Showing posts with label sultan/raja. Show all posts
Showing posts with label sultan/raja. Show all posts

Friday, April 13, 2018

Kenyataan TMJ: Ini respon dari Zam

TUESDAY, 10 APRIL 2018
35 MINIT YANG TERLALU PANJANG DI ISTANA BUKIT SERENE

PINDAAN PERLEMBAGAAN UTK SELAMATKAN RAKYAT DAN INSTITUSI RAJA
Laporan Akhbar Utusan Malaysia 11 Disember 1992

Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah merujuk kepada seorang yang lidah bercabang yang bermimpi untuk menghapuskan kuasa Sultan.

Baginda menegaskan  Negeri Johor tidak akan dapat melupakan seorang yang cuba melakukan apa sahaja termasuk mengharamkan Johor Military Force(JMF) demi untuk membolot kuasa  negara.

Walaupun baginda tidak menyebutkan nama individu ini tetapi saya tahu khususnya mengenai rancangan menghapuskan JMF adalah datang dari Perdana Menteri Dr.Mahathir tetapi  generasi baru tidak tahu tentang sejarah atau latar belakang yang mendorongkan  Dr.Mahathir  mengambil tindakan segera  bagi meminda perlembagaan pada 1992 yang bertujuan  membataskan kuasa raja dan mempekukuhkan sitem Raja Berperlembagaan demi keselamatan rakyat dan kemuliaan institusi itu.

Untuk sekian lama tujuan Mahathir meminda Perlembagaan pada tahun 1992 telah di dikelirukan dan terus dikelirukan  seolah-olah  Tun Mahathir adalah 'monster' dan gila kuasa kerana melakukannya.

Sebenarnya sidang Dewan Rakyat dipanggil pada 10 Disember 1992 untuk meminda perlembagaan berikutan dengan peristiwa seorang jurulatih hoki Maktab Sultan Johor Abu Bakar, Douglas Gomez dipukul oleh Yang Di-Pertuan Agung pada 30 November 1992

Beberapa hari selepas peristiwa itu Timbalan Perdana Menteri Ghafar Baba telah mengemukakan usul mengenai Raja Berperlembagaan di Dewan Rakyat bagi perbincangan terbuka untuk membuat ketetapan bagi membolehkan kerajaan mengambil tindakan untk menjamin peristiwa seumpama itu tidak akan berulang dimasa depan.

Kandungan penuh usul itu ialah :
" Bahawa Dewan yang bersidang hari ini amat sedih dan memandang serius atas insiden seorang rakyat Malaysia, Douglas Gomez yang telah dicederakan oleh Istana Johor pada 30 November 1992 oleh DYMM Sultan Johor.

"Dan Bahawa Dewan ini memutuskan kejadian  tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan Malaysia dan bertentangan dengan cita-cita serta hasrat undang-undang negara yang berasaskan kepada sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen
" dan Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan segala tindakan yang perlu bagi menentukan insiden yang seumpama ini tidak berulang lagi pada masa hadapan".

 Dalam perbahasan mengenai usul inilah Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim telah mendedahkan mengenai Ketua Pemberita Utusan Melayu  Rozaid Abdul Rahman dan Ketua Pengarangnya Zainuddin Maidin telah dipanggil mengadap ke Istana Bukit Serene Johor Baharu kerana Utusan Malaysia menyiarkan berita yang menimbulkan kemurkaan baginda.

Saya tidak mahu bercerita  panjang mengenai  peristiwa pahit yang saya alami dengan   Rozaid Abdul Rahman(sekarang Pengarang Bersekutu The Star)ketika  mengadap baginda.Tetapi anda boleh membaca cerita panjang  mengenainya  dalam buku saya Memoir Wartawan Negara: Saya Bukan Menteri dalam Bab 9 bertajuk 35 Minit Yang Terlalu Panjang. Buku ini diterbitkan oleh UUM Press Universiti Utara Malaysia

Cukuplah untuk saya mengatakan kami merasa amat terhina sebagai manusia dan berada dalam keadaan yang amat cemas dalam pertemuan ini. Hadir bersama  ialah Ketua Polis Johor Dato Mansor Mohd Noor dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas Johor Encik Mokhtar.Walaupun kami kemudiannya diraikan makan tengah hari bersama baginda dan permaisuri dan keluarganya ,tetapi saya sudah tidak berselera lagi dan mahu meninggalkan Istana secepat mungkin.

Pada pagi saya meninggalkan rumah di Kuala Lumpur untuk terbang ke Johor bagi mengadap di Istana Serene,isteri dan anak-anak saya telah berada dalam kebimbangan  dan berdoa untuk keselamatan saya.

