Sunday, February 4, 2018

Kamu boleh cakap dan buat, percaya atau tidak itu hak rakyat yang berfikir

Undang-undang kawal berita palsu bukan maksud kerajaan nak kongkong pengkritik - Salleh
Firdaus AzilAstro Awani |  Februari 04, 2018 12:39 MYT
Undang-undang kawal berita palsu bukan maksud kerajaan nak kongkong pengkritik - Salleh
SALLEH: -Berita palsu ini bukan sekadar merisaukan kita, tetapi juga parti pembangkang dan rakyat biasa. Kita kena bersama-sama untuk atasi perkara ini.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Cadangan undang-undang baharu bagi mengekang penyebaran berita palsu bukan bermaksud kerajaan mahu mengongkong pihak yang sentiasa mengkritik kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Sebaliknya, ujarnya lagi, undang-undang itu lebih ke arah mengawal perkara-perkara yang ada kemungkinan mampu menjejaskan keharmonian negara.

“Berita palsu ini bukan sekadar merisaukan kita, tetapi juga parti pembangkang dan rakyat biasa. Kita kena bersama-sama untuk atasi perkara ini,” katanya kepada wartawan selepas berucap merasmikan Sidang Aspirasi dan Kepimpinan Kebangsaan, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Katanya lagi, kerajaan merasakan perlunya ada langkah-langkah baharu untuk menangani masalah penularan berita palsu agar orang ramai lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan, menyebarkan dan berkongsi berita yang tidak sahih.

BACA: Jawatankuasa khas kaji undang-undang berita palsu dibentuk – Azalina 

Namun, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dilaporkan telah menolak pembentukan jawatan kuasa khas itu atas alasan, ia tidak bebas, dan ada kemungkinan undang-undang itu dijadikan senjata politik oleh kerajaan memerintah.

Namun Datuk Seri Salleh berkata, beliau yakin jawatan kuasa khas itu akan turut mendapatkan input dan pandangan daripada pihak yang mempunyai pegangan politik yang berbeza.

“Nak kata kita wujudkan akta ini, kita akan menggunakan demi kepentingan politik semata-mata adalah tidak benar sama sekali,” katanya lagi.

1 comment:

  1. Ni semua mainan politik umnobn, katanya tidak menekan parti politik pembangkang,. semua ni karut marut realitinya cakap tak serupa bikin, rakyat dah faham rentak kenyataan dari menteri khasnya salleh kruak,. kalau lah lidah berita kerajan menafikan sesuatu , sudah tentu berakhir dengan ya,. dan disebaliknya sudah tentu jawapanya Tidak,. ini lah lazimnya permainan wayang yg biasa mengelirukan rakyaat cerdik, hakikatnya kerajaan kini tidak berlaku jujur maupun berterus kepada rakyat,. akibatnya pentadbiran kerajaan har ini telah terjejas masalah Was Was datangnya dari rakyat sendiri,. hasil yg berpunca daripada kerajaan sendiri,..

    ReplyDelete