Kelantan tidak terima kemasukan pelaburan asing tiga tahun berturut-turut - Mustapa
Muhafandi Muhamad, Astro Awani | Diterbitkan pada Februari 04, 2018 13:58 MYT
Menurut Mustapa sebelum ini terdapat beberapa buah syarikat asing yang berminat untuk membuka kilang simen di Kelantan dengan cadangan pelaburan melebihi RM1 bilion
KOTA BHARU: Negeri Kelantan tidak menerima kemasukkan pelaburan asing selama tiga tahun berturut-turut.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mendedahkan perkara itu berkata pada tahun lepas, jumlah pelaburan (tempatan) yang dicatatkan hanya RM4.2 juta.
Kata Mustapa, Kelantan jika dibandingkan dengan negeri lain adalah negeri erendah menerima kemasukan pelaburan yang disebabkan permasalahan seperti kemudahan bekalan air bersih, jalan raya, infrastruktur dan sebagainya.
“Kita ada kekangan kualiti air kita harap ambil perhatian, satu masa dulu mutu bekalan air kerana kilang hendak air, kedua mutu air tu penting,” kata beliau yang bercakap di sidang media selepas majlis memeterai perjanjian usahasama pelaburan di antara A Bio dan Ain Medicare Sdn Bhd di sini hari ini.
Mustapa menjelaskan kemudahan tersebut menjadi keutamaan kepada pelabur memilih negeri yang sesuai untuk bertapak.
Katanya sebelum ini terdapat beberapa buah syarikat asing yang berminat untuk membuka kilang simen di Kelantan dengan cadangan pelaburan melebihi RM1 bilion.
Namun disebabkan masalah termasuk di pihak syarikat berkenaan projek berkenaan tidak diteruskan.
Untuk itu katanya Barisan Nasional (BN) Kelantan melalui manisfesto Pilihan Raya Umum ke 14 turut menggariskan beberapa langkah untuk merancakkan kemasukan pelaburan ke Kelantan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kelantan juga sering kali berbincang dengan pihak berkaitan termasuk kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

tambah pelabur untuk lebur nilai islam
ReplyDeleteikut kehendak pelabur kapir
amono kemarok duit sanggup ikut
itu saja modai amono maju maju
tak pakai baju pun tak pa asalkan maju
kalau biar kat amnao tambah lagi tempat maksiat
tinggai kelatae saja betahan
negeri lain abeh dibaham ngan maksiat
jnagan bagi amono cilako ni perintah kelatan
pertahan kan asalkan bukan amono