Wednesday, February 7, 2018
Husam dan Cikgu Rahim rakyat yang tetap menaati Sultan
BERITA
KHABAR paling besar dan menjadi pertuturan di Kelantan hari ini ialah penyerahan balik pingat kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan Kelantan kepada Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Husam dan Cikgu Rahim telah menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SS) yang memberi tahu Sultan telah mengarahkan agar pingat dan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kepada kedua mereka dipulangkan.
Husam dan Wan Rahim tidak menyerah sediri pingat itu sebaliknya diwakilkan kepada Setiausaha Amanah Kelantan, Rushdan Mustapa.
Rushdan dengan diiringi dua rakan, Jasman Jaafar dan Ir Ali Omar menyerahkan pingat berkenaan kepada Pengelola Istana Kelantan lewat pagi tadi.
Berita penyerahan pingat itu disedari umum apabila Husam dan Cikgu Rahim mengeluarkan kenyataan media ringkas mengenainya. Dalam kenyataan itu Husam dan Cikgu Rahim menjujung taat setia tidak berbelah bagi kepada Sultan dan tidak pun terkesan dengan penarikan balik pingat itu.
Sememangnya selaku rakyat mereka berdua akur dan mematuhi apa sahaja yang diperintahkan ke atasnya. Hendaknya jangan ada anasir yang cuba mengambil kesempatan atas "kerja raja" ini untuk kepentingan politik murahan.
Apa yang berlaku dan menimpa Husam dan Cikgu Rahim itu bukan sesuatu yang pelik, apa lagi mengaibkan. Sebelum ini pun sudah banyak orang yang menerima nasib sama, anugerah darjah kebesaran kepada mereka dilakukan dalam upacara gilang gemilang kemudian ditarik balik.
Antara yang dapat disebut dan diingat, ialah Ketua Penerangan Umno Hussein Ahmad, bekas Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Muda juga menerima nasib sama. Selain itu bekas wakil rakyat Salor, Rusli Ibrahim juga diminta memulangkan pingat kebesaran yang dianugerakan kepadanya.
Penganugerahan pingat kebesaran kepada Husam, Cikgu Rahim dan Rusli dilakukan oleh Sultan Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra.
Kejadian itu juga berlaku di negeri-negeri lain. Sultan Selangor juga turut meminta bekas TPM Anwar Ibrahim menyerah semula darjah kebesaran yang diberikan kepadanya semasa zaman ayahandanya Sultan Hishamuddin.
Penarikan balik darjah kebesaran ini bukan sahaja di kalangan ahli politik yang dilihat berbeza pendapat dengan pemerintah semasa, tetapi ia juga melibatkan kerabat di raja. Misalnya di Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah dilantik menjadi Penasihat Majlis Perajaan Kelantan dilucutkan kedudukan itu.
Memberi dan menarik balik adalah hak orang yang memberi. Ia bukan sesuatu yang kekal sampai ke mati, sesuai dengan penganugerahan itu sendiri perkara baru, yang bukan kadim. Ia hanya sebagai lambang kebesaran sahaja. Penerima dilihat orang yang disayangi raja, dikasihi raja dan berjasa kepada mereka dan juga negeri.
Tetapi ada juga orang yang tidak diketahui apa jasa dan budi kepada negeri mendapat anugerah itu membawa gelaran Datuk. Paling "gombal" ada orang memakai gelaran Datuk dianugerah bukan kerana jasa-jasanya tetapi kerana dibayar mengikut kadar berkenaan. Ada juga yang memakai gelaran itu apabila menerima anugerah dari pembesar atau raja-raja di luar Malaysia.
Pemilikan gelaran Datuk juga bukan sesuatu yang unik dan istimewa lagi kerana jumlah pemakainya ada dimana-mana sahaja. Hari ini semua jenis manusia menerima dan memakai gelaran Datuk daripada ahli politik peringkat ketua cawangan sampai kepada penyanyi yang belum pun memiliki apa-apa album.
Justeru anugerah itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan lagi. Ia hanya penyambung panggal nama sahaja. Kata orang untuk tidak menampak nama menjadi "dogel" sangat.
Juteru baik kepada Husam dan Cikgu Rahim diharap tidak terkesan dengan penarikan baik itu. Paling penting ia tidak melemahkan semangat untuk menegur dan mengkritik kerajaan Kelantan yang dilihat tempang dan bergelumang dengan penyelewengan. Tugas menjaga negeri bukan menjadi tanggungjawab orang bergelar Datuk semata-mata tetapi kepada semua rakyat yang prihatin.
Semoga Husam dan Cikgu Rahim redha dengan apa yang berlaku dan menerimanya sebagai satu ujian daripada Allah taala. Penarikan itu juga tidak akan mengencatkan usahanya untuk melakukan perubahan di Kelantan yang kini sedang diperhatikan oleh orang banyak. [wm.kl.4:14 pm 07/02/18]
Posted by mohd sayuti Omar at 4:17:00 PM
Penarikan darjah kebesaran jejas peluang Husam jadi MB
Zulkifli Sulong · Diterbitkan pada 7 Feb 2018 5:41PM
Husam Musa disebut-sebut sebagai calon Pakatan Harapan menjadi menteri besar Kelantan, pelantikan yang memerlukan perkenan Sultan. Semalam, Husam memulangkan darjah kebesaran selepas diarahkan istana. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Februari, 2018.
