Hukuman terhadap Rafizi ‘takutkan’ pemberi maklumat, kata politikus, aktivis
Noor Azam Shairi, Gan Pei Ling · Diterbitkan pada 7 Feb 2018 7:35PM
Politikus dan aktivis hari ini berkata penjara 30 bulan yang dikenakan terhadap ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai berat dan bakal menakutkan pemberi maklumat lain. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 7 Februari, 2018
POLITIKUS Pakatan Harapan dan aktivis masyarakat hari ini marah dan kecewa dengan hukuman penjara 30 bulan terhadap naib presiden PKR Rafizi Ramli dan bekas kerani bank Johari Mohamad.
“Ya, sekali lagi hari hitam buat sistem perundangan negara. 30 bulan adalah berat, dan sangat menakutkan buat rakyat yang berpotensi menjadi ‘whistleblower’ (pemberi maklumat) untuk membenteras penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, songlap dan beraneka jenayah kolar putih,” kata pengarah strategik Amanah Dr Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insight.
Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata Rafizi dihukum kerana usahanya untuk mendedahkan rasuah.
“Tidak dapat dielakkan persepsi buruk rakyat terhadap perundangan negara… yang tidak melindungi rakyat yang baik… bahkan sebaliknya melindungi penjenayah,” kata Dr Dzulkefly.
“Kalau usaha untuk membenteras jenayah dianggap jenayah, maka negara sedang dipimpin penjenayah.”
Rafizi dan Johari didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) berhubung kebocoran akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
Pada 2011, Rafizi mendedahkan pembelian unit kondominium mewah, kereta mewah, dua plot tanah di Putrajaya dan melancong ke luar negara selain penggunaan kad kredit yang mencecah RM600,000 untuk tujuan pembangunan perniagaan. NFC dimiliki oleh suami ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil iaitu Mohamad Salleh Ismail.
Pada 2010, ketua audit negara membangkitkan kegagalan NFC untuk mencapai matlamat asal untuk membiak 8,000 ekor lembu di Gemas, Negeri Sembilan.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, hukuman 30 bulan penjara itu terlalu keras buat Rafizi dan Johari yang telah melanggar undang-undang perbankan dengan tujuan untuk mendedahkan salah laku dana awam.
“Ini sangat mengejutkan. Pemberi maklumat dihukum kerana mendedahkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” katanya.
Sementara itu, pengarah Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) Cynthia berkata keputusan mahkamah itu mengecewakan.
“Ia menunjukkan kelemahan dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang pada dasarnya tidak menggalakkan laporan awam kes rasuah. Ia mesti digubal segera bagi memasukkan keselamatan pemberi maklumat,” katanya.
Tambah Cynthia, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tidak sepatutnya tertakluk kepada Akta Perbankan dan Institusi Kewangan dan Akta Rahsia Rasmi. – 7 Februari, 2018.

macam gampang saja
ReplyDeletebanyak pagar dibuat untuk jaga sang penguasa
pinjam untuk lombu pi buat benda lain
memanglah salah
kalau kawan kita mai nak pinjam duit kata nak bayar duit yuran anak dia di u
tapi pi bejudi di monggolia
tentu kita marah
ini duit rakyat n negara dibiar puak depa joli
rakyat mana yang tak bodo mesti marah
kecuali yang dah terboddo
Selepas daripada ini, jika anda ada sebarang maklumat mengenai penjenayah, eloklah berdiam diri saja. Sebabnya sebagai pemberi maklumat, kebebasan anda tidak lagi terjamin!
ReplyDelete