Kami telah membuat laporan tentang peritiwa itu kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri .Saya ingat peristiwa ini akan tengelam terus dalam lipatan sejarah tetapi berikutan dengan tragedi yang berlaku ke atas Gomez maka peristiwa keatas kami pada tahun1985 telah timbul dalam perbahasan Parlimen.Banyak lagi peistiwa lain yang didedahkan oleh akhbar-akhbar perdana masa itu.

Kami tidak dipaksa oleh Polis untuk membuat sebarang pengakuan mengenai peristiwa yang berlaku keatas kami tetapi melaporkannya  atas kerelaan sendiri.

Sesiapa yang telah mengalami sendiri tidak akan mengatakan Dr.Mahathir melakukan pindaan perlembagaan itu  untuk kepentingan dirinya mendapat kuasa penuh tetapi adalah untuk menjaga keselamatan rakyat dan mengekalkan penghormatan dan kemuliaan institusi raja.

Mengingatkan kembali sejarah ini rakyat akan dapat menimbangkan sejauh mana kebenaran kata-kata TMJ  "This is how low the highest government’s leadership then is willing to go to have absolute power in this nation".
UtusanMalaysia hariini menyiarkan berita penapian keluarga adik PrebetAdam yang menapikan anggapan orang orang ramai  Prebet Adam mengamuk pada 1987 kerana bela kematian adiknya yang kunonnya dibunuh oleh Almarhum Sultan Johor

Satu kepala RM3,000, TMJ belanja orang ramai RM1 juta (Dari Malaysiakini)
Diterbitkan 11 Apr 2018, 8:55 malam  |  Dikemaskini 11 Apr 2018, 9:38 malam
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membuat kejutan besar di pasaraya Aeon Tebrau di Johor apabila membelanja kesemua pengunjung yang datang ke pasaraya berkenaan.

Tunku Ismail dilapor membelanja setiap orang sehingga RM3,000 untuk membeli barangan mereka dengan jumlah kira-kira RM1 juta, menurut The Star Online.

Menerusi sebuah video, pengunjung di pasaraya berkenaan dilihat berkerumun di sekeliling beliau yang ditemani isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam dan menyanyikan lagu "TMJ".
Tunku Ismail kemudian dilihat membawa pembesar suara dan memberi pesanan kepada orang ramai yang kelihatan teruja.

"Apa saja yang kamu mahu di pasaraya hari ini saya bayar," katanya.
Pengunjung kelihatan terkejut dan gembira dengan pengumuman tersebut.
"Saya bukan ahli politik'

Sementara itu halaman Facebook Johor Southern Tigers turut berkongsi pemandangan di pasar raya itu.

Laman itu juga berkongsikan kenyataan Tunku Ismail yang berbunyi: "Saya bukan ahli politik. Saya tidak memerlukan undi tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor".
Tunku Ismail kembali menjadi perhatian mutakhir ini selepas beliau berkata tidak perlu menukar enjin sebuah kapal hanya kerana seorang nakhodanya bermasalah, yang secara jelas merujuk kepada senario politik semasa.

Beliau juga menyuarakan kritikan terhadap pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad, meskipun tidak menyebutkan nama bekas perdana menteri itu.

Ini adalah keratan akhbar Utusan Malalysia 8 Disember 1992.Kejadian ini menimbulkan kemarahan rakyat diseluruh negara
Banyak generasi baru yg tidak tahu apakah yg mendorongkan PM Tun Mahathir meminda perlembagaan mengenai kuasa raja2. Ini adalah salah satu dorongannya
Mahathir tidak menjawab beberapa kritikan Istana Johor thpnya tetapi bila TMJ menyentuhnya lidah ber cabang maka dia anggapnya sbg positif kearah membangunkan sokongan rakyat kp HARAPAN. TMJ napikan ditujukan pd Mahathir

Posted by zainudin maidin at 15:28

Thursday, March 15, 2018

Akhirnya siKucing liar dari Padang Rengas, datang merafak sembah Sultan Johor dan TMJ

* Bagus Nazri, belajarlah jadi budak baik!
Sedar diri sikit ko tu sape kepada Baginda berdua?
Kucing dan Harimau ada sama kufukah?

Nazri merafak sembah, Sultan Johor ampunkan
mk  |  Dikemaskini 15 Mac 2018, 4:55 petang
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memaafkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berhubung kemelut yang tercetus antara Nazri dan istana Johor lebih dua tahun lalu.

Ia selepas Sultan Ibrahim berkenan menerima Nazri mengadap kira-kira sejam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru tadi.

"Sebagai manusia biasa kita pasti ada buat silap. Jadi bila sedar sudah silap, cepat-cepatlah minta maaf. Jangan sampai berpecah-belah. Tambahan pula kita orang Melayu sangat beradab. Jika buat salah, datang mengadap dan mohon ampun.