PELUANG Husam Musa untuk jadi menteri besar Kelantan terjejas selepas beliau diarah memulangkan darjah kebesaran negeri kepada Istana Kelantan, kata penganalisis politik.
Arahan mengembalikan semula darjah kebesaran membayangkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tidak begitu berkenan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan itu sedangkan pelantikan ke jawatan menteri besar perlu mendapat perkenan baginda, tambah penganalisis.
“Ia memberikan kesan langsung kepada Husam sebab dia disebut-sebut bakal MB Kelantan jika PH menang," kata Hisomuddin Bakar, seorang penganalisis politik yang banyak mengkaji politik Kelantan.
Pengerusi Eksekutif Ilham Centre itu mengulas tindakan Istana Kelantan menarik balik darjah kebesaran kepada Husam dan juga Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Bagaimanapun ada juga penganalisis yang berpendapat ia tidak akan memberi kesan besar pada Husam kerana penyokong Amanah mahu bekas timbalan menteri besar itu dilantik menjadi menteri kerajaan persekutuan.
Penganalisis politik Kelantan, Dr Khairudin Damanhoeri berkata, Amanah juga menaruh harapan pada Nik Omar Nik Abdul Aziz iaitu anak kepada bekas Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar untuk mengetuai pentadiran negeri.
"Bagi orang Amanah, mereka diberitahu calon MB mereka adalah Nik Omar untuk membolehkan beliau membawa legasi Tok Guru Nik Aziz," kata Dr Khairudin kepada The Malaysian Insight.
"Bagi kami, Husam ini bakal menteri pusat," kata Khairudin lagi yang banyak membuat kajian pilihan raya untuk Husam dan pasukannya di Kelantan.
Penarikan balik gelaran ke atas dua pemimpin Amanah negeri itu disambut dengan gembira oleh penyokong PAS yang antara lainnya menempelak Husam kerana didakwa tidak mengetahui pandangan sebenar Sultan Muhammad V ke atasnya.
"Dulu mungkin dia tak tahu Sultan tidak suka dia jadi menteri besar. Sekarang sudah terang lagi bersuluh. Faham-fahamlah," tulis penyokong PAS, Mazlan Ahmad dalam komennya di Facebook.
Makluman tentang penarikan gelaran untuk Husam dan Wan Rahim itu turut dimuatkan ke Facebook oleh Siti Zailah Yusof, ahli Parlimen Rantau Panjang dari PAS.
Husam dan Wan Abdul Rahim memulangkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Paduka itu hari ini selepas menerima arahan dari Istana Kelantan pada petang semalam.
Husam, pengerusi PH Kelantan dan Wan Rahim, pengerusi Amanah Kelantan menerima anugerah itu ketika mereka bersama-sama PAS dalam kerajaan Kelantan.
Kini kedua-duanya adalah pembangkang kepada kerajaan Kelantan apabila menyertai Amanah selepas PAS berpecah pada 2015.
Wan Rahim keluar PAS dan menyertai Amanah manakala Husam pula dipecat parti Islam itu pada 2016 sebelum menyertai parti serpihan PAS itu.– 7 Februari, 2018.
Husam dan Cikgu Rahim rakyat yang tetap menaati Sultan
BERITA
Encik Cikgu Rahim dan Encik Husam
Husam dan Cikgu Rahim telah menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SS) yang memberi tahu Sultan telah mengarahkan agar pingat dan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kepada kedua mereka dipulangkan.
Husam dan Wan Rahim tidak menyerah sediri pingat itu sebaliknya diwakilkan kepada Setiausaha Amanah Kelantan, Rushdan Mustapa.
Rushdan dengan diiringi dua rakan, Jasman Jaafar dan Ir Ali Omar menyerahkan pingat berkenaan kepada Pengelola Istana Kelantan lewat pagi tadi.
Rushdan menyerahkan balik pingat ditarik

apa nak herang sanagt ngan gelaran yang direka reka oleh manusia untuk dijadikan puak depa nampak hebat dimata rakyat yang kurang paham hakikat gelaran ni
ReplyDeletegelaran yang tidak membayangkan budipekerti seseoarang
macam nama ynag dipakai seperti nama Nabi tapi berapa ramai perangai depa ni tengok pun terok dari babi
itulah manusia hnaya pentingkan dunya
Ku rasa ni semua mainan politik pas khususnya nik amar menate gilo. Nampok gaya pas loni takut sangat kpd husam. Cuba amik wisma tok guru tp belom berjaya sbb pas jenis chai tak ikut syarak pun. Membangun bsama islam diganti dgn membalak bsama olarmak. Phui phui
ReplyDeleteNama yang telah diberikan oleh bapa dan ibu kandung itu jauh lebih bernilai daripada sebarang gelaran kerana mendapat pingat. Jika pingat dalam acara sukan, pingat itu memang bermakna kepada seseorang ahli sukan.
ReplyDeleteHey There. I found your blog using msn. This is an extremely neatly written article.
ReplyDeleteI will make sure to bookmark it and return to learn more of your useful info.
Thanks for the post. I will certainly comeback.
I think the admin of this website is in fact working hard in favor of his site, because
ReplyDeletehere every information is quality based information.