Tuesday, February 13, 2018

Pentingkah isu ini?

Zaid: Tubuh jawatankuasa khas tentu pembatalan darjah kebesaran
FMT Reporters   -  February 12, 2018
PETALING JAYA: Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim menggesa penubuhan sebuah jawatankuasa khas untuk menentukan penarikan darjah kebesaran kerana orang ramai berhak mengetahui sebab di sebalik tindakan itu.

Beliau berkata, penubuhan Jawatankuasa Pembatalan yang sama dengan jawatankuasa di Britain akan memastikan raja Melayu tidak diheret dalam politik kotor dan dakwaan berat sebelah.

“Ini bukan sahaja melindungi martabat pemegang gelaran daripada disalah guna mereka yang membantahnya, tetapi juga melindungi raja daripada dituduh tidak berdaulat.

“Penghormatan kami kepada raja memerlukan mereka sentiasa adil, telus dan tidak bersifat politik ketika menjalankan tugas mereka,” tulis Zaid dalam catatan blognya.

Honours Forfeiture Committee di Britain ialah sebuah jawatankuasa ad hoc yang dipengerusikan ketua penjawat awam dan mengesyorkan nama individu perlu dibatalkan darjah kebesaran berdasarkan kes salah laku, kepada Ratu England.

Zaid berkata, sebarang penjelasan untuk pembatalan darjah kebesaran perlu datang daripada perdana menteri dan kerajaan negeri, yang mencadangkan gelaran itu kepada Yang di-Pertuan Agong atau sultan.

“Oleh itu, mereka juga perlu bertanggungjawab menjelaskan kenapa darjah kebesaran itu perlu ditarik balik. Ia tidak boleh diterima pada zaman ini untuk sesiapa, bukan sahaja perdana menteri atau menteri besar untuk kata: ‘Saya boleh buat apa saya suka’.”

Pada 7 Februari lalu, Istana Kelantan dilaporkan menarik balik darjah kebesaran yang diberikan kepada Naib Presiden Amanah, Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Keesokannya, giliran darjah kebesaran Tun Dr Mahathir Mohamad ditarik balik Sultan Muhammad V.

Ini menyebabkan Amanah menuduh pemimpin PAS di Kelantan campur tangan dalam keputusan itu.

Zaid berkata, orang ramai perlu dimaklumkan kenapa darjah kebesaran itu ditarik balik kerana ia mencadangkan wujud salah laku.

“Apa lagi alasan gelaran mereka dibatalkan?” soal ahli DAP itu.

“Boleh perdana menteri dan menteri besar Kelantan beritahu kami jenayah apa atau perbuatan memalukan yang Dr Mahathir, Husam serta Wan Rahim buat, menyebabkan mereka dimalukan secara terbuka?

“Sebenarnya, apa yang mereka lakukan untuk menjadikan mereka tidak sesuai memegang gelaran yang dikurniakan kepada mereka?”

Kaitan:
* Kelantan tarik balik gelaran ‘Datuk’ Husam, Wan Abd Rahim
* Istana Kelantan tarik darjah kebesaran Dr Mahathir

2 comments:

  1. Sekarang ni dapat gelaran Datuk ker apa ker dah macam pelajar sekolah lulus SPM.
    Dulu pelajar yang lulus SPM/MCE disiar nama mereka dalam Strait Times.Sekarang memadai ditampal di papan kenyataan sekolah jer. Bintang kebesaran pon lbh kurang macam tu lah.Sapa-sapa blh dapat.Pelakon hindustan pon dapat,kepala gengstar pon dapat,perasuah pon dapat,yang bawak lari bini orang pon dapat,yang menjahanamkan negara pon dapat.Jadi lbh baik la tak ada gelaran.Kalau ada,kena dok sekandang dgn puak2 'haram jadah' tu...

    ReplyDelete
  2. Lain kali tolak je geLaran pekebenda tu. Pehal yang kebulur sangat? Rakyat berjiwa merdeka tak pandang semua tu. Mengarut je..

    ReplyDelete