"Apa jua kemelut yang berlaku sebelum ini saya sudah ampunkan dan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) juga sudah ampunkan," titah baginda kepada Royal Press Office seperti disiarkan di laman Facebooknya hari ini.
Pada Jun 2015, Nazri memberi peringatan kepada Tunku Ismail agar tidak mencampuri urusan politik jika tidak mahu diserang kembali.

Ia ekoran titah Tunku Ismail yang dilihat mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana gagal hadir pada Nothing2hide, sebuah dialog bersama NGO berkenaan isu 1MDB.

Mereka kemudian terlibat dalam perang mulut dan menyebabkan Nazri disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan dipanggil memberi keterangan kepada polis.
Sultan Ibrahim menganggap isu tersebut sudah selesai dan memberi amaran keras agar ia tidak lagi dipanjangkan.

"Apa yang penting, kita perlu bergerak ke hadapan dan sentiasa mengutamakan perpaduan. Jangan cuba memecah-belahkan perpaduan yang sudah terbina selama ini," titah baginda.

Sementara itu, laman Facebok Johor Southern Tigers menyatakan Nazri datang mengadap untuk memohon maaf kepada Tunku Ismail.

Nazri juga meminta pandangan Sultan Johor dalam isu petadbiran negara, kata laman itu lagi.

Malaysiakini difahamkan Nazri kini dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tuesday, March 6, 2018

Tamrin kongsi rahsia ArwahTun Ghafar.......

TUN GHAFAR DESAK MAHATHIR TERUSKAN PINDAAN KUASA RAJA-RAJA

SULTAN  BUKAN  TUHAN
Tamrin Tun Ghafar
Isnin 05/03/18

1. “Jika you batalkan juga  pindaan ini , saya akan tentang you habis-habisan. You tahu kan negara ini hak siapa . Yes , hak rakyat , bukan hak mereka. 

2. “Mereka ini kena patuh Perlembagaan dan undang-undang . Mereka bukan Raja Mutlak  saperti  Raja-Raja Arab . Rakyat yang meletakkan mereka di situ”.

3. Saya tersentak melihat wajah serius dan kata-kata tegas ayah saya, Pak Ghafar (arwah  Tun)  apabila Dr. Mahathir (Tun) menelefon beliau memaklumkan hasratnya  tidak mahu meneruskan cadangan meminda Perlembagaan Negara berhubung kuasa Raja-Raja.

4. Ketika itu Pak Ghafar ialah Pengerusi Kompleks Kewangan yang juga salah seorang Naib Presiden UMNO.

5. Pak Ghafar minta saya rahsiakan perkara ini kerana tidak mahu rakyat hilang keyakinan terhadap Dr. Mahathir.

6. Arwah pernah juga memberitahu saya sebab-sebab beliau enggan menerima Bintang-Bintang Kebesaran atas alasan beliau tidak mahu tangan beliau terikat andainya jika berlaku pertikian diantara rakyat dengan Raja.

Katanya lagi mungkin satu hari nanti  anak-anak Raja yang tak senang dengan kita, mereka akan sewenang-wenangnya tarik balik pingat yang diberi oleh bapa mereka kepada kita  . Lagi pun, sambung beliau, itu semua (Pingat dan Gelaran) bukan boleh membantu  kita di dalam kubur nanti.

7. Ayahanda Tun Ghafar  meninggal pada 23hb April 2006 pada umur 81 tahun. ALFATIHAH.

8. Rahsia ini terpaksa saya kongsikan bersama kerana kebelakangan ini saya lihat ada di kalangan Raja-Raja sama ada mungkin terlupa atau tidak tahu punca mengapa dua kali Perlembagaan Negara  TERPAKSA  dipinda, justeru mereka terus berdendam dan menyalahkan Tun Dr. Mahathir seolah-olah  beliau sesuka hati dan beria-ia sangat yang mahu kedua dua Perkara dalam Perlembagaan itu dipinda.

9. Perlu saya berterus terang selepas meninggalkan UMNO dan PAS dan Deklarasi Rakyat yang dipimpin sendiri oleh Tun Mahathir, saya tidak lagi menganggotai mana-mana parti politik mahu pun NGO.

Perkara ini pernah saya maklumkan juga kepada YAB Datuk Seri Najib sendiri.

10. Saya lebih senang begini, memberi pandangan dan teguran2 secara bebas.

11. Terserahlah kepada sesiapa membuat andaian dan interpretasi terhadap tulisan-tulisan saya.

Kita semua bukan maksum. Tegur menegur dan ingat mengingat adalah amalan baik yang dituntut oleh agama.

12. Niat saya hanya mahu melihat negara kita terus maju dan dihormati oleh dunia dan rakyat hidup aman damai tanpa kira kaum dan agama.

13. Setelah berbincang beberapa kali, akhirnya pada 1hb Ogos 1983, Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu telah membentangkan usul meminda Perkara 66 Perlembagaan Negara.

