawi yang kini semakin tergugat dengan pengaruh Dr Mahathir Mohamad dalam pakatan pembangkang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Ogos, 2017.

MENCURI satu hal tetapi berbohong dan tidak mengaku mengenainya menyebabkan banyak pemimpin akar umbi Umno di Langkawi hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden parti Najib Razak.

Seorang ketua cawangan Umno di Langkawi memberitahu The Malaysian Insight, 80% daripada ahli cawangannya menentang kepimpinan Najib kerana salah langkahnya itu.

"Kalau dia mengaku awal-awal terima duit RM2.6 bilion itu orang tak kisah, mestilah ada sebabnya.

"Tetapi yang dia berbohong, itu saya tidak boleh terima," kata Ahmad Kamardin, 52, yang menjadi ketua Umno cawangan Kampung Mawat, Ulu Melaka, Langkawi sejak 18 tahun lalu.

Ahmad berpendapat Najib sepatutnya menyaman pihak yang menuduhnya mencuri duit sebaik sahaja mereka melemparkan semua tuduhan itu.

"Kalau orang tuduh saya, saya boleh tumbuk orang itu. Tetapi apabila orang tuduh kita, kita tidak buat apa, bagi saya itu mana boleh.

“Di mana maruah pemimpin kita?" Soal bekas tentera yang 33 tahun menjadi ahli Umno itu.

Selepas menyatakan pendirian mengenai Najib dan 1MDB, Ahmad mengalami nasib yang sama seperti pemimpin Umno lain yang mengkritik perdana menteri.
Ahmad Kamardin berpendapat Perdana Menteri Najib Razak perlu menyaman pihak yang melemparkan semua tuduhan berkaitan 1MDB bagi membuktikan beliau tidak bersalah. – Gambar The Malaysian Insight, 10 Ogos, 2017.

Beliau diketepikan daripada Umno dan jawatan pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang kini diambil alih oleh orang lain.

"Dia tak pecat saya tetapi, jawatan pengerusi JKKK saya dipangku oleh orang lain," kata Ahmad.

Nasib yang sama juga menimpa seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian Langkawi dan ahli JKKK, Mohd Farid Idris, ahli perniagaan muda berumur 36 tahun.

Walaupun selalu bermain golf dengan pemimpin Umno termasuk Menteri Besar Kedah Ahmad Bashah, kerana mengkritik tingkah laku pimpinan Umno, beliau dipecat daripada ahli JKKK di kampungnya.

Kalau dahulu, pelbagai rombongan daripada Umno dan badan kerajaan selalu berkunjung ke restorannya untuk makan, kini restoran Siti Fatimah miliknya agak lengang.

"Saya kenal Adun Kuah ini sudah lama ketika dia menjadi pegawai Kastam lagi dan banyak membantu dia.

"Tetapi selepas menang dan jadi Adun dia sudah berubah. Apa lagi, saya marahlah," kata Farid.

Beliau yakin, ramai orang yang berkongsi sentimen dengannya ragu-ragu dengan Umno dan Najib.

"Ramai sudah lari, tambah-tambah bila Tun Mahathir pun lari," kata Farid yang kini mendekati parti pimpinan Dr Mahahir, Bersatu.

Pengaruh Dr Mahathir

Kontroversi menyelubungi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meninggalkan kesan mendalam di kalangan ahli Umno dan penduduk Langkawi yang mempunyai akses kepada platform media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp.

"Memang orang kampung tak tahu (tentang 1MDB) kerana mereka tidak baca Facebook. Tetapi sudah ramai yang celik berdasarkan penerangan pemimpin mereka.

"Saya pengerusi JKKK, ramai juga yang dengar saya,"  kata Ahmad.

Bagi Bendahari Bersatu Langkawi, Nur Syafilla Mohammad Fauzi, orang kampung memang tidak tahu banyak maklumat, tetapi mereka percaya kepada pemimpin mereka.

"Mereka mungkin tak ada akses kepada media sosial tetapi orang tua-tua ini percaya kepada Tun (Dr Mahathir),” katanya.

Menurutnya, walaupun yang diperkatakan Dr Mahathir mengenai Najib akan dipercayai mereka.
Bendahari Bersatu Langkawi, Nur Syafilla Mohammad Fauzi berkata Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengaruh yang kuat kepada masyarakat luar bandar. – Gambar The Malaysian Insight, 10 Ogos, 2017.

Akhbar The Wall Street Journal pada Julai 2015 menyiarkan laporan mengaitkan Najib dengan tuduhan penyelewengan wang berjumlah RM2.6 bilion. Beliau pada mulanya menafikan tuduhan itu dan mendakwa ia derma daripada jutawan Arab Saudi, yang sebahagiannya kemudian sudah dipulangkan kepada penderma berkenaan.

Najib juga mengeluarkan satu kenyataan mahu mengemukakan saman terhadap WSJ tetapi masih belum berbuat demikian sehingga sekarang. – 10 Ogos, 2017

5 comments:

  1. Hi there just wanted to give you a quick heads up.
    The text in your article seem to be running off the screen in Safari.
    I'm not sure if this is a format issue or something to do with internet
    browser compatibility but I thought I'd post to let you know.
    The design and style look great though! Hope you get the issue solved soon. Cheers

    ReplyDelete
  2. Klu di langkawi pun org kampung boleh sedar harap2 semua melayu di mana2 kampung di malaysia pun sama. Biar tinggal pemakan dedak tegar tak bermaruah sj yg masih sokong najib

    ReplyDelete
  3. Nice post. I learn something new and challenging on sites I stumbleupon every day.

    It will always be helpful to read through articles from other writers and
    use a little something from their sites.

    ReplyDelete
  4. Excellent article. Keep writing such kind of information on your page.
    Im really impressed by it.
    Hey there, You have done a fantastic job. I'll definitely digg it and for my part suggest to my
    friends. I'm sure they will be benefited from this web site.

    ReplyDelete
  5. Your method of telling all in this post is truly nice, all be capable of without difficulty know it, Thanks a lot.

    ReplyDelete