Tuesday, February 13, 2018

Rakaman CCTV di pertikaikan: Kenapa tak boleh tunggu siasatan forensik polis selesai?

'Jangan burukkan lagi nama anak kami'
mk      Hari ini, 5:46 pm
"Jangan musnahkan hati kami."

Inilah kata-kata R Muniandy berhubung laporan yang mendakwa rakaman CCTV menunjukkan mendiang anaknya Vasanthapiriya memang mengambil telefon bimbit gurunya.

Beliau meminta semua pihak agar tidak menjatuhkan reputasi anaknya.

"Saya didik dia dari kecil, saya cukup kenal anak saya...ada yang kata anak saya ambil telefon gurunya, tapi saya kenal anak saya.

"Saya terlampau sayang dia. Sehingga hari ini saya tak boleh tidur, makan juga susah (sejak kematian Vasanthapiriya)," katanya pada sidang media di Pulau Pinang yang turut disiarkan di Facebook, hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan menafikan laporan New Straits Times dan Berita Harian yang memetik sumber berhubung rakaman CCTV itu.

"Kami perlukan pakar forensik untuk mengenalpasti siapakah dia (dalam rakaman CCTV). Sebelum ia dilakukan, kami tidak boleh komen.

"Setakat ini apa sahaja yang ditulis, malah yang diperkatakan, tidak boleh disahkan," katanya seperti dipetik The Malay Mail Online.
Pada 24 Januari lalu, Vasanthapiriya, 14 tahun, menggunakan selendang untuk menggantung dirinya selepas gurunya didakwa menuduhnya mencuri telefon bimbitnya.

Walaupun dikejarkan ke hospital sebaik sahaja disedari bapanya, pelajar tingkatan dua itu mengalami koma dan meninggal dunia seminggu kemudian akibat kecederaan otak.

Dia juga meninggalkan nota bertulisan tangan, menyatakan kasihnya kepada ibu bapa dan menafikan mencuri telefon gurunya, sebelum menggantung diri.

Antara persoalan yang timbul adalah sama ada guru yang terlibat bertindak mengikut standard operasi piawai (SOP) ketika menangani perkara itu.

Sementara itu, Muniandy berkata Vasanthapiriya merupakan anak yang penyayang dan bercita-cita untuk menjadi doktor.
"Beberapa hari sebelum (insiden), dia kumpulkan wang untuk buat majlis hari jadi cikgunya, beli kek dan saya masak mee goreng untuk majlis itu.

"Saya tanya dia kenapa buat macam tu, cikgu sudah ada gaji besar. Dia beritahu saya tak boleh kata macam itu sebab cikgu yang beri pendidikan kepada kita," katanya mengimbas kembali.

Siapa sumber akhbar?

Presiden NGO Malaysian Tamilar Kular David Marshel mengkritik akhbar yang menerbitkan laporan berkenaan rakaman CCTV itu dan mendesak mereka membuat permohonan maaf.

"Laporan tak berasas memusnahkan kredibiliti seorang remaja yang tidak lagi boleh membela dirinya, begitu juga dengan keluarganya.

"Polis patut mendesak akhbar itu mendedahkan 'sumber' mereka, dan kami sanggup memberi kerjasama dalam apa sahaja," katanya.

Setiausaha NGO itu Satees Muniandy pula mendakwa wujudnya kumpulan Whatsapp untuk membela guru terbabit.

"(Tetapi) jangan aibkan anak ini. Kini mangsa pula yang dituduh," katanya.

Beliau juga mendakwa pihaknya mempunyai bukti bahawa pada hari kejadian Vasanthapiriya sampai ke rumah pada pukul 6.50 petang, iaitu sejam lebih lewat daripada waktu tamatnya sesi persekolahan iaitu 5.50 petang.

"Kami ingin tahu ke mana dia dibawa pada masa itu dan apa yang telah dilakukan terhadapnya," katanya lagi.

Walaupun jika berlaku kecurian sekalipun, katanya, kes tersebut patut ditangani oleh guru disiplin selepas ia dimaklumkan kepada ibu bapa pelajar.

4 comments:

  1. Tidak kiralah sama ada benar apatah lagi jika tidak benar pelajar itu mencuri, cikgu yang menuduh, menahan dan mengaibkan murid itu adalah tidak kompeten sebagai seorang guru serta lebih hina dari binatang!

    ReplyDelete
  2. Tolong viralkan,,, apa perlunya guru bawak Handphone ke bilik darjah?
    Ada guru yg di dapati mengunakan HP semasa mengajar,,,
    Puncanya guru tidak perlu kan HP semasa di sekolah,,, guru bukan ahli perniagaan atau juru jual, guru adalah tenaga pengajar yg di bayar gajinya oleh rakyat,,, tidak seharuhnya berlaku masa yg di bayar oleh rakyat di gunakan untuk mengunakan Hp,, kementerian harus ambil berat,,,, guru tidak di benarkan mengukan hp di dalam kwsn sekolah,, jika ada keperluan boleh gunakan telefon sekolah yg di sediakan,, ini telah menjadi kebiasan sebelum wujudnya hp,,, awas

    ReplyDelete
  3. Kita tidak berada & merasai situasi spt cikgu tu. Aku yakin ramai org awam yg akan cepat angin jika insiden tu b'laku. Cepat marah tp lepas cool down.

    Tertuduh Sebagai pendidik spt nya lbh tabah meladeni kerenah murid2 sb depa dilatih utk itu. Tp ini tidak berlaku. Ini la kesilapan besar pendidik itu.

    Mungkin pendidik tu xda jiwa pendidik. Dia cuma cari makan sbg guru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua ayat terakhir anda membuktikan bahawa guru seperti ini tidak layak diberikan sebarang penghormatan mahupun simpati. Dia hanya layak dikecam dan dihina.

      Delete