14. Walaupun Parlimen telah meluluskan Pindaan tersebut tetapi Raja-Raja masih enggan memberi persetujuan kerana mengikut Perkara 38 ( 4 ) 2  Raja-Raja MESTI   bersetuju dengan mana-mana pindaan Perlembagaan yang ada kaitan dengan kedudukan mereka.

15. Rakyat jelata mula marah di atas keenganan Raja-Raja memberi persetujuan. Perhimpunan demi perhimpunan membantah sikap Raja-Raja telah diadakan.

16. Segala rahsia dan kelemahan Raja-Raja dan keluarga mereka ditelanjangkan. Terdapat juga suara-suara dan cadangan yang ekstrim  disuarakan. Itulah perasaan rakyat terhadap Raja-Raja ketika itu.

17. Di sini Dr.Mahathir telah berjaya mententeramkan keadaan, jika tidak, mungkin  hari ini tidak ada lagi Raja-Raja seperti yang pernah berlaku pada  Negeri  Melaka sejak tahun 1699 iaitu kira-kira  320 tahun dahulu atau yang pernah berlaku di negara-negara Eropah suatu masa dulu.

18. Bagi mengatasi kemelut itu, Majlis Tertinggi UMNO telah melantik Pak Ghafar mengetuai rombongan UMNO bagi berbincang dengan kesemua Raja-Raja. Ia berlangsung di Istana Kayangan ,Selangor. Turut dalam rombongan itu ialah Datuk Harun Idris (bekas MB Selangor), Datuk Kamaruddin Md. Isa (bekas MB Perak), Datuk Mustapha Jabar (Setiausaha Agung) dan Puan Marina Yusoff.

Raja-Raja pula dibantu oleh Raja Aziz Addrause, seorang pakar undang-undang yang terkenal.

19. Akhirnya mereka (Raja-Raja dan peguam  mereka) bersetuju dengan hujah Pak Ghafar bahawa TIDAK ADA terdapat mana-mana perkara  dalam Perlembagaan yang mengatakan Raja-Raja  berhak atau punyai kuasa menolak mana-mana Bill yang diluluskan oleh Parlimen, justeru  mereka (Raja2) BERSETUJU dengan Pindaan Perkara 66 Perlembagaan itu.

20. TIDAK  ADA  RAJA  JIKA  TIDAK  ADA  RAKYAT kerana  rakyatlah yang mengangkat seseorang itu menjadi Raja.

21. Saya pernah dengar  cakap-cakap  kononnya  ada terdapat  amalan di mana Raja-Raja  perlu meneliti dan meluluskan senarai calon dari parti memerintah sama ada sipolan-sipolan itu boleh bertanding atau sebaliknya . Begitu juga kononnya sama ada sesorang itu boleh dilantik sebagai EXCO  atau tidak turut ditentukan oleh  Raja berkenaan.

Semua amalan ini termasuk meminta mana-nana parti yang telah mendapat kepercayaan dan mandat rakyat menghantar 3 nama kepada Raja untuk dipilih sebagai Menteri Besar dan cakap-cakap kononnya ada Raja  yang TIDAK  AKAN melantik sipolan-sipolan sebagai Ketua Pentadbir Kerajaan jika parti  yang menang tidak digemarinya - ini semua adalah amalan yang terang-terang bertentangan dengan Perlembagaan dan Undang-Undang negara.

22. Jika amalan ini berterusan , maka Pilihanraya adalah sia-sia sahaja. Lebih baik Raja lantik sahaja sesiapa yang mereka suka sebagai Bendahara (Ketua Kerajaan) sepertimana yang pernah dilakukan oleh Raja-Raja di zaman Kesultanan Melaka dahulu.

23. Lagi pun cuba bayangkan di mana Raja-Raja nak letakan diri jika sekiranya parti yang mereka tak minat itu mendapat sokongan majoriti rakyat bagi mentadbir Negara atau Negeri.

24. Pindaan Perlembagaan kedua berlaku apabila seorang rakyat biasa, Douglas  Gomez  dipukul dengan teruk oleh Sultan Mahmod Iskandar dari Johor. Insiden ini berlaku di Istana Johor pada 30hb November 1992.

25. Usul yang dibawa oleh Pak Ghafar dan diluluskan  pada  10hb Disember 1992  adalah bagi mewujudkan Mahkamah Khas untuk membicarakan mana-mana Raja yang melanggar Perlembagaan dan Undang-Undang. Jika didapati bersalah, hukuman keatasnya adalah mengikut undang-undang yang sedia ada.

26. Ekoran penubuhan Mahkamah Khas itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah adalah Raja yang pertama sekali diheret ke Mahkmah. Ia berlaku pada 1995.

27. Adalah  tidak ruginya jika sekiranya Raja-Raja membincangkan sesama sendiri perkara-perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Negara.

28. Raja-Raja mestilah menunjukkan contoh dan teladan yang baik yang boleh diikuti oleh rakyat jelata.

29. Anak ketam tidak akan dapat berlari betul selagi bapa ketam tidak berjalan betul terlebih dahulu.

30. Jika sekiranya mana-mana Raja merasakan mereka boleh berkhidmat lebih hebat untuk rakyat, maka jalan yang sebaik-baiknya  ialah mereka turun takhta dan bertanding dalam pilihanraya.

31. Saya masih teringat kata-kata Sultan Mahmod Iskandar  dari Johor yang berbunyi -
"AKU  BUKAN  TUHAN  YANG  PATUT  DISEMBAH"

32. Saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan fakta dalam tulisan ini.

33. Tulisan ini akan saya serahkan kepada Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam masa terdekat ini.

34. Saya bertanggungjawab di atas tulisan ini.

35. HAK  MENGUNDI  IALAH  HAK  RAKYAT.

36. Mohon dikongsikan kepada mereka yang cintakan sistem Raja Berperlembagaan seperti yang kita amalkan sekarang.

Terima Kasih.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 11:53 am

Sunday, February 11, 2018

Penarikan darjah kebesaran: Ini kata Ku Li satu ketika dulu (pangkat datuk saudara) pun kena tarik

Ku Li ulas darjah kebesaran ditarik
Tengku Razaleigh Hamzah menjawab pertanyaan wartawan mengenai penarikan darjah kebesarannya oleh Sultan Kelantan di kediamannya, Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Noor Asrekuzairey Salim

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, tindakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V menarik darjah kebesarannya yang dikurniakan oleh Sultan Kelantan terdahulu tidak mendatangkan sebarang masalah kepadanya.

Malah, beliau menganggap apa yang berlaku itu bukan sesuatu yang penting kerana baginya melakukan perbuatan baik selagi hayat masih ada melebihi segala-galanya.

''Sebenarnya soal penarikan darjah kebesaran daripada saya tidak menjadi soal penting. Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan raja negeri yang boleh dibuang. Tambahan pula orang kampung tidak tanya saya pingat apa yang saya pakai, darjah kebesaran mana yang saya guna.

''Kita lahir di dunia ini tanpa ada apa dan begitu juga kita akan dikembalikan tanpa ada apa-apa. Apa yang lebih penting jasa baik atau kelakuan buruk yang kita tinggalkan. Baik atau buruknya nama kita bergantung kepada kedua-dua perkara ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V menarik balik dua darjah kebesaran dengan salah satunya Darjah Kerabat (D.K) yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh.

Dua pingat kebesaran tersebut adalah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K)(Al-Yunusi) dan tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) Al-Muhammadi I).

Pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini malam kelmarin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias, mengumumkan penarikan balik anugerah itu berkuat kuasa 2 Disember lalu.

Darjah Kerabat dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskan kepada keluarga diraja.

Tengku Razaleigh berkata, pemakaian darjah kebesaran juga jarang dilakukan dan sekiranya ada sekali pun hanya melibatkan program-program istana atau majlis-majlis rasmi.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang menegaskan, Sultan Ismail Petra merupakan Sultan Kelantan yang sah.

Beliau berpendapat, Sultan Ismail Petra walaupun gering masih mempunyai keupayaan menjalankan tugas-tugas sebagai sultan.

''Sultan Ismail telah dilantik dan ditabalkan mengikut perlembagaan iaitu apabila ayahandanya mangkat. Bagaimanapun cara pelantikan Sultan sekarang tidak pernah berlaku sebelum ini,'' katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, berdasarkan pemahamannya iaitu dengan berasaskan perlembagaan sedia ada, pelantikan sultan baru hendaklah disebabkan tiga perkara iaitu sultan terdahulu mangkat, berhenti menjadi sultan atau meninggalkan negeri lebih 12 bulan tanpa sebab.

Sehubungan itu, beliau meminta Majlis Raja-Raja, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri segera menyelesaikan konflik istana yang berlaku di Kelantan kerana pelantikan Tengku Mahkota sebagai Sultan Kelantan didapati bertentangan dengan lunas-lunas perlembagaan. -  Utusan Online

Friday, February 9, 2018

Aik...yang kentut bersuara?: Insya Allah kerja bodoh ni yang akan memakan diri

FRIDAY, FEBRUARY 09, 2018
Rupa-rupanya Mohd Amar Yang Kentut?
Ramai rakyat Kelantan terasa teramat nak tahu atas sebab apa istana kelantan tarik balik pingat YB Husam dan Cikgu Wan Rahim. 

Kalaulah dulu mereka ni dianugerahkan pingat Dato atas sebab jasa dan bakti beliau buat Negeri Kelantan, penarikan balik pingat itu tidak mampu mengubah jasa dan bakti mereka. 

Rakyat akan terus tertanya-tanya dan akan terus mengkaji dan menilai segala petunjuk yang ada... Berbagai tafsirkan dan tanggapan  akan timbul sekiranya pihak Istana tidak memberikan penjelasan mengenai penarikan anugerah tersebut.

Benarkah Kerajaan negeri tidak terlibat?

Amat mustahil bila Mohd Amar mendakwa bahawa tiada campurtangan dari kerajaan negeri terhadap penarikan gelaran itu.

Ini adalah kerana jika dikaji dari kenyataan YB Husam bahawa surat daripada pejabat SUK menyatakan :  

"Al Sultan BERSETUJU MENARIKBALIK...

Kemungkinn besar bahawa ini bermakna itu bukan keputusan Istana tetapi hanya persetujuan :  AL SULTAN BERSETUJU.... 

Persetujuan tersebut bermakna menunjukkan ada permohonan atau "representasi" di buat kepada Istana supaya gelaran Husam dan Hj Wan Rahim di tarik balik.

Lagi pula ianya tersangat pelik kerana amalan biasa surat makluman penarikan balik darjah kebesaran Istana ini datang dai Pejabat Al Sultan, bukan dari pejabat SUK

Pejabat SUK adalah sebahagian daripada komponen kerajaan negeri. Dengan datangnya surat tersebut dari pejabat SUK maka ini memberi gambaran yang jelas kepada kita semua tentang penglibatan kerajaan negeri sendiri.

Siapakah punca sebenarnya? 

Nampaknya Pas Kelantan begitu terdesak dan rasa semakin tergugat oleh kerana sokongan rakyat Kelantan yang semakin meningkat memihak kepada AMANAH.

Ketakutan yang mencengkam akibat kekuatan AMANAH di negeri Kelantan menyebabkan Pas terpaksa bertindak secara drastik dengan mempergunakan nama dan pengaruh istana..

Dulu UMNO yang buat kerja macam bodoh macam ini, sekarang PAS pula yang ganti kelaku hodoh UMNO itu.. 

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 3:00 pm

Thursday, February 8, 2018

Dah dijangka tangan mana di sebaliknya

Amanah: PAS had a hand in Kelantan Datukship affair
FMT Reporters | February 8, 2018

Amanah leaders say the wording in the letters revoking the titles of Husam Musa and Wan Abdul Rahim indicate that PAS had lobbied for the decision.
KOTA BHARU: Amanah is accusing PAS of having played a role in the Kelantan palace’s move to revoke the Datuk titles of two leaders from the splinter party.

They told The Star this was based on the contents of the letters sent to Amanah vice-president Husam Musa and Kelantan Amanah chief Wan Abdul Rahim Wan Abdullah by Kelantan State Secretary Mohd Faudzi Che Mamat.

In the letters dated Feb 6, Mohd Faudzi informed Husam and Wan Abdul Rahim that Sultan Muhammad V had “agreed” (bersetuju) to revoke the awards and titles.

The duo had the “Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia” award, which carries the Datuk title.

The report said Amanah leaders believed the word “agreed” could be construed as agreeing to a proposal made by another party.

“But we did not hear a word from the palace officials. We are still in shock because we have not issued any statement undermining the royal institution.

“We have, as you know, been highly critical of the state government,” The Star quoted Wan Abdul Rahim as saying.

He said although no explanation was provided, he and Husam had returned the titles and awards yesterday out of respect for the ruler.

“The state secretary informed us that Sultan Muhammad V had agreed to revoke the awards effective Feb 6. We returned the awards and related appointment letters to Istana Balai Besar today, Feb 7,” they said in a joint statement.

Amanah secretary-general Anuar Tahir was quoted as saying the party was baffled over the matter as their leaders in Kelantan had not said or done anything to offend the palace.

The Star quoted Deputy Menteri Besar Mohd Amar Abdullah as saying the state government did not have the final say in awarding or revoking titles.

Wednesday, February 7, 2018

Penarikan balik 'Datuk': Terkesankah Husam dan Cikgu Wan Rahim dan adakah peluang Husam jadi MB menipis?

Wednesday, February 7, 2018
Husam dan Cikgu Rahim rakyat yang tetap menaati Sultan
BERITA 
Encik Cikgu Rahim dan Encik Husam

KHABAR paling besar dan menjadi pertuturan di Kelantan hari ini ialah penyerahan balik pingat kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan Kelantan kepada Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Husam dan Cikgu Rahim telah menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SS) yang memberi tahu Sultan telah mengarahkan agar pingat dan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kepada kedua mereka dipulangkan.

Husam dan Wan Rahim tidak menyerah sediri pingat itu sebaliknya diwakilkan kepada Setiausaha Amanah Kelantan, Rushdan Mustapa.

Rushdan dengan diiringi dua rakan, Jasman Jaafar dan Ir Ali Omar menyerahkan pingat berkenaan kepada Pengelola Istana Kelantan lewat pagi tadi.
Rushdan menyerahkan balik pingat ditarik

Berita penyerahan pingat itu disedari umum apabila Husam dan Cikgu Rahim mengeluarkan kenyataan media ringkas mengenainya. Dalam kenyataan itu Husam dan Cikgu Rahim menjujung taat setia tidak berbelah bagi kepada Sultan dan tidak pun terkesan dengan penarikan balik pingat itu.

Sememangnya selaku rakyat mereka berdua akur dan mematuhi apa sahaja yang diperintahkan ke atasnya. Hendaknya jangan ada anasir yang cuba mengambil kesempatan atas "kerja raja" ini untuk kepentingan politik murahan.

Apa yang berlaku dan menimpa Husam dan Cikgu Rahim itu bukan sesuatu yang pelik, apa lagi mengaibkan. Sebelum ini pun sudah banyak orang yang menerima nasib sama, anugerah darjah kebesaran kepada mereka dilakukan dalam upacara gilang gemilang kemudian ditarik balik.

Antara yang dapat disebut dan diingat, ialah Ketua Penerangan Umno Hussein Ahmad, bekas Menteri Besar  Kelantan, Mohd Asri Muda juga menerima nasib sama. Selain itu bekas wakil rakyat Salor, Rusli Ibrahim juga diminta memulangkan pingat kebesaran yang dianugerakan kepadanya.

Penganugerahan pingat kebesaran kepada Husam, Cikgu Rahim dan Rusli dilakukan oleh Sultan Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra.

Kejadian itu juga berlaku di negeri-negeri lain. Sultan Selangor juga turut meminta bekas TPM Anwar Ibrahim menyerah semula darjah kebesaran yang diberikan kepadanya semasa zaman ayahandanya Sultan Hishamuddin.

Penarikan balik darjah kebesaran ini bukan sahaja di kalangan ahli politik yang dilihat berbeza pendapat dengan pemerintah semasa, tetapi ia juga melibatkan kerabat di raja. Misalnya di Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah dilantik menjadi Penasihat Majlis Perajaan Kelantan dilucutkan kedudukan itu.

Memberi dan menarik balik adalah hak orang yang memberi. Ia bukan sesuatu yang kekal sampai ke mati, sesuai dengan penganugerahan itu sendiri perkara baru, yang bukan kadim. Ia hanya sebagai lambang kebesaran sahaja. Penerima dilihat orang yang disayangi raja, dikasihi raja dan berjasa kepada mereka dan juga negeri.

Tetapi ada juga orang yang tidak diketahui apa jasa dan budi kepada negeri mendapat anugerah itu membawa gelaran Datuk. Paling "gombal" ada orang memakai gelaran Datuk dianugerah bukan kerana jasa-jasanya tetapi kerana dibayar mengikut kadar berkenaan. Ada juga yang memakai gelaran itu apabila menerima anugerah dari pembesar atau raja-raja di luar Malaysia.

Pemilikan gelaran Datuk juga bukan sesuatu yang unik dan istimewa lagi kerana jumlah pemakainya ada dimana-mana sahaja. Hari ini semua jenis manusia menerima dan memakai gelaran Datuk daripada ahli politik peringkat ketua cawangan sampai kepada penyanyi yang belum pun memiliki apa-apa album.

Justeru anugerah itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan lagi. Ia hanya penyambung panggal nama sahaja. Kata orang untuk tidak menampak nama menjadi "dogel" sangat.

Juteru baik kepada Husam dan Cikgu Rahim diharap tidak terkesan dengan penarikan baik itu. Paling penting ia tidak melemahkan semangat untuk menegur dan mengkritik kerajaan Kelantan yang dilihat tempang dan bergelumang dengan penyelewengan. Tugas menjaga negeri bukan menjadi tanggungjawab orang bergelar Datuk semata-mata tetapi kepada semua rakyat yang prihatin.

Semoga Husam dan Cikgu Rahim redha dengan apa yang berlaku dan menerimanya sebagai satu ujian daripada Allah taala. Penarikan itu juga tidak akan mengencatkan usahanya untuk melakukan perubahan di Kelantan yang kini sedang diperhatikan oleh orang banyak. [wm.kl.4:14 pm 07/02/18]

Posted by mohd sayuti Omar at 4:17:00 PM 

Penarikan darjah kebesaran jejas peluang Husam jadi MB
Zulkifli Sulong  · Diterbitkan pada 7 Feb 2018 5:41PM

Husam Musa disebut-sebut sebagai calon Pakatan Harapan menjadi menteri besar Kelantan, pelantikan yang memerlukan perkenan Sultan. Semalam, Husam memulangkan darjah kebesaran selepas diarahkan istana. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Februari, 2018.

PELUANG Husam Musa untuk jadi menteri besar Kelantan terjejas selepas beliau diarah memulangkan darjah kebesaran negeri kepada Istana Kelantan, kata penganalisis politik.

Arahan mengembalikan semula darjah kebesaran membayangkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tidak begitu berkenan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan itu sedangkan pelantikan ke jawatan menteri besar perlu mendapat perkenan baginda, tambah penganalisis.

“Ia memberikan kesan langsung kepada Husam sebab dia disebut-sebut bakal MB Kelantan jika PH menang," kata Hisomuddin Bakar, seorang penganalisis politik yang banyak mengkaji politik Kelantan.

Pengerusi Eksekutif Ilham Centre itu mengulas tindakan Istana Kelantan menarik balik darjah kebesaran kepada Husam dan juga Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Bagaimanapun ada juga penganalisis yang berpendapat ia tidak akan memberi kesan besar pada Husam kerana penyokong Amanah mahu bekas timbalan menteri besar itu dilantik menjadi menteri kerajaan persekutuan.

Penganalisis politik Kelantan, Dr Khairudin Damanhoeri berkata, Amanah juga menaruh harapan pada Nik Omar Nik Abdul Aziz iaitu anak kepada bekas Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar untuk mengetuai pentadiran negeri.

"Bagi orang Amanah, mereka diberitahu calon MB mereka adalah Nik Omar untuk membolehkan beliau membawa legasi Tok Guru Nik Aziz," kata Dr Khairudin kepada The Malaysian Insight.

"Bagi kami, Husam ini bakal menteri pusat," kata Khairudin lagi yang banyak membuat kajian pilihan raya untuk Husam dan pasukannya di Kelantan.

Penarikan balik gelaran ke atas dua pemimpin Amanah negeri itu disambut dengan gembira oleh penyokong PAS yang antara lainnya menempelak Husam kerana didakwa tidak mengetahui pandangan sebenar Sultan Muhammad V ke atasnya.

"Dulu mungkin dia tak tahu Sultan tidak suka dia jadi menteri besar. Sekarang sudah terang lagi bersuluh. Faham-fahamlah," tulis penyokong PAS, Mazlan Ahmad dalam komennya di Facebook.

Makluman tentang penarikan gelaran untuk Husam dan Wan Rahim itu turut dimuatkan ke Facebook oleh Siti Zailah Yusof, ahli Parlimen Rantau Panjang dari PAS.

Husam dan Wan Abdul Rahim memulangkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Paduka itu hari ini selepas menerima arahan dari Istana Kelantan pada petang semalam.

Husam, pengerusi PH Kelantan dan Wan Rahim, pengerusi Amanah Kelantan menerima anugerah itu ketika mereka bersama-sama PAS dalam kerajaan Kelantan.

Kini kedua-duanya adalah pembangkang kepada kerajaan Kelantan apabila menyertai Amanah selepas PAS berpecah pada 2015.


Wan Rahim keluar PAS dan menyertai Amanah manakala Husam pula dipecat parti Islam itu pada 2016 sebelum menyertai parti serpihan PAS itu.– 7 Februari, 2018.

‘Datuk’ dari Husam, Wan Rahim ditarik balik

Sultan Kelantan tarik gelaran ‘Datuk’ dari Husam, Wan Rahim
Zulkifli Sulong  · Diterbitkan pada 7 Feb 2018 10:19AM
DUA pemimpin Amanah Kelantan, Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah memulangkan semula darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan Kelantan hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Februari, 2018

DUA pemimpin Amanah Kelantan, Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah memulangkan semula darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan Kelantan selepas diarahkan berbuat demikian oleh Istana Kelantan.

Husam dan Wan Abdul Rahim mendedahkan, mereka menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Kelantan petang semalam yang memaklumkan Sultan Muhammad V berkenan menarik balik tauliah pelantikan yang membawa gelar Datuk Paduka.

"Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua telah mengembalikan Darjah Kebesaran dan surat pelantikan yang berkaitan kepada Yang Amat Berusaha Pengelola Istana Diraja pada hari ini, 7 Februari, 2018 di Istana Balai Besar.

"Kami mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menjunjung kasih dan mengulangi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad V," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Wan Rahim ketika dihubungi The Malaysian Insight berkata beliau menerima surat itu petang semalam kira-kira 5.15 petang.

"Ya saya terima surat itu semalam, dan pagi ini kami serahkan kembali (darjah kebesaran)," kata Wan Rahim yang merupakan pengerusi Amanah Kelantan.

Husam yang juga bekas exco kerajaan negeri kini pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan dan juga penasihat Amanah Kelantan. – 7 Februari, 